Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 1 Januari 2011
XPDC dakwah cekup 11 pasangan
Kemelut SUK : MB Selangor Dinasihat Cabar Di Mahkamah
3 pemimpin Pemuda PAS Jasin ditahan polis
Petanda PRU 13 Semakin Hampir ??
Melayu pun kena tutup aurat
Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.
“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.
Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.
“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.
“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.
“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.Hrkh
Video : Menyusuri Jalan2 Di Kuala Terengganu Pada Malam Tahun Baru 2011
Ya.... Terengganu negeri yang beriman, suatu nama yang begitu indah, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan semasa, gagal menghayati maksud sebagai negeri beriman.
Walaupun nampaknya, tidak ada agenda rasmi menyambut detik-detik bertukarnya tahun masehi, namun ketika lalu di Batu Burok Kuala Terengganu, kelihatan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang 'seolah-olah semakin tua semakin menjadi'.
Bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.
Ketika lalu dihadapan sebuah hotel di kawasan Tanjung Kuala Terengganu, barulah kelihatan seperti berada di bandaraya sebenarnya, mungkin sebaris dengan Kuala Lumpur atau bandaraya metropolitan lain...urgghh....!
Masih ramai lagi kaum entah apa yang perlu dipanggil kepada mereka 'khunsa atau pondan', bersama mempamerkan tubuh-tubuh sasa masing-masing, berlagak perempuan, menyambut tahun baru kononnya!
Sementara di persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Sultan Mizan di Bukit Tunggal (Gambar), membuktikan usaha kerajaan untuk membenteras Mat Rempit dengan berlogokan '1Malaysia' belum berhasil.
Malah beberapa pemuda dengan terang-terangan menyarung topi keledar 1Malaysia, pemberian Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, buat azimat kepada mereke untuk terus meluncur dengan laju.
Sementara, polis yang sama, yang bertugas menjaga lalulintas semasa Majlis Himpunan Remaja 18 Disember lalu, semalam sekitar jam 2.00 pagi, 1 Januari, 2011, bertukar menjadi musuh.
Dengan segala penat lelahnya, polis peronda terpaksa 'berambat' dengan Mat Rempit 1Malaysia yang mereka iringi dengan segala hormatnya ke Majlis tersebut dua minggu lalu, kononnya menjadi kebanggaan seluruh pemimpin Umno dan BN!BO
Isu SUK: KSN tak hormati fungsi MB, sabotaj Selangor
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Gambar : Gempar !!! Pertunjukan ala 'Tiger Show' di Putrajaya!..(18SX)
p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...
Isu Senamrobik Teo : Jawapan Untuk Umno !!!
Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad(gambar kiri) membidas serangan pelbagai pihak didalangi Umno dan akhbar Utusan Malaysia yang menghentam Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan menganggap sebagai bermotif politik.
Beliau mempersoalkan pula pelbagai program yang dilakukan golongan rapat dengan UMNO seperti Puteri Umno dan Wanita Umno yang langsung tidak diendahkan sesiapa walaupun pelakunya orang Islam sendiri.
"Kalau pihak Puteri Umno buat, itu tak apa, tak tutup aurat pun tak mengapa. Nak buat apa peduli Teo Nie Ching, dia bukan orang Islam. Patutnya diberi keutamaan kepada orang Islam itu sendiri. Tapi orang bukan Islam yang di'highlight', nak bantai, nak kritik, lepas tu nak jauhkan dia dari masyarakat Islam dan surau. Ini satu sikap yang saya rasa bermotif politik," katanya.
Khalid mengulas mengenai Isu Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya baru-baru ini.
Hal itu mendapat liputan meluas dari akhbar Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang menganggap Teo mencemarkan kesucian masjid.
Teo kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Khalid mempersoalkan kefahaman UMNO mengenai Islam yang seolah hanya bersifat luaran sahaja dan tidak menyelesaikan sebarang permasalahan sebenar.
"Sedangkan kita lihat di luar, orang perempuan Melayu ajar senamrobik pakai shorts dan baju ketat tak ada orang bising? Adakah buat dekat surau saja salah, di luar tak salah?Ini yang saya tak faham dengan UMNO ni, Memelayukan Islam sehingga Islam nampak sempit dan mengelirukan," tegas Khalid.TVS