LAPORAN DARI BERBAGAI SUMBER :
KUALA LUMPUR 1 MAC: Beberapa orang terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu, menurut laporan media Filipina.(Gambar PhilStar.com)

Bagaimanapun tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.Akhbar The Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa
saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya
Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu,
sebagai berkata, terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Sementara itu laporan Bernama menyebut dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.– Malaysiakini.
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut - Bernama

KEMASKINI 1