"Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang" Jelajah MerdekaRakyat, Permatang Pauh, Penang 14/10/2012
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 15 Oktober 2012
Johor penting bagi PR tawan Putrajaya
SHAH ALAM – Hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini mungkin satu misi yang mustahil
sekiranya tiada “perubahan landskap politik di Johor”, kata Naib
Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Anak kelahiran Kampung Serkat, Johor ini juga berkata, negeri ‘deposit tetap’ Barisan Nasional seperti Sabah dan Sarawak juga harus diterokai parti pembangkang jika mahu menjejakkan kaki ke Putrajaya.
“Mereka cukup selesa di tiga negeri itu,” ujar Salahuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini.
Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di tanah kelahirannya setelah dua kali bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian iaitu 2004 dan 2008.
Baru-baru ini beliau memberitahu akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya kali ini.
Menurut Salahuddin, berdasarkan pemerhatiannya, suasana politik di negeri itu kini sudah berubah dan ia memberi sinar harapan kepada pembangkang.
“.... saya sudah faham dengan senario politik di sana kerana saya orang sana dan memulakan kerjaya saya di sana sejak 30 tahun lalu.
“Jadi apabila ada perubahan politik, saya nampak sinar yang sangat cerah untuk berlaku. Jadi penting bagi saya menjanjikan sesuatu kepada politik khususnya kepada rakyat Johor
“Tanpa ada satu perubahan landskap politik di Johor itu saya rasa sukar untuk PR melangkah ke Putrajaya,” ujar beliau.
Pada pilihan raya umum yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya melebarkan sayap ke beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang di samping mempertahankan Kelantan.
Perak kemudiannya jatuh semula ke tangan Barisan Nasional pada 2009.SH

Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009