Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Julai 2011

Najib temu Pope Benedict, jalin hubungan diplomatik dengan Vatican

Pope Benedict XVI menerima cenderamata daripada Najib Razak ketika kunjungan beliau di Castelgandolfo, Rom hari ini. – Foto Reuters

ROM, 18 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengunjungi Pope Benedict XVI di sini hari ini, dengan kedua-dua Malaysia dan Vatican telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik secara formal bagi memperkukuhkan kerjasama, demikian menurut Wisma Putra.

Pertemuan berlangsung di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Sehubungan itu kata Najib, Malaysia telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik memandangkan ia berminat untuk berkongsi pengalamannya dan menggalakkan keamanan dan keharmonian dunia.

“Dunia berada di persimpangan,” kata beliau sambil menambah sikap-sikap tidak waras dan perbezaan pendapat mengancam kemakmuran dan kestabilan yang telah lama dibina dengan kerja keras.

Ini merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See.

Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Najib, yang membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Laporan Bernama Online menyebut rombongan Perdana Menteri termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.TMI

Isu Pusat Hiburan di Kedah : Kenyataan Tok Guru Nik Aziz


Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.
 Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.
Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ ikon, sumber inspirasi wanita

KUALA LUMPUR: Malaysia ibarat kehilangan sebutir permata yang berharga berikutan pemergian Allahyarhamah Dr Lo’ Lo Ghazali yang telah banyak menyumbangkan jasa dan pengorbanan untuk rakyat negara ini.
Kerajaan Selangor menyifatkan kehilangan Ahli Parlimen Titiwangsa itu sebagai kehilangan besar kepada negara, khasnya golongan wanita.
“Kehilangan beliau sudah pasti akan dirasai. Ini kerana beliau menjadi sumber inspirasi khususnya kepada wanita dengan keikhlasan dan keberanian memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat serta menyatupadukan ummah,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Khalid, Allahyarhamah menunjukkan sikap dan tauladan seorang pemimpin Muslimat yang baik dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya dengan penuh tanggungjawab.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin berkata, pemergian Dr Lo’ Lo’ Ghazali merupakan kesedihan yang amat besar buat seluruh pimpinanPakatan Rakyat dan wanita seluruh negara.
“Pemergian beliau adalah kehilangan permata dan ikon besar dalam legasi politik wanita negara.
“Demi Rakyat, semua rakyat Parlimen Titiwangsa harus mencontohi meneruskan perjuangan Dr Lo Lo menegakkan keadilan dan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” kata Zuraida.
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, (AMK) Syed Badli Shah Syed Othman dalam ucapan takziahnya berkata, perjuangan Allahyarhamah memperjuangkan nasib penduduk Kampung Baru dibuat dengan komitmen yang tinggi, walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil.

Gambar : Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali







Keluarga Baharuddin Terus Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian Allahyarham

 Peguam Ahmad Jufliz Faiza, disamping keluarga Allahyarham menuntut prosiding khas dilakukan bagi menyiasat punca kematian

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad menuntut satu prosiding khas bagi menyiasat kematian beliau dalam tempoh tujuh hari bermula dari tarikh laporan polis yang dibuat, semalam.
Menurut peguam mewakili keluarga, Ahmad Jufliz Faiza, tindakan itu diambil ekoran pihak keluarga kesal dengan kenyataan polis bahawa mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung, sedangkan laporan bedah siasat tidak didedahkan.
“Kami telah membuat laporan polis semalam, dan memohon agar satu prosiding khas bagi siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat.
“Peguam sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini,” kata Jufliza ketika sidang media di Setapak di sini hari ini.
Sementara itu, balu Baharudin, Rosni Malan yang masih bersedih dengan pemergian arwah suaminya mempersoalkan tindakan polis mengeluarkan kenyataan berhubung kematian allahyarham tanpa persetujuan keluarga.
“Sehingga hari ini kami sekeluarga masih belum mendapatkan laporan awal rasmi post mortem mengenai status kematian beliau.
“Kami amat hairan kerana kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan kami sekeluarga,” kata Rosni.

Tiada ucapan takziah dari polis, kerajaan

Selain itu, beliau melahirkan kekecewaannya kerana sehingga hari ini masih tiada ucapan takziah daripada polis mahupun kerajaan.

Himpunan Bersih 2.0 : [ Video ] Cerita Sebenar ' Ajak ' Disebalik Dakwaan Beliau Membawa Pisau




KUALA LUMPUR 18 JULAI : Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan Bersih 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya dipetik dari portal Malaysiakini.

Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.TVS

Lawatan Ke Itali, Najib Dijadual Jumpa Pope Benedict


ROM, 18 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib dijadualkan menemui Pope Benedict XVI (gambar) dan mengadakan perjumpaan dengan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican di Castel Gandolfo di sini.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....