Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 4 Oktober 2012

Elaun Yang Diterima Bekas Menteri BN Selepas Dilantik Ke Jawatan Lain

 Jom lihat elaun bekas Menteri BN yang diterima mereka selepas dilantik ke jawatan lain.Fakta berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan :

1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang menjadi Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri - sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Menteri Kerjaraya yang juga bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan ~ Tinta Hijau DKB

Video : Rampas Tanah Anugerah Kerajaan PAS; Kerja 'Hodoh' Umno-BN Terengganu Terserlah




Tindakan 'Hodoh' dan tidak menurut undang-undang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu terserlah apabila mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi ke atas tanah-tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan PAS pada tahun 1999 - 2004.

Google Hangout : Najib Tewas Teruk Kepada Anwar

 Najib : 105 like,2911 dislikes.Untuk besarkan KLIK imej
Anwar : 1394 like,164 dislike.Untuk besarkan KLIK imej

Jamaluddin Jarjis terima elaun MP tertinggi

KUALA LUMPUR:  Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan.

Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar.

Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad.

Selain Jamaluddin, turut tersenarai bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalambidang infrastruktur dengan menerima jumlah elaun bulanan yang sama.

Manakala bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Ahli Parlimen Kulai itu menerima elaun RM20,000 apabila dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....