Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 10 November 2009

Isu bai'ah Pas | Khalid Samad akui silap keluar kenyataan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah...tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.

"PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," kata beliau.mstar

Hasan Ali terima surat tunjuk sebab

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin parti itu semalam dipercayai berhubung kenyataannya yang bercanggah dengan pendirian parti.

"Perkara itu bukanlah susah sangat nak dijawab. Saya tidak ada kebimbangan, benda ini biasa," katanya kepada pemberita selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan kepadanya kerana menganggap ia soal dalaman PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata Hasan diberi tempoh 14 hari untuk membela diri terhadap semua tuduhan terhadapnya, dan akan dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.

Hasan tidak menolak surat tunjuk sebab itu ada kaitan dengan kenyataan beliau yang bercanggah dengan pendirian parti dan kerajaan negeri seperti isu penjualan arak dan kritikan terbukanya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, berkata tuduhan terhadap beliau itu bukan perkara besar atau luar biasa kerana kesalahan itu tidak membabitkan jenayah atau salah guna kuasa sebaliknya kerana membuat kenyataan yang tidak selari dengan peraturan parti. BERNAMA

Sidang media Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali di lobi bangunan DUN Selangor petang tadi


Soalan: Datuk ada menerima surat tunjuk sebab?
Jawapan: Saya sudah terima surat semalam.

Soalan:
Apa kandungan di dalamnya dan apa pertuduhannya?
Jawapan: Tidak perlu tahu sebab itu hal dalaman di dalam parti.

Soalan:Datuk bersedia untuk menjawab apa yang terkandung dalam surat tunjuk sebab terbabit?
Jawapan: Perkara itu bukannya susah sangat. Benda yang hendak dijawab pun benda yang jelas. Jadi, tiada apa yang saya rasa, saya pun tiada keraguan, tiada kebimbangan, biasa sahaja. Tunjuk sebab secara bertulis, pada masa yang sama ia terserah kepada jawatankuasa disiplin.

Soalan:Berapa pertuduhan yang terkandung dalam surat terbabit?
Jawapan:Wa’allahuallam, saya akan mengemukannya , apa yang diminta itulah dia, berapa tuduhan tidak perlu tahu.

Soalan:
Adakah Datuk merasakan perkara ini tidak adil
Jawapan:
Keadilan ini merupakan suatu yang subjektif, saya hanya sebagai ahli parti dan misalnya ada dakwaan-dakwaan terhadap saya, saya mesti jawab. Mereka pun mesti ada asas-asas yang kukuh dan mereka tidak akan menghadapkan saya kepada jawatan kuasa disiplin. Tetapi saya berlapang dada seperti yang dulu saya sebutkan dan saya akan memberikan seluruh kerjasama untuk mencari penyelesaian. Pada saya perkara ini tidak besar dan kalau tengok bentuk-bentuk kesalahan pun bukannya ada yang jenayah dan tidak ada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana ini hanya tuduhan dakwaan yang berkaitan mungkin ada beberapa perkara yang difikirkan tidak selari dengan peraturan dan perjalanan di dalam parti.

Soalan: Adakah perkara ini akan selesai dengan penjelasan kepada jawatankuasa disiplin?
Jawapan:
Memang hendak mencari satu penyelesaian, mungkin ini satu penyelesaian yang paling baiklah, bermakna saya diberi peluang untuk mengemukakan hujah-hujah dan sebagainya..

Soalan: Apa kemungkinan yang akan berlaku?
Jawapan:
Selepas itu kemungkinannya saya tidak tahu apa yang akan jadi, sama ada saya dipanggil untuk bertemu dengan jawatankuasa ke ataupun tidak, atau pun hanya cukup dengan yang bertulis yang sedang saya sediakan dan saya akan hantar kepada mereka.

Soalan: Siapa yang membuat aduan?
Jawapan:
Itu saya tidak tahu , Pas Selangor tidak buat aduan, saya tidak dapat menentukannya, tapi dari segi rasminya, hanya saya yang tahu pasal Pas Selangor kerana saya Pesuruhjaya Pas negeri.

Soalan:Adakah ia berkaitan dengan isu Selcat?
Jawapan:
Perkara ini ada kait mengait, tetapi konsentrasinya hanya kepada perkara ini, tetapi isinya biar saya dan jawatankuasa disiplin sahaja yang tahu, benda ni kan rahsia, eloklah diketahui pimpinan parti yang berkaitan sahaja.SH

Isu bai'ah Pas | Apa kata Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU – Isu bai’ah wakil rakyat yang dimainkan media dicetuskan mereka yang tidak faham tentang Islam dan berunsur provokatif untuk memberi persepsi negatif kepada PAS.

Orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini boleh dilabelkan sebagai golongan anti-Islam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau sendiri, kata Nik Aziz, tidak tahu-menahu bagaimana perkara itu boleh timbul sehingga ia dieksploitasikan oleh banyak pihak.

Isu bai’ah menjadi kontroversi di dalam parti politik PAS apabila sumpahnya (bai’ah) mensyaratkan talak tiga terhadap isteri sekiranya mana-mana wakil rakyat bertindak mengkhianati parti.

Nik Aziz menyifatkan golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut sebagai tidak berilmu serta tidak pandai menggunakan pemikiran ke arah yang lebih bermanafaat dalam kehidupan masyarakat bernegara dan berpolitik.

“Perbuatan daripada mereka yang tidak ada kerja. Tidak berilmu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli dan Kelkon Sdn Bhd.

Projek yang bernilai RM45 juta itu akan dimulakan pada February 2010 dan di jangka siap sepenuhnya pada 2016.

Sementara itu, di celah-celah persoalan isu berkenaan, penulis politik tempatan mempertikaikan penggunaan bai’ah dalam struktur politik negara kerana ia memberi gambaran ketidakyakinan institusi parti terbabit terhadap kejujuran ahli-ahlinya.

“Bahkan ia bukan satu kaedah syumul dan mutlak dalam siasah politik,” kata penulis berkenaan.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, dilaporkan berkata Majlis Syura PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar berhubung perkara tersebut terhadap pemimpin-pemimpin parti.

“Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini,” katanya.

Perkara ini juga ditegaskan oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa ketika bercakap di ruang legar Parlimen Malaysia berkata, isu bai’ah ini sengaja dirungkaikan oleh Umno untuk membolehkan wakil rakyat PAS melompat. themalaysianinsider

Dr Asri belum pasti Parti yang akan beliau sertai

SHAH ALAM- Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin masih belum membuat keputusan tentang parti yang akan disertai beliau.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini tidak bermaksud beliau akan terus menyertai politik tetapi sekiranya tiada jalan lain untuknya berdakwah maka beliau akan sertai politik.

“Saya buat masa ini masih tidak memilih mana-mana parti lagi kerana pada masa ini saya masih ada ruang lagi untuk saya berdakwah.

“Soal hendak masuk parti mana ini tidak timbul lagi kerana saya masih belum berfikir untuk menyertai mana-mana parti lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

Tambahnya, pada masa ini Pas dan UMNO juga ada bagi ruang untuknya berdakwah dan beliau sendiri tidak rasa ada halangan lagi setakat ini untuk melakukan demikian.

Beliau ditanya demikian berikutan kenyataanya semalam tentang kesediaannya menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan

Kenyataan beliau semalam dibuat selepas melakukan kunjungan ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.SH

Kedudukan Badrul Dalam Dewan Negeri Selangor Diubah




Susulan Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri yang bermula hari ini, Speaker Teng Chang Khim bertindak menukarkan tempat duduk ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dalam dewan ke tempat pembangkang kerajaan negeri.

Ini berikutan mengikut amalan dewan apabila wakil rakyat itu menyertai pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional, maka tempatnya perlu ditukarkan agar berjauhan bersama penyokong pembangkang.

“Disebabkan beliau telah pun mengumumkan bahawa beliau keluar daripada parti Keadilan dan juga sebagai akan menjadi Adun Bebas yang memihak kepada Barisan Nasional, maka mengikut amalan dalam dewan saya tukarkan tempat duduk beliau supaya jauh daripada pihak penyokong kerajaan”, kata Teng Chang Khim

Beliau bercakap kepada Tv Selangor selepas diminta mengulas kedudukan Badrul dalam Sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Badrul sebelum ini bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai parti bebas dan menyokong Umno-Barisan Nasional. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Pembangunan Yang Merugikan Rakyat


Taman Rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.
Jerteh Souq
Pasar Besar Jerteh


BESUT – Orang ramai menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan keatas semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terutamanya semasa diterajui bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Ia adalah kerana, selain dianggap membazir, projek-projek tersebut mengalami banyak ‘kerosakkan’ walaupun baru di siapkan dan merupakan kerugian kepada harta rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.

Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.

Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.

Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Hadhari, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.

Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.

Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.

Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.

Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.

Seorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.

Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.

“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.

“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.

Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.


Selain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.

“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,

”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.

Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah.BO

Nazri: VK Lingam Tidak Langgar Undang-Undang



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggemparkan Parlimen dengan berkata VK Lingam dibebaskan dari pertuduhan jenayah kerana beliau tidak melanggar undang-undang.

Nazri juga mencadangkan bahawa Lingam tidak menyalahi undang-undang kerana mungkin Lingam berlagak seolah-olah boleh mempengaruhi perlantikan hakim hanya untuk mempengaruhi orang lain - dalam kes ini ialah Hakim Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga menambah tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Lingam berkonspirasi dengan Hakim Tun Ahmad Fairuz.

