Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen
pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan
carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu lenyap genap seminggu lalu selepas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi masih gagal mengesannya.
Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan.
Tiada petanda badan pesawat yang besar dengan nombor pendaftaran 9M-MRO
di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara 634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan media
hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali
pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga ke
Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.
Sehingga hari ini
14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udata terlibat dalam misi
mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada 8.11 pagi
pada Sabtu.
Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata penyiasat
menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun seseorang yang
berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.