Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Januari 2010

Tengku Fakhry Tiada Kuasa Bertindak Bagi Pihak Sultan & Istana -Tengku Faris

KOTA BHARU: Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah hari ini bahawa adiknya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang tubuh negeri untuk bertindak bagi pihak Sultan yang kini masih lagi dirawat di Singapura.
Dalam kenyataan beliau yang dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Balai Rong Seri di sini hari ini, turut menegaskan bahawa Tengku Muhammad Fakhry juga tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak Sultan atau pemerintah Negeri Kelantan sebagaimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan negeri.

Mahkamah Tinggi Tangguh Pelaksanaan Guna Kalimah Allah




Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.

Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.

Peguam bagi pihak mingguan berkenaan tidak membantah permohonan tersebut atas kepentingan nasional.

Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.

"Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan nasional," kata Abdul Gani.

Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.

"Kami (Roman Katholik) adalah orang yang cintakan keamanan dan komen (yang tidak baik) adalah tidak wajar," katanya.

"Kami mahu peguam negara mengambil tindakan terhadap individu-individiu yang membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Turut hadir ialah editor Herald Father Lawrence Andrew yang bertemu dengan Abdul Gani dalam bilik saksi sebelum permohonan itu didengar.

Dalam keputusannya pada 31 Disember, Hakim Lau membenarkan Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen bahasa Malaysia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan umat Islam yang berpendapat bahawa kalimah 'Allah' adalah ekslusif untuk Islam sahaja.

Sementara itu, Hakim Lau juga menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu.

Enam Majlis Agama Islam itu adalah dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Hakim Lau telahpun menolak permohonan mereka untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan.

Enam majlis tersebut dan Magma juga turut memfailkan ratyuan terhadap keputusan Hakim Lau menolak permohonan mereka menjadi pencelah serta keputusannya yang memihak kepada Herald.Malaysiakini

Adun Sungai Rapat Perak Didakwa Menceroboh Surau





5 Jan -Ipoh : Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman telah disifatkan sebagai penceroboh hak oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Surai Al-Falah, Taman Soon Choon di sini kerana mengadakan acara diperkarangan Surau tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Surau.

Bercakap kepada pihak kami, Pengerusi Surau Al-Falah menyifatkan tindakan Adun Sungai Rapat tersebut adalah melanggar hak pengurusan surau tersebut. Beliau telah mempergunakan tempat ibadah tersebut untuk meraih undi rakyat.

"Ini melanggar titah Sultan Perak agar tidak mempolitikkan rumah ibadah orang Islam" katanya lagi.

Memetik pernyataan dalam Akbar Sinar 1 Januari yang lalu, Hamidah Osman menyatakan bahawa acara yang dianjurkan itu merupakan sempena sambutan Maal Hijrah dan ia bertujuan menyatukan ukhwah dikalangan masyarakat setempat.

Namun membidas pernyataan tersebut, pihak pengurusan surau menyatakan kekesalan mereka kerana program yang dianjurkan itu adalah program Parti dan bukannya Program Pusat Khidmat Adun. Di samping itu ketika majlis berlangsung, hampir kesemua peserta memakai vest Parti iaitu pakaian rasmi bagi Skuad Sayang Wanita UMNO. Di samping itu, beliau juga mendakwa, Hamidah memutar-belitkan fakta dengan menyatakan program yang dilangsungkan merupakan anjuran anak surau tersebut sedangkan terang dan jelas ianya hanya program Parti dan hanya untuk meraih undi simpati di kalangan penduduk Taman Soon Choon.

Bersabit dengan itu, pengurusan surau juga sekeras-kerasnya akan menafikan apa jua tohmahan yang bakal diterima apabila Dato' Seri Nizar yang memberikan kuliah Maghrib beliau semalam disini. Mereka telah cuba menjemput Dato' Seri Nizar sejak dari bulan November 2009, baru la hari (semalam) beliau mempunyai masa terluang. Pihak pengurusan surau juga menyatakan, program malam ini hanyalah Kuliah Maghrib dan ia bukan berunsur ceramah politik dan mereka menjemput sesiapa sahaja boleh datang tanpa mengira mana-mana fahaman politik.SUMBER

Enjin jet: 2 termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat sarjan bersama seorang pengarah syarikat didakwa hari ini berhubung kes kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM yang mengejutkan negara baru-baru ini.