Nazri tidak menafikan bahawa Lingam adalah watak dalam video skandal itu namun menambah ramai penipu di dunia ini dan mungkin VK Lingam hanya berlagak semata-mata.

Nazri seterusnya berkata dari kaca mata perundangan, Lingam mungkin sekadar mencadangkan siapa yang sepatutnya dilantik ke jawatan kanan kehakiman.

Beliau berkata mungkin Lingam salah dari segi moral kerana tindakannya telah menghakis integriti badan kehakiman, namun tidak ada undang-undang spesifik menyifatkan perbuatan itu salah.

" Bagi saya menteri Nazri dengan kenyataan itu membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat politik untuk berbuat apa-apa tentang masalah rasuah ini. Ini kerana mereka tahu tentang hal ini, bukan sahaja Tun Eusoff Chin tetapi banyak hakim-hakim telah dibabitkan" ujarnya

Di Dewan Rakyat hari ini, Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan mengapa Peguam Negara enggan mengambil tindakan terhadap VK Lingam meskipun Suruhanjaya Di-Raja mendapati peguam tersebut cuba mempengaruhi perlantikan hakim.

Pihak suruhanjaya mencadangkan tindakan diambil terhadap Lingam dan mereka-mereka yang terbabit termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz dan saudagar kaya Tan Sri Vincent Tan.

Nazri juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tidak bukti kukuh mengaitkan watak-watak terbabit dengan kesalahan salahguna kuasa.

Mengulas perkembangan ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengesyaki kerajaan cuba menutup skandal VK Lingam disebalik alasan teknikal.

"Mungkin itu tujuan mereka kalau mereka kata kes ini tidak ada bukti, kes ini ditutup. Dan mereka harap rakyat boleh menerima, badan kehakiman sudah bersih. Tapi tidak logik. Ia logik lah. Hakim-hakim yang dilantik dulu di bawah hakim-hakim yang rasuah ini masih ada dalam sistem sekarang. Kita tidak boleh asingkan sistem dan hakim-hakim sekarang daripada sistem dahulu. Mereka yang mewarisi masih duduk di atas, di semua peringkat" tambahnya lagi.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet. Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali.

" Seorang peguam yang membela kes-kes di hadapan hakim itu juga di Mahkamah Persekutuan lalu membawa dia bercuti bersama. Jelas kalau itu bukan rasuah, jadi apakah rasuah? Kalau menteri Nazri tidak memahami ini, saya minta dia turun kembali dan tengok buku asas lah" katanya.

Menurut Sivarasa, sekiranya kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang sebegini besar, maka kerajaan akan dilihat gagal untuk m

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, berkata perbualan VK Lingam menyebabkan badan kehakiman negara menghadapi kehakisan integriti yang serius.

Beliau mencadangkan Lingam didakwa dibawah Akta Hasutan.

Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan perkara tersebut.TVS

Saya terjaga dengan mulut dipenuhi darah -Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.mstar

Perdana Menteri Main Politik Isu Royalti Minyak





Exco Ekonomi Kelantan, Husam Musa berkata tindakan Perdana Menteri menolak tuntutan rakyat Kelantan berhubung isu pemberian royalti minyak Petronas adalah permainan politik UMNO-BN.

Husam berkata kerajaan BN beralasan bahawa pemberian royalti harus menepati syarat 3 batu nautika walhal syarat itu tidak terkandung dalam Akta Petroleum.

Sehubungan itu, Husam yakin bahawa Najib sekadar mahu bermain politik atau membuli rakyat Kelantan.

" Satu-satunya hujah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ialah 3 batu nautika tapi tidak ada di mana rujukan" ujar Husam.

" Sekarang Perdana Menteri hanya bermain politik dan ia tidak berasas kepada perjanjian" tambahnya lagi.

Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan Kelantan tidak layak untuk menerima wang royalti minyak kerana kedudukan kawasan minyak Bumi Selatan terletak lebih dari 3 batu nautika dari perairan Kelantan.

Namun ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan tetap akan meneruskan tindakan perundangan demi mempertahankan hak rakyat Kelantan. Walau bagaimanapun, Husam berkeyakinan Perdana Menteri itu akan memberikan wang royalti kepada Kelantan setelah rundingan diadakan.

" Kita akan terus dengan tindakan kita untuk meminta royalti" tambahnya lagi.

Husam menambah tuntutan ini dibuat berasaskan kepada perjanjian yang telah dimeterai bersama Petronas. Isu ini juga bertitik tolak kepada soal ketanggungjawaban dan ketelusan pemerintah.

" Suka saya tekankan Kelantan bukan hendak duit sahaja tapi ketelusan" katanya.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....