Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 Mac 2010

Bagaimana Najib Razak kayakan adiknya melalui CIMB?


KUALA LUMPUR : Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kemusykilannya berhubung kekayaan adik Perdana Menteri Najib Abdul Razak, iaitu Datuk Seri Nazir Razak melalui CIMB Group.
"Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group di mana beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kekayaan beliau dinilai daripada jumlah pegangan beliau dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan syarikat yang dimaksudkan itu adalah CIMB Group.

"Setahu saya, CIMB adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Persoalannya sekarang ialah, adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB? Kalau mengikut kaedah yang digunakan bagi mengenal pasti kekayaan seseorang, ia mesti berdasarkan kepada pegangan syer dalam syarikat yang tersenarai. Ini bermakna, Datuk Nazir memiliki sejumlah pegangan di dalam CIMB Group.
Isu di sini, soal Mahfuz, apakah status CIMB sekarang dan adakah badan kewangan itu masih berstatus GLC? 
"Berapakah jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang pada asalnya ialah Bank Bumiputra? Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majoriti atau sekadar 'golden share'?" soal beliau lagi.

Fairus Bukan Perkara Besar - Anwar




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan bekas Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin keluar parti, bukan perkara besar.

Beliau dipercayai merujuk kepada banyak masalah membabitkan kepentingan negara yang perlu diberi perhatian berbanding gelagat pemimpin yang tidak tahan dengan dugaan perjuangan.

"Adakah itu perkara besar?"

Begitu jawapan Anwar ketika ditanya sekumpulan pemberita di Mahkamah Persekutuan Putrajaya apabila diminta mengulas tindakan bekas ADUN Penanti itu.

Dalam pada itu, tindakan Fairus belot dari memperjuangkan dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata tidak mengejutkan pimpinan parti itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman berkata, menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Umno-Barisan Nasional untuk menguburkan PKR.

Bagaimanapun katanya, Fairuz bukanlah kehilangan besar dalam PKR, malah PKR tidak terjejas dengan tindakan itu.

Senator PAS Tarik Balik Samannya Terhadap Pemangku Raja Kelantan


KUALA LUMPUR, 1 Mac — Seorang senator PAS hari ini menarik balik tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Pemangku Raja Kelantan yang melucutkan gelaran Datuk dan beberapa darjah kebesaran termasuk Jaksa Pendamai yang dianugerahkan Sultan Kelantan kepadanya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membatalkan saman itu selepas Senator Ahmad Rusli Iberahim menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman keputusan Pemangku Raja.
Mahkamah dijadual mendengar permohonan itu hari ini. Dalam saman yang difailkan pada 30 Nov, 2009, Ahmad Rusli berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam satu surat bertarikh 29 Sept tahun sama bahawa Pemangku Raja telah melucutkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) dan Jaksa Pendamai (J.P.) yang diterima beliau antara 1996 dan 1998.
Beliau telah diminta memulangkan darjah kebesaran berkenaan dan tidak boleh lagi menggunakan gelaran “Dato” atau menggunakan kuasa sebagai Jaksa Pendamai.Ahmad Rusli dilantik Anggota Dewan negara bagi tempoh mulai 7 Julai, 2008, hingga 6 Julai, 2011. — Bernama

Royalti Minyak Kelantan, ADUN Umno Tarik Balik Sokongan


Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

Mat Yusof menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan lidah rasmi PAS - Harakahdaily -baca di sini bahawa usul tersebut diluluskan sebulat suara selepas turut disokong oleh semua ADUN Umno/BN.

lamanweb tersebut menyebut usul tersebut disokong oleh ketua pembangkang Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Umno/BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno/BN–Kuala Balah).

Selepas Zahrain dan Tee Beng 10 lagi Ahli Parlimen Bakal Keluar PKR ?

Salahudin(kiri) bersama Tan dalam sidang media pagi tadi

Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di mana ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.
Salehuddin juga meramalkan akan wujud satu 'blok MP' bebas di Dewan Rakyat.
Bekas setiausaha agung PKR itu juga turut menghadiri sidang akhbar Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bulan lalu, ketika ahli parlimen Bayan Baru itu mengumumkan keluar PKR.M'kini

Ahli Parlimen Nibong Tebal Dan Bekas S/U Agung PKR Istihar Keluar Parti


KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.
Dengan perkembangan ini beliau menjadi wakil rakyat kedua keluar parti itu.Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian dua minggu lalu.
Tan mengumumkan pada sidang media di sini.Sementara itu bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.
Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.
“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

"Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya" - Amy Search




Oleh: Pria Malaya

Penulis baru pulang dari ceramah Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Kota Damansara..dua orang ahli panel, pertama, Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, dan keduanya Amy Search penyanyi dan icon rock tanah air..

Majlis dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob..

Memang menarik isi2 yang dilontarkan oleh kedua-dua ahli panel..terutama penghayatan mengenai junjungan besar nabi kita Muhammad SAW oleh Ust Dasuki..sementara Amy banyak menceritakan pengalaman serta kehidupan beliau dari zaman rockers hinggalah ke saat ini, disamping cabaran dan harapan dari segenap masyarakat terhadap beliau..

Penulis tidak berhajat menceritakan satu persatu apa yg diperkatakan oleh kedua2 ahli panel tersebut yang bagi menulis betul-betul menyentuh hati penulis (kisah mengenai kehidupan Rasulullah SAW)..cuma apa yg ingin dikongsi disini, Amy Serch apabila ditanyakan soalan siapakah idola beliau, beliau dengan yakinnya menyatakan idolanya adalah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar kelantan merangkap Mursyidul Am PAS...

Fairus,Bekas TKM P.Pinang Sertai UMNO Selepas SPRM Gugur Tuduhan Rasuah


Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Kamaruddin menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Mengikut Malaysian Insider, kes rasuah Mohd Fairus melibatkan syarikat kuari di Seberang Prai, adalah antara lapan kes berprofil tinggi yang digugurkan baru-baru ini.

Pengumuman itu dibuatnya selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak

“...hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Mengikut laman berita itu, Najib pada majlis sama ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata: "Kita kena jaga beliau (Mohd Fairus) dengan baik."

MSTAR pula melaporkan, pertengahan bulan lalu, SPRM menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....