Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Mei 2010

Zul Nordin Dakwa Satu Lagi Negeri PAKATAN Akan Jatuh


KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini membayangkan episod Perak tumbang berulang dalam waktu terdekat sambil menasihatkan sebuah “kerajaan negeri Pakatan Rakyat” agar mengambil langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Zulkifli (gambar) yang dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mac lalu tidak menamakan kerajaan negeri itu.Bagaimanapun tumpuan kini menghala ke arah negeri di Utara Semenanjung.
Zulkifli memberitahu The Malaysian Insider, dua Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar dalam waktu terdekat.
Tindakan itu menurut wakil rakyat Bebas ini, boleh menyebabkan tumbangnya satu lagi kerajaan negeri mirip Perak awal tahun lalu.
“Saya tidak mahu menamakan siapa mereka (yang akan keluar) tetapi saya boleh mengesahkan mereka akan meninggalkan parti tidak lama lagi... dalam waktu terdekat ini.
“Mereka cuma bimbang apa akan terjadi jika mereka keluar, jadi mereka memanggil saya untuk mendapatkan nasihat,” kata beliau ketika dihubungi.

Laporan Polis Oleh Perkasa,Ulasan Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) yang mendakwa dirinya menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kenyataan tersebut dibuat melalui Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Fadli Shaari semalam yang memberi respons terhadap laporan polis dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kelmarin.

“Saya hanya ingin menyatakan bahawa oleh kerana perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis, maka beliau tidak berhasrat untuk mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Liwat 2 : Saiful Mengaku Hubungi Ketua Polis Negara,Temui Ezam





KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul nama mereka yang terlibat dengan perancangan berhubung kes liwat yang melibatkannya.

Bercakap kepada media selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhenti rehat sebentar tadi, beliau memberitahu nama-nama terbabit seperti Datuk Seri Najib, Khairul Anas, Mumtaz, Ezam Mohd Noor.

"Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, mahkamah pagi tadi menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membuat keputusan itu sebelum rehat jam 10 pagi berkata, walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi tetapi kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.

Mohd Saiful Bukhari Azlan(Gambar atas) dalam keterangannya hari ini mendedahkan dia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan(Gambar Kiri) dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor(Gambar kanan) sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.

Sebelum ini, Saiful mengaku menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun iaitu dua hari sebelum beliau mendakwa diliwat Anwar. Dia menegaskan hanya sekali itu sahaja dia bertemu Najib dan tidak pada tarikh yang lain.

Saiful mendakwa, dia bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008. Dia juga memberitahu mahkamah dia bertemu dengan seorang pegawai polis ASP (kini ACP) Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.
Imbang Penuh
Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.

“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.

Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”

Saiful berkata, dia terdengar Najib berbual dengan seorang yang tidak dikenalinya dan memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.

Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Senator Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Pemuda PKR, pada lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Pertemuan ini berlangsung beberapa jam sebelum Saiful menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian membuat laporan polis.Hrkh

Lesen Judi Bola Lulus, Kumpulan Berjaya Syarikat Tunggal

KUALA LUMPUR 12 MEI: Akhbar Harian Cina, Sin Chew Daily hari ini melaporkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.
Imbang Penuh
Ini menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Kelulusan ini sekaligus menunjukkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan bantahan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam

Antara pimpinan yang lantang menegur cadangan kelulusan lesen judi ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Anthony Loke.

Mengikut laporan Sin Chew Daily, Berjaya Corporation dijangka amenggunakan lebih 200 kedai pertaruhannya, Toto, untuk menerima pertaruhan daripada kaki judi.

Liwat 2 : Permohonan Anwar dapatkan keterangan Saiful ditolak

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Mahkamah Tinggi sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu.
Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di awal prosiding hari ini.
Mohamad Zabidin berkata, beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di mahkamah kelmarin dan semalam.
Saiful disoal balas oleh Karpal sejak kemlarin.
Karpal membuat permohonan itu semalam selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia.

Kisah Dongeng ‘61 PAS Masuk Umno’

KUALA LUMPUR : Kisah '61 PAS masuk Umno' yang diuar-uarkan media primitif pro Barisan Nasional(BN) menjeadi kisah dongeng apabila terdapat beberapa fakta yang tidak benar dalam laporan tersebut.

"Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut, Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas," kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya dalam sebuah blog.

Menurut Zulkifli, satu lagi pembohongan yang disebut adalah Cawangan Akar Penyengat.

Beliau berkata tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas.

"Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali," tegas beliau.

Kenyataan Zulkifli itu telah menjelaskan pembohongan yang dibuat oleh media-BN itu.

Beliau membuat kenyataan itu setelah dihujani dengan pertanyaan mengenai kesahihan 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar yang bertindak keluar daripada parti.

Kesihatan Sultan Kelantan Baik Tapi Mungkin Tidak Mampu Terus Di Tampuk Takhta


KOTA BARU: Tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra kini berada dalam keadaan baik dan stabil, bagaimanapun baginda mungkin tidak lagi mempunyai keupayaan meneruskan tugasnya sebagai pemerintah Kelantan.
Menurut sumber terdekat Istana Kelantan, berdasarkan perkembangan tersebut dipercayai peluang Tuanku Ismail untuk kembali pulih sepenuhnya adalah tipis.
"Secara amnya kesihatan baginda menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini, sekurang-kurangnya baginda boleh menggerakkan tangan dan kaki.
"Tapi agak mustahil untuk melihat baginda pulih seratus-peratus, apa yang pasti kesihatan tuanku adalah baik dan memuaskan," kata sumber berkenaan yang enggan namanya disiarkan di sini Selasa.
Dalam pada itu menurut sumber berkenaan lagi, status sebenar mengenai kesihatan Sultan Kelantan adalah amat penting terutamanya bagi menentukan sama ada kemelut Istana Kelantan akan berakhir atau sebaliknya.
"Dalam keadaan sekarang status sebenar keadaan kesihatan baginda adalah amat penting, semua pihak termasuk rakyat ingin tahu mengenai situasi sebenar.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....