Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 April 2013

Ni Dia Calon PAS Di Parlimen Baling,Temerloh Dan Titiwangsa

 Najmi [dua dari kanan] dan Zamri [kiri sekali] diperkenalkan sebagai bakal-bakal calon PAS hari ini

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Ia dibuat dalam satu sidang media yang dibuat di Pusat Media PAS yang baru dibuka oleh beliau hari ini.
Turut serta di majlis itu adalah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS.

Ustaz Hadi turut mengumumkan penyertaan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman ke dalam PAS.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar memenuhi Pusat Media PAS yang disediakan khas untuk kemudahan  wartawan menjalankan tugas itu.

Karabat Diraja Antara Calon Yang Diumumkan DAP Bertanding Di Pahang

 Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab

RAUB: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz telah diletakkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan kepada ahli parti dan penyokong mereka di Sungai Liu dekat sini pada Isnin.

Sementara Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab.

Mohd Ariff, 57, merupakan Adun selama satu penggal dari 2004 hingga 2008, juga merupakan seorang penulis blog yang menggunakan nama "Sakmongkol AK47."

Dia menyertai DAP pada Januari tahun lalu, bersama-sama seorang veteran Umno, Aspan Alias.Mohd Ariff akan berhadapan dengan Exco senior Pahang yang juga Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang dijangka akan menggantikan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bagi kerusi berkenaan.

Tengku Zulpuri,47, merupakan kerabat diraja Pahang.Beliau bertanding dan menang jawatan timbalan pengerusi dalam pemilihan parti pada 2010.

Tengku Zulpuri akan berhadapan dengan penyandang kerusi Datuk Chuah Boon Seong, yang juga Ketua MCA Bahagian Temerloh.

Selain daripada dua personaliti yang berpengaruh itu, Lim turut mengumumkan bahawa Adun Tras, Choong Siew Onn akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.Tras merupakan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Raub.

Dua lagi kerusi DUN ialah Batu Talam dan Dong.Pada pilihan raya 2008, Choong memenangi kerusi DUN Tras dengan majoriti 2,451 ekoran isu bantahan terhadap Bukit Koman.

Foto Fitnah Bas Jelajah Merdeka Terbakar Tersebar

 Foto yang diedit macai Umno

Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini..

Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,macai Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!!

 Foto asal bas yang terbakar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....