Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 November 2009

Tidak Ada Pemimpin Pas Selangor Yang Letak Jawatan-Hasan Ali

SHAH ALAM: PAS Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada manamana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata PAS Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.

"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kemudahan Awam dan Lembu Korban oleh Worldwide Holdings Bhd di sini hari ini.

Mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Jawatankuasa Disiplin PAS kepadanya, Hasan berkata beliau telah menerimanya malah sudah menjawab kepada jawatankuasa itu Ahad lepas.

Surat tunjuk sebab itu diberikan kepada Hasan bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap PAS Selangor melibatkan perkara-perkara seperti PAS negeri itu dikatakan gagal memantapkan kerjasama antara pakatan pembangkang negeri selain menyokong usaha kerajaan perpaduan antara Umno-Pas.BERNAMA

Kota Siputeh: Pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi ditangguh


KUALA LUMPUR, Nov 24 — Mahkamah Rayuan sebentar tadi membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Ia diputuskan oleh panel tiga hakim yang bersidang sejak 2.30 petang tadi untuk mendengar serentak rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif yang kerusinya diisytiharkan kosong.

Panel hakim terdiri daripada Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim.

Terdahulu pagi tadi, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mendengar rayuan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) yang minggu lalu diisytiharkan sebagai bukan lagi wakil rakyat Kota Siputeh pada pukul 2.30 petang.

Pada masa yang sama, wakil dari Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md Said yang bertindak bagi pihak SPR mengesahkan Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agar diadakan pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, pasukan peguam yang mewakili Speaker Kedah ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan tersebut.

Peguam Edmund Bon yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, perkembangan tersebut itu menyamai situasi ketika kes krisis Perak awal tahun ini.

“Pasukan yang sama, sifat kes yang sama,” kata Bon sambil menambah beliau terpaksa membatalkan segala temu janji sepanjang hari ini untuk bergegas ke Putrajaya.TMI

Mendiang Beng Hock Selamat Disemadikan




Mayat mantan Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock selamat disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih tepat jam 10 pagi tadi.

Majlis pengkebumian semula itu dihadiri oleh abangnya, Teoh Bee Kee, adiknya, Teoh Lee Lan dan saudara mara yang lain.

Kedua ibu bapa mendiang bagaimanapun tidak hadir ke kawasan pengkebumian sebaliknya hanya menunggu di sebuah kuil di situ mengikut adat resam masyarakat Cina.

Turut hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; mantan majikan mendiang, Exco Ean Yong Hian Wah dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Menurut adik mendiang, Teoh Lee Lan pihak keluarga kini berasa tenang setelah mendiang selamat dikebumikan dan berharap pembunuh abangnya dapat dihukum.

“Beng Hock hari ini dia ditanam semula, kami sekeluarga rasa lebih tenang dan berharap kebenaran akan diberi kepadanya dan sesiapa yang telah membunuhnya dihukum,” katanya.

Sementara itu, Ean berkata tiada siapa yang akan faham penderitaan dialami keluarga mendiang yang terpaksa menjalankan bedah siasat kedua ke atas Beng Hock semata-mata untuk mencari kebenaran.

Katanya, kini dunia akan tertumpu kepada Perdana Menteri Najib Razak sama ada dapat menunaikan janji 1 Malaysia yang dilaungkan untuk membawa keadilan.

“Dunia melihat Najib dan pentadbirannya adakah beliau sanggup untuk menunaikan janji 1 Malaysia yang dilaungkan untuk mendapatkan kebenaran dan mengembalikan semula keadilan untuk Beng Hock.

“Jika beliau gagal berbuat demikian saya rasa mana-mana rakyat Malaysia boleh menjadi mangsa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka akan kehilangan hidup yang berharga tanpa sebab,”katanya. TVS

Ku Li setuju ketuai kaukus royalti minyak Pakatan







KUALA LUMPUR, Nov 24 — Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini.

Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”

Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.

Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.TMI

Keadaan Banjir Di Beberapa Daerah Di Terengganu











KUALA NERUS
– Gelombang kedua banjir yang melanda negeri ini dianggap sebagai banjir yang terburuk sejak beberapa tahun lalu, apabila hampir seluruh daerah di negeri ini dinaikki air akibat hujan lebat yang turun beberapa hari.


Tinjauan Buletinonline ke kawasan Parlimen Marang mendapati kebanyakkan kawasan-kawasan rendah telah ditenggelami air diantara 1 hingga 2 meter. Keadaan yang sama turut melanda Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan (catatan dibawah)

Seorang penduduk di Kampung Kubu, DUN Pengakalan Berangan yang ditemui berkata, tidak pernah berlaku banjir seumpamanya, sejak beliau tinggal di kampong tersebut 6 tahun lalu.

