Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 6 November 2010

Analisis : Antara Faktor Kekalahan Pas Di Galas

Wan Nik Wan Yussof Imbang Penuh
Pilihan raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu. Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah ‘kerajaan kecil’ di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?
Punca PAS kalah
Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya.
Pada dua pilihan raya itu, kekuatan PAS hanya sekitar 36 peratus sahaja. Sedangkan pada pilihan raya umum 2008 PAS mencapai kemenangan pada paras 54 peratus. Berlaku penambahan peratus sokongan kepada PAS sebanyak 18 peratus. Apakah punca kemenangan itu?
Banyak pihak bersetuju, ia berlaku atas faktor calon sebagai peribadi yang mewakili PAS pada pilihan raya umum 2008 itu. Tokohnya ialah Arwah Che Hashim, seorang yang popular berkhidmat kepada rakyat dan diterima baik oleh semua pihak termasuk masyarakat Cina dan Orang Asli. Khidmatnya bermula sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihan raya umm 2004. Maka tidak harianlah beliau berupaya menang ‘terkejut’ apabila mengalahkan penyandang wakil rakyat Galas ketika itu, Saufi Deraman.

Gambar & Video : Banjir Kilat Sekitar Masjid Al-Haram Makkah






Makkah - Hujan yang turun berterusan selama 2 jam disekitar Masjid al-Haram, disini, telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Jalan utama masjid al-haram serta jalan-jalan kecil di sekitar kediaman jamaah haji Malaysia di penuhi air umpama terusan kerana ketiadaan longkang.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan namun para peniaga yang sedang menghampiri 'musim puncak' mengaut keuntungan dengan kedatangan jamaah haji dilaporkan mengalami kerugian.

Menurut jurucakap sebuah agensi perkhidmatan Haji swasta, pada tahun lalu hujan dan banjir kilat juga berlaku pada waktu yang hampir sama, sebagaiman berlaku pada tahun ini.

Gambar : Masjid Yang Terselamat Ketika Tsunami Melanda Mentawai





Artikel berkaitan DISINI

Video : Kekalahan Pas Di "GALAS",Sidang Media Tok Guru Nik Aziz

Kemenangan di Galas, Batu Sapi bukan petanda sebenar BN ‘kian kuat’



 
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.
“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.
“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.
“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.
“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....