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini.

Ini pendakwaan pertama berhubung kes kehilangan enjin F-5E itu yang hilang pada 2007 membabitkan nilai hampir RM100 juta.

Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi.

Pengarah berusia 36 tahun yang terlibat dengan industri penerbangan pula didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan mengenai pendakwaan mereka.


"Siasatan menunjukkan kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 Kuala Lumpur hasil persubahatan anggota tentera berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin itu yang diketahuinya harta curi," kata beliau.

Sarjan TUDM, pengarah syarikat didakwa curi enjin jet F5-E



Stolen jet engines: RMAF sergeant and director charged

missing-jet-engine-1

Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia, Sarjan N Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Yusop mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM.

Pengarah syarikat, K Rajandran Prasad, 38, pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menolong menghapuskan barang curi milik TUDM.

LPKP beku semua urusan pelesenan syarikat bas Sani Ekpress selama setahun





KUALA LUMPUR, 5 Jan — Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membekukan semua urusan pelesenan syarikat bas Sani United Sdn Bhd untuk tempoh setahun bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pembekuan itu adalah satu daripada tiga tindakan yang diputuskan oleh jawatankuasa inkuiri tentang kemalangan maut terhadap syarikat terbabit.

Dua tindakan lagi ialah membatalkan permit bas ekspres dua tingkat bernombor pendaftaran WSX 5010 yang terlibat dalam kemalangan maut pada 26 Dis lepas, selain tempoh sebulan diberikan kepada syarikat untuk mempertingkatkan sistem pengurusan pemandunya, kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata pembekuan itu meliputi semua urusan pelesenan syarikat itu seperti pembaharuan, permohonan baru dan ubah syarat berkaitan perjalanan bas ekspres milik syarikat tersebut.

“Kita melihat tindakan ini setimpal dengan kesalahan yang dilakukan syarikat bas terbabit sehingga mengorbankan 10 nyawa,” katanya. — Bernama

Isu Kalimah Allah : Laman Web Mingguan Katolik, The Herald Digodam




Laman web mingguan Katolik, The Herald digodam dua kali sejak malam tadi (3 Januari 2009), 2 hari selepas Mahkamah tinggi membuat keputusan membenarkan penganut Katolik untuk menggunakan kalimah "Allah" untuk menggantikan istilah "God" yang digunakan dalam bahasa inggeris.

Lawrence Andrew, Paderi yang juga bertindak sebagai editor mingguan berkenaan memberitahu Malaysian Insider yang laman web mereka mengalami masalah teknikal sejak pukul 1 pagi hari berkenaan.

"Juruteknik saya telah membaikinya pagi tadi, tetapi masalah ini berlaku kembali pada sebelah petang" katanya.

Andrew turut memaklumkan yang laman web mingguan itu kembali beroperasi selepas serangan terakhir berjaya diatasi.

Ditanya untuk mengulas insiden berkenaan. beliau dengan nada perlahan menjawab adalah terbaik untuk beliau berdiam diri.

"saya tidak mahu ulas apa-apa, saya tidak mahu menambah tekanan terhadap isu yang sensitif ini." Katanya lagi.

Artikel ini adalah terjemahan artikel Malaysian Insider di sini.

P/S : Tinjauan Neutral Daily sehingga ketika artikel ini ditulis iaitu pukul 11 pagi ,5 januari. Laman web mingguan Katolik, The Herald masih lagi dalam keadaan digodam dan setiap akses ke laman web itu terutamanya untuk membaca artikel akan disambung ke sebuah laman web lain yang beralamat http://www.kbrimoskow.org/usr yang dikendalikan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai "Ahli Syurga".

Sumber, Neutral Daily
KREDIT JUGA UNTUK

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....