Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 Januari 2011

Gambar : Sekitar Lawatan Sultan Kelantan,Sultan Muhammad Ke-V Ke Gua Musang








MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja



SUBANG JAYA, 8 Jan – Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.
Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.
“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.
Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.
Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.
“Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Khalid.
“Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri,” katanya.
Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.
“Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka,” kata Khalid, menteri besar penggal pertama.
Khalid juga berkata, Sultan Selangor telah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri meskipun pihaknya tidak bersetuju dengan pilihan penyandang semasa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kronologi Pelantikan SUK Yang Diputar Belit Oleh Umno-BN



Berikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

26 Oktober 2010

PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010

Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010

Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.

Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010.

Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010

Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010

Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010

Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010

Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

Peguam Teoh beng Hock Kecewa Dengan Skop Suruhanjaya Diraja

Peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock meluahkan rasa kecewa dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kes kematian pembantu politik kepada Exco Selangor tersebut.

Gobind Singh Deo berkata, kekecewaan tersebut ekoran skop suruhanjaya tersebut yang tidak akan melibatkan bagaimana Teoh, 30, menemui ajalnya.

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, suruhanjaya itu akan mengkaji kaedah soal-siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sekiranya berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh.

“Saya memohon supaya Suruhanjaya tersebut membesarkan skop lingkungan mereka yang melibatkan perkara yang mengelilingi kematian Teoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Tambahnya, sukar untuk diketahui jika berlaku pencabulan hak asasi terhadap Teoh, jika fakta mengenai kematian tersebut tidak dikemukakan.

Beliau juga mengesahkan akan mewakili keluarga Teoh dalam Suruhanjaya Diraja tersebut.

Pada Jumaat, Najib mengumumkan Suruhanjaya Diraja akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas tauliah pelantikan Pesuruhjaya dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Koroner Shah Alam, dekat sini, pada Rabu lalu memberikan keputusan terbuka mengenai punca kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas dalam keputusannya tidak dapat menentukan sama ada kematian Teoh disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh.

Beliau bagaimanapun memutuskan Teoh mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, 16 Julai 2009 disebabkan oleh kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

Mayat Teoh ditemui di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam selepas dia dipanggil untuk disoal siasat oleh SPRM di pejabat yang terletak di tingkat 14 plaza sama.Mstar

Gambar Sebenar Robengah,Bekas Pembantu Rumah Rais Yatim


Robengah, 46, (kanan), bekas pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang diambil dari laporan portal berita detik.com, di Kuala Lumpur. Gambar itu diambil oleh wartawan di rumahnya di Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, Jumaat.Robengah bekerja dengan Rais dari tahun 1999 hingga 2007. BERNAMA

Pas Ganti Umno : Mengapa ??

PAS mencanangkan kepada rakyat dinegara ini, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam bahawa, Umno mesti digantikan dengan PAS menjadi pemerintah untuk menyelamatkan manusia didunia hingga ke akhirat.

Mengapakah PAS berkata demikian sedangkan Umno mendakwa mereka juga memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah empat perkara asas yang berkaitan dengan amalam Umno terhadap agama Islam, berdasarkan kajian yang telah dibuat;

Islam Tidak Menjadi Dasar Umno - Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam dan Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.

Dasar Umno adalah pragmatis mengikut suasana - Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Islam hanya kuda tunggangan Umno - Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manek Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manek Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Rogol Amah : Selepas Rais Yatim Keluar Kenyataan Kini Bekas Pembantu Rumahnya Pula Bersuara

JAKARTA, 8 Jan: Bekas pembantu rumah Datuk Seri Rais Yatim, Robengah menafikan beliau diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI (BNP2TKI) menyebut TKI Robingah (46) tidak diperkosa Menteri Malaysia, Rais Yatim.

Robingah mengatakan mantan majikannya baik hati dan tidak ada masalah dengan dirinya.

Hal ini jelas menafikan keterangan Migrant Care dan media Malaysia, lapor Detik News, satu laman Indonesia.

Robingah menceritakan kisahnya kepada wartawan di rumahnya di RT 03 RW 02 Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, Jumat (7/1/2011).

"Datuk Rais Yatim orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi uang serta oleh-oleh dari beliau," jelasnya.

Migrant Care dalam sidang medianya hari ini mengesahkan satu laporan yang dipetik oleh laman web di Malaysia termasuk Harakahdaily sebagai dari mereka.

Bagaimanapun Migrant Care berkata pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyiarkan laporan itu.

Laporan itu, katanya, dihantar kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Indonesia.

Migrant Care memaklumkan, kes itu tidak dibawa ke tindakan seterusnya kerana mangsa tidak bersedia.

Berikut kenyataan penuh Migrant Care hari ini di Jakarta.

Tarikh PRU13 Bakal Terjawab Esok?

SHAH ALAM 7 JAN : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan petunjuk kuat berhubung Pilihan Raya Umum mengejut dengan mengesahkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional, esok.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.
"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan.
"Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib menjawab.

"Semuanya telah digerakkan bagi Pilihan Raya Umum kerana kita mahu dipilih semula," katanya."Kita mahu berkhidmat dan biar rakyat tentukan," katanya lagi.

Mesyuarat secara tertutup itu akan diadakan dengan kesemua 137 Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional dalam pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut sumber, kesemua Ahli Parlimen Umno-BN akan diberikan lima minit untuk memaklumkan Najib yang juga pengerusi BN mengenai isu mengenai kawasan masing-masing serta janji-janji pilihanraya yang belum lagi dilaksanakan dan isu yang melibatkan parti pembangkang.

Mesyuarat itu diadakan di tengah-tengah spekulasi panas Najib akan memanggil pilihanraya mengejut tahun ini, dua tahun sebelum penggal sebenar berakhir.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....