Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Februari 2011

Isu Debat : Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Kelantan




Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Kelantan

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011
  1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”
  2.  Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.

Pelajar Malaysia Cerita Detik Cemas Ketika Meninggalkan Mesir

SHAH ALAM 5 FEB: Perkembangan terkini di Mesir menyaksikan kumpulan pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini telahpun dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula kelmarin.
Pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan berkata sebanyak dua penerbangan akan dilakukan setiap hari bermula Khamis lalu sehinggalah kesemua pelajar Selangor yang berada disana dibawa pulang.
"Penerbangan yang pertama pada hari Jumaat, semalam 4 Februari, jumlah pelajarnya 37 orang, bertolak 7.50 malam waktu Mesir kemudian tiba di Jeddah pada pukul 11.10 malam waktu Mesir, kemudian penerbangan kedua, jumlah pelajar 125 orang bertolak pada pukul 3.50 pagi waktu Mesir dan baru tiba pada pukul 6 pagi waktu Mesir," katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya membawa keluar lebih 200 pelajar ke Jeddah dan hari ini merupakan hari terakhir membawa keluar pelajar-pelajar ini dari Mesir.
Sementara itu, Tv Selangor berjaya menghubungi Kamarudin Ismail, salah seorang pelajar Malaysia yang berada disana sempat berkongsikan pengalamannya ketika mengharungi saat genting di Mesir sebelum dikeluarkan ke Jeddah.
"Keadaan masih terkawal cumanya masa peringkat mula-mula rusuhan itu berlaku hari Jumaat , rumah saya pada hari Sabtu tu di masuki perompak tetapi dia menyamar sebagai polis, dia ada dua orang jadi kami pun akurlah kerana dia kata nak buat spot-check , jadi macam-macam yang dia minta, dia check semua barang, dia geledah satu rumah, dia minta duit , nak hand phone, lepas tu dia minta VISA.
"Kita ingat dia nak VISA passport rupa-rupanya dia nak VISA card," jelasnya.
Pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi keadaan juga tidak lagi berfungsi dan menjejaskan keselamatan pelajar.

Beri Peluang Islam Memerintah

MARANG - Ekoran kegagalan kerajaan-kerajaan pro-barat yang gagal memerintah di negara-negara umat Islam, PAS membuka peluang mempelawa masyarakat antarabangsa agar memberi peluang kepada Islam memerintah.Imbang Penuh

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata situasi ketegangan dan tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir menuntut perubahan kerajaan yang memerintah kerana kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah

“Di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman, sudah beberapa orang pemimpin yang syahid di tali gantung, yang dibunuh, yang hilang. Akhirnya, berlakukan satu ledakan yang dahsyat pada hari ini.

“Rakyat Mesir keluar ke jalan raya. Mereka keluar bagi menunjukkan kemahukan mereka untuk membuat perubahan di Mesir

“Mereka mendesak supaya Hosni Mubarak berundur dan menubuhkan kerajaan peralihan yang tidak melibatkan pemimpin-pemimpin rasuah dan khianat,” tegasnya ketika berucap pada demonstrasi aman menyokong kebangkitan rakyat Mesir, dedakt sini semalam.

Himpunan itu juga adalah bertujuan memeberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya jangan campur tangan dalam krisis yang melanda negara-negara Timur Tengah kini.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Amerika dan sekutunya telah mula bersuara agar Hosni Mubarak berundur dengan meletakkan orang yang boleh meneruskan dasarnya.

Katanya, pihak barat dan sekutu Amerika mahukan kerajaan berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah.

“Dan telah ada kenyataan-kenyataan Amerika dan sekutunya supaya Mubarak berundur dengan meletakkan orang-orang yang dasarnya sama dan caranya sama, semata-mata untuk menjaga kepentingan Amerika.

Tok Guru Nik Aziz Sahut Cabaran Debat Ulama UMNO

Gambar Fail-Tok Guru Nik Aziz dan Mohd Nor Deris ( kiri )

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi Imbang Penuhmencari jalan penyelesaian.

“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.SH

Risalah Balik Pulau: Umno dan Putrajaya ludah ke langit, kata Guan Eng



KUALA LUMPUR, 5 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sekiranya risalah “My Balik Pulau” dianggap sebagai bahan yang lupa sejarah dan menghina Melayu, maka pihak yang bertanggungjawab kepada soal itu adalah “Umno dan kerajaan persekutuan sendiri.”
Oleh itu tegas Lim, Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad yang meludah ke langit dan perlu menarik balik dan meminta maaf secara terbuka atas sikap perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang mempersalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
“Adun Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia, yang membuat laporan besar bertajuk “lupa sejarah, hina Melayu”,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim (gambar) yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, Adun Umno telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya “lupa sejarah, hina Melayu” kerana mengeluarkan risalah “My Balik Pulau”.
“Sebenarnya Adun Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah My Balik Pulau, bukanlah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi adalah Umno dan Kerajaan Perseketuan.
“Sekiranya betul My Balik Pulau lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri,” katanya.
Dalam kenyataannya dibawa Utusan Malaysia awal minggu ini, Muhammad Farid berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.
Wakil rakyat itu mendakawa beliau kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.
Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.
Ia juga disokong Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain yang berkata pengedaran risalah itu berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.
Abdul Said berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.

Menteri Didakwa Hina Pelajar Agama Di Mesir


KOTA BHARU, 5 Feb: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian.

Kenyataan itu yang disiarkan dalam Akbar semalam bertajuk “Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar Dari Mesir” yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir.

Demikian kata Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini.

Menurut beliau, Kenyataan Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melamjutkan pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Tambahan pula, semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama tersebut kepada JPMK.
Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan Penuntut.

Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut apabila situasi getir seperti sekarang berlaku.

Pihak Alumni KPKM mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan emnadikan perara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud.

Sementara itu, Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan bantuan kepada pelajar di Mesir.

“Terkini, pengerusi GETIR Ustaz Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir dengan kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan.

“Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas,” katanya .Hrkh

Video : Demo Sokong Rakyat Mesir Di Terengganu




Empat domonstrasi di empat lokasi berasingan diadakan di negeri Terengganu bagi menunjukkan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir

Di Masjid Titian Baru, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia, bersama-sama jutaan rakyat seluruh Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir Kaherah

"Marilah kita bersama dengan saudara-saudara kita (di Mesir) yang telah syahid, yang luka dan yang sedang menunggu gilirannya untuk meneruskan perjuangan,"katanya ketika berucap dalam demonstrasi aman tersebut

Di Kuala Nerus, demonstrasi secara aman bermula sebaik sahaja jamaah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Taqwa. Pekan Batu Enam.

Wakil Dwan Pemuda PAS negeri Terengganu, Hishamudin Abdul Karim mengajak umat Islam supaya menjatuhkan rejim yang zalim bukan sahaja di Mesir malah dimana-mana negara jua.BO

Video & Gambar : Puluhan Ribu Rakyat Mesir Bersolat Di Dataran Tahrir






Puluhan ribu penduduk Mesir bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.

Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.

"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.

Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.

Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.

Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.

Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....