Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 7 November 2009

(Video)Dato Seri Nizar menceritakan perjalanan kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan





Jeliang Manong 6 November - Dato Seri Nizar dalam ceramahnya di Jeliang Manong menceritakan bagaimana perjalanan kes rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan semalam. Dalam ceramahnya menyebut bagaimana Peguam Negara dan juga Ketua Panel Peguam yang mewakili Dato Seri Zambry cuba untuk memutar fakta kes dengan tidak membaca penuh surat yang dihantar ke Sultan Perak oleh Dato Seri Nizar untuk memohon membubarkan DUN Perak.

Abdul Gani Patail berhujah bahawa Dato Seri Nizar tahu beliau akan kalah jika mengadakan sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau apabila Speaker V Sivakumar tidak boleh mengundi untuk Pakatan Rakyat. Namun demikian peguam Philip Koh yang mewakili Dato Seri Nizar menyatakan mengikut undang-undang tubuh negeri Perak, V Sivakumar boleh melantik Speaker sementara untuk mewakili beliau ketika membuat undi didalam Sidang DUN.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan akhirnya telah menangguh daripada memberikan keputusan mereka ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
sumber:
http://perakexpress.com/www/

Piala Malaysia | Kelantan tewas 3-1



Kelantan mendapat gol saguhati pada minit ke 93 melalui Indra Putra Mahyuddin.
Keputusan muktamad Negeri Sembilan 3 - Kelantan 1.


Berita Terdahulu..



N.Sembilan menambah gol melalui penalti oleh Zaquan Adha pada minit 59 .Kedudukan N.Sembilan 3-Kelantan 0.


Kedudukan masih tidak berubah sehingga ke minit 90.Tambahan masa 4 minit.


Seorang jurukamera rtm terkena balingan mercun.


Terdahulu..




N.Sembilan menambah gol melalui Hairuddin Omar pada minit pertama separuh masa kedua.Kedudukan N.Sembilan 2-Kelantan 0.


Berita Terdahulu..


Serangan N.Sembilan yang menghasilkan gol pada minit ke 18 oleh Shahurain. Kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama N.Sembilan 1 - Kelantan 0.







Perlawanan Akhir Piala Malaysia bermula jam 9.00 malam tadi. Negeri Sembilan mendahului Kelantan dengan 1-0 pada minit ke 18.
sumber: biaqpila

Seminar PAS luluskan lima resolusi

KUALA LUMPUR: PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.

Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.

PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.

Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Kita berjaya adakankan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik

"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.

Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.

Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.

"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.mstar

Seminar Khas Pas | (Video) Ucapan Perasmian Tuan Guru Presiden









Menjelang final Piala Malaysia: Bala Tentera Merah banjiri Bukit Jalil,gomo Kelate Gomo














Gambar Ihsan UO

Pemilik Blog ini menyokong pasukan Kelantan dalam Final Piala Malaysia. Kelate mene 3-1 he..he..Ambo raso 100% ore Besut sokong Kelate,maklumlah kito berjire,kecek nga adat budayo pong srupo.Bunyi kaba ore Besut bejujok jujok gi Bukit Jalil sokong Kelate.Ambo? tengok dale tibi dumoh jahla he..he..GOMO KELATE GOMO.

Sah!!! Wang ihsan akan disalurkan melalui JPP

PASIR PUTEH - Wang ihsan yang akan diberikan kepada Kelantan akan disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi melaksanakan pelbagai program, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, pemberian wang ihsan itu dibuat di atas hasrat murni kerajaan pusat yang ingin membantu rakyat Kelantan.

"Rakyat Kelantan sepatutnya bersyukur dengan keputusan itu," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kepada pemberita selepas menerima kunci van untuk kegunaan Umno Bahagian Bachok di Perupuk di sini, hari ini.SH

PAS teruskan komitmen kukuhkan Pakatan Rakyat

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbual bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Seminar Memperkasakan Parti, hari ini - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan komitmen mereka bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.

"Ingin saya tegaskan untuk kesekian kalinya bagi kita terus bersama Pakatan Rakyat.

"Hubungan yang kita bina bersama Pakatan Rakyat ini adalah bertitik tolak dari asas persamaan iaitu semua pihak bersetuju untuk memerangi penyelewengan rasuah dan sebagainya," katanya dalam ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Parti di sini, hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, persefahaman yang wujud itu dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.

"PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah parti dakwah, hubungan yang terbentuk ini kuat tapi fleksibel.

"Bukan hubungan yang kuat, kukuh tapi tidak fleksibel atau rapuh. Strategi bersama ini berjaya menyekat BN (Barisan Nasional) sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan sebagaimana yang kita saksikan sekarang ini," katanya.

Tambah Abdul Hadi, PAS perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam.

"PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar perjuangan Islam.

"Tapi dalam masa yang sama hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS perlu mengamalkan dasar keterbukaan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan semua pihak yang boleh membawa kepada kemenangan Islam.

Selain itu dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menyeru kepada lebih 1,000 ahli yang menghadiri seminar hari ini supaya bersikap lebih matang dalam menerima setiap kritikan kepada PAS dengan hati terbuka.