Keadaan banjir akan menjadi lebuh teruk apabila Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini.

Penolong Ketua Pengarah Pusat Kajicuaca Jabatan berkenaan, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya semalam.

Sehubungan itu, semua jentera PAS diminta untuk bersedia memberikan khidmat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata unit-unit utama seperti Unit Amal dan Skuad Khidmat diharap dapat turun ke barisan hadapan menghadapi bencana tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata beberapa kawasan di sini telah pun dilanda banjir terutama kawasan Taman Pusu Tiga yang dimaklumi sebagai kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, Pengarah Unit Amal turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan berkenaan.rah-


Banjir Makin Buruk

DUNGUN – Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila seramai 1,493 penduduk melibatkan lebih 100 keluarga terpaksa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara sehingga lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berkata, sehingga jam 6 petang semalam, sepuluh lokasi pusat pemindahan mangsa banjir telah dibuka.

Beliau berkata, antara pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar (432 orang), SK Pulau Serai (315 orang), Balai Raya Batu Tiong (23 orang), Dewan Majlis Sukan Negara (314 orang) dan Balai Raya Paka (18 orang).

Turut dipindahkan adalah di Masjid Santong (21 orang), SK Kampung Nyior (55 orang), Dewan Sivik Kampung Limbong (38 orang), Rumah Pegawai Ladang Pinang Mas (79 orang) serta SK Tanjung Pati (313 orang).

“Setakat ini semua paras air sungai utama di Dungun masih berada di bawah paras bahaya kecuali Sungai Dungun di Kuala Jengal yang mencatatkan bacaan 21.70 meter berbanding paras amaran 14.0 meter.

“Semua jalan utama menghubungkan Kuala Terengganu-Kuantan sama ada melalui laluan Jera-ngau-Jabor atau Dungun-Kemaman juga masih boleh dilalui semua kenderaan,” katanya.

Menurut Dahlan, walaupun jalan utama masih boleh dilalui, namun beberapa laluan di kawasan kam-pung sudah ditenggelami air dan terpaksa ditutup untuk semua kenderaan.

Katanya, antara jalan yang terjejas teruk adalah laluan Tok Kah-Jerangau di Kampung Papan apabila air naik sedalam kira-kira satu meter dengan jarak hampir 100 meter.

“Laluan Tepus-Kuala Jengal di Kilometer 9 juga turut ditenggelami air hampir satu meter, jalan lain yang turut terlibat ialah Kampung Talong.

“Akibat air naik di tiga lokasi ini, penduduk antara kedua-dua hala terputus hubungan dan terpaksa mencari alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing,” katanya.


Perpindahan Paling Tinggi

BANDAR PERMAISURI – Seramai 1,006 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan DUN Langkap terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara setelah rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sehingga 12 tengah hari, semalam.

Mereka yang terlibat dari DUN Permaisuri ialah penduduk dari Guntong Luar (47), Che Mohit (30), Padang Serai (27), Air Sejuk (9), Surau Pasar Lama Bandar Permaisuri (107), Masjid Lama (61), Kampung Besut (242), Tasek (146), Permaisuri (76), Pandan Jaya (5) dan Saujana (8) dan Taman Hijrah (8).

Turut terjejas ialah mangsa banjir dari DUN Langkap melibatkan kawasan Kampung Langkap (63), Merbau Menyusut (40), Bukit Nenas (10), Kasar (97) dan Desa Jaya (30).

Pegawai Daerah Setiu, Wan Nawawi Wan Ismail berkata, mangsa banjir itu mula dipindahkan sejak malam tadi ke 17 pusat pemindahan sementara berikutan air naik di kawasan rumah masing-masing.

“Mereka yang tinggal di kawasan rendah hanya akan dibenarkan pulang ke rumah jika keadaan mengizinkan dan mangsa banjir perlu tunggu hingga keadaan beransur pulih,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Wan Nawawi berkata, Pejabat Daerah Setiu membuka bilik gerakan banjir dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta agensi berkai-tan mulai kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata, banjir kali kedua adalah lebih buruk berbanding sebelum ini apabila lebih 700 dipindahkan ke 12 pusat peminda-han sementara sehingga tengah hari semalam.

Beliau turut melawat mangsa banjir di beberapa lokasi termasuk di Guntong Luar dan Surau Pasar Lama Bandar Permaisuri.