"Apabila PAS mendapat perhatian umum, ramai peminat yang akan memberikan komen-komen.

"Ada yang manis, ada pahit, jadi kita kena menjadi parti yang matang menilai antara keritikan untuk kekuatan," katanya.mstar

Sekitar perjalanan Seminar Khas Pas

11.55 pagi

"Saya bukan tok bomoh dan tidak ada ubat untuk PAS," kata Dr Aziz Bari. Beliau juga berkata, "Saya bukan agen Umno. Daripada agen Umno lebih baik jadi agen CIA."

11.35 pagi

Datuk Tuan Ibrahim menyifatkan PAS tidak akan pernah sesekali bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN) bahkan akan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

11.20 pagi

Majoriti respondan kajian Dr Abu Hasbullah mahukan PAS berdiri sendiri sebagai satu parti dan bukannya meleburkan PAS dan bergabung dengan lain-lain dalam satu parti.

11.05 pagi

Muslimat PAS diiktiraf dalam kajian Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai golongan dalam PAS paling baik.

11.00 pagi

Golongan muda meyakini sistem yang baik dalam PAS. Ia diiktiraf mantap dan bertamadun, kata Dr Abu Hassan Hasbullah. Namun ramai yang tidak mengenali ramai pemimpin.

10.50 pagi

Tidak perlu menghentam saya kerana saya hanya di luar yang hanya memberikan pandangan, kata Profesor Dr Aziz Bari.

"Ketika memberikan pandangan, saya tidak diperalat oleh mana-mana pihak," kata Aziz.

10.40 pagi

Presiden PAS berkata, PAS akan terus memperkasakan Pakatan Rakyat melalui program tahaluf siasi (persepakatan politik).

10.05 pagi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapannya dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan di Dewan Dato� Fadzil Noor, di Taman Melewar dekat sini.

Memulakan ucapan dengan memetik ayatuj suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah tentang sifat sebenar orang beriman di dalam menjalankan urusan perjuangannya sepanjang kehidupan ini.

Dalam erti juga dipetik sebagai, antara sifat orang-orang beriman itu mampu berhadapan dengan berbagai celaan orang yang mencela, golongan sebegini sahajalah yang akan dapat mencapai kemenangan.

Sifat-sifat parti Islam yang berbeza dengan parti lain yang Islam mereka tidak sampai ke hujung dalam masa sama menyedari perjuangan Islam ini tidak akan diberikan secara percuma.

"Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan parti secara dalaman dengan ilmu, akhlak dan kebijaksanaan politik dan mengajak semua pihak untuk bersama dan menyokong perjuangannya,"tegas Ahli Parlimen Marang itu.

Sebentar tadi, Pengarah seminar, Salahudin Ayub telah menyampai ucapan sebagai pembuka gelanggang dalam seminar ini.

Lebih 1,000 peserta dari semua kawasan seluruh Negara untuk berbincang dan menentukan hala tuju parti dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. _ harakahdaily

Gambar sekitar Seminar Khas PAS

Dewan seminar Markaz Tarbiyah dipenuhi oleh peserta seminar dari seluruh negara.
Prsiden PAS membuka tirai Seminar pada hari ini dengan merasmikan seminar bersejarah itu


Mursyidul AM PAS, TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, TG. Hj. Abdul Hadi Awang dan pimpinan yang lain berada di pentas utama Seminar Memperkasakan Parti yang berlangsung hari ini.


Sumber Gambar: albanjari & idhamlim blogspot

PAS Cabar Umno berdebat!!!






KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mencabar pemimpin Umno bersemuka dan berdebat atas tajuk ‘siapa lebih beragama?’

“Saya cabar Ustaz Khazan ( Exco Kerajaan Negeri) YB Khazan untuk berdebat atas tajuk (siapa lebih beragama) ini, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa syarat,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, disini semalam.

Beliau membuat cabaran tersebut ketika mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat bahawa pemimpin Umno lebih ‘beragama’ berbanding dengan PAS.

Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata menyifatkan pemimpin PAS ’kurang beragama’ kerana menolak perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan, dan menuduh PAS menolak penyatuan yang dituntut Islam.

Oleh itu, Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mempelawa mana-mana pemimpin Umno berdebat atas tajuk tersebut, sekiranya Khazan tidak mampu.

Katanya, mungkin pemimpin Umno mempunyai bukti bahawa parti itu lebih baik dalam bab ‘beragama’.

“Itu yang kita (PAS) minta dia berdebat, yang dia berani mendakwa, kita belilah, dia jual kita belilah, mungkin dia ada bukti Umno lebih baik (beragama) kita nak dengar lah,

“Sebab, bagi kita (PAS) Umno (parti) ini termasuk pemimpin dia (Umno) tidak(lah) baik, dari segi ugama tidak ada (yang) lebih baik dari PAS.

“(Saya bersedia jadi) ahli panel pada bila-bila masa sama ada secara solo dengan Khazan ke atau secara berkumpulan, bila-bila,” jelasnya.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....