Beberapa Kawasan Seolah-olah Lautan

KUALA BERANG
- Banjir gelombang kedua mulai melanda negeri ini kelmarin, yang turut menyebabkan beberapa buah kampung khususnya berhampiran Bandar Kuala Berang, di sini dilanda banjir, yang disifatkan sebagai kejadian yang jarang berlaku.

Difahamkan, kejadian banjir seumpama itu pernah berlaku sekitar tahun 2005 lalu sehingga menyebabkan laluan Kuala Berang-Ajil terpaksa ditutup untuk semua jenis kenderaan, selain beberapa buah bangunan sekolah juga hampir ditenggelami air.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, kawasan terlibat khususnya di simpang menghala ke Kampung Lenjang bagaikan bertukar menjadi ‘lautan’ apatah lagi beberapa buah sekolah berhampiran, antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Imtiaz Kuala Berang turut mengalami nasib sama.: BO

Ahli parlimen PAS rakam tahniah buat Tok Guru Nik Aziz dan Ariffahmi





KUALA LUMPUR, 24 Nov:
Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga.

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

"Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan."

"Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti," katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,"

"Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti," katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

"Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat," ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Nasir dalam pada itu menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS selepas pertemuan dengan pimpinan parti di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.Hrkh

Tahniah!! Ariffahmi..




KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata, beliau menerima dengan hati terbuka cadangan supaya beliau meletakkan jawatan yang disandangnya kini.

Abdul Ariffahmi berkata, beliau menerima keputusan itu dengan hati yang lapang dan sedar keputusan itu dibuat bagi menjaga namai baik kepimpinan dan jaga nama baik Pas.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati lapang. Saya sedar ia adalah untuk menjaga nama baik kepimpinan, parti dan kerajaan Kelantan.

“Saya juga terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun dengan jawatan terakhir saya adalah
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak Syawal lalu. Saya amat menghargai kepercayaannya,” katanya
kepada pemberita ketika ditemui di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau yang juga menantu Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau memohon sokongan dan dorongan daripada semua pimpinan Pas baik negeri mahupun Pusat untuk sama-sama berusaha menghapuskan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

“Saya juga pohon sokongan dan dorongan dari semua pimpinan Pas sama ada di negeri Kelantan atau di pihak Pas pusat untuk sama-sama berusaha menghapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah yang disebarkan di dalam blog tertentu.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Saya menerima keputusan ini atas sifat untuk menjaga jemaah Pas sendiri dan menjaga Kerajaan Negeri serta nama baik tok guru (Nik Aziz),” katanya. /Sinar

Khalid: Pengedaran Salinan Buku Laporan Kejadian Bukit Antarabangsa Tertangguh, Kementerian Masih Belum Beri Kelulusan







Kerajaan negeri m enangguhkan keputusan mengumumkan hasil siasatan tanah runtuh di Buk it Antarabangsa setelah Kementerian Kerja Raya gagal memberikan kebenaran untuk laporan itu diedarkan kepada umum.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata salinan buku laporan itu sudah pun siap untuk diedarkan.
“Kita sudah sedia, sudah cetak salinannya tapi kita masih menunggu kebenaran dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dari kementerian. Kita masih belum dapat lagi tetapi saya sudah tulis surat supaya membenarkan kerajaan negeri untuk mengklasifikasikan di bawah Seksyen 2 C (Akta Rasiah Rasmi 1972) untuk dibenarkan risalah laporan sebagai rahsia, tetapi boleh diberikan kepada mereka yang berkenaan tanpa tertakluk pada ikatan OSA,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Rabu lalu bahawa orang ramai boleh mendapatkan salinan laporan berkenaan di kaunter Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mulai hari ini.
Dalam sidang media berkenaan, Khalid mendedahkan faktor utama yang dikenalpasti penyebab runtuhan tanah itu berpunca dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di rumah terbengakalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun.
Bagaimanapun salinan laporan berkenaan tidak dapat diedarkan kepada umum kerana Kementerian Kerja Raya masih belum memberikan kelulusan pendedahan berkenaan.
Beliau juga akan menulis surat kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berhubung kebenaran berkenaan.
Katanya sekiranya, Shaziman tidak mempunyai kuasa berhubung permohonan ini, beliau meminta supaya surat berkenaan diserahkan kepada Kabinet.
“Mungkin saya akan tulis surat pada pihak menteri supaya jika menteri tidak mempunyai kuasa fikir perkara ini, saya minta mereka memberikan surat saya itu kepada kabinet untuk penilaian,” katanya.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....