Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut


Antara tetamu yang hadir Penasihat Pas Kaw. Besut,Dato' Hj Husin Awang,Tim. Ketua Pas Kaw.Besut Hj Hassan Salleh dan sebahagian AJK Pas Kaw. Besut.
Turut bersama Ketua Penerangan Pas Terengganu Ust Nik Zawawi salleh dan AJK Pas Kaw. Besut Ust Abd Aziz Abas
Tetamu dari seluruh Kawasan Besut,kehadiran anda di alu alukan
Antara sebahagian tetamu jemputan yang hadirNaib Presiden Pas YB Salahudin Ayub,bertarawih bersama AJK Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut dan tetemu yang hadir.Turut kelihatan Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat dan Ketua Pemuda Besut,Ust Zulkifli Kadir
Penceramah pertama,Adun Limbongan Pasir Puteh Kelantan Drs Zainuddin Awang Hamat
Naib Presiden Pas,YB Salahudin Ayub sedang menyampaikan ceramah beliau
Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Naib Presiden Pas YB Hj salahudin Ayub pada Khamis 10/9/2009 bertempat di Dewan Hj Salleh Alor Lintah.Majlis yang berjaya menarik kehadiran hampir 300 tetamu itu turut di sertai Adun Limbongan,Drs Zainuddin Awang Hamat dan seluruh Pimpinan Pas Kawasan Besut.Untuk tujuan ini seekor lembu telah di tumbangkan untuk menyediakan hidangan para tetamu.Apa yang membanggakan,seluruh persiapan untuk majlis ini bermula dengan menyembelih,melapah dan memasak gulai serta semua persiapan yang lain dilakukan sendiri oleh AJK Pemuda Pas Kaw. Besut dengan sedikit bantuan Muslimat.Selain Berbuka Puasa,majlis turut mengadakan program sembahyang Tarawih dan Ceramah Umum oleh YB Zainuddin dan YB Salahudin sendiri.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Belajar hubungan antara agama dari Kelantan

Ketika kecoh hubungan antara agama di negeri lain ekoran cadangan pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Selangor, Kelantan terus berbangga dengan kehebatan hubungan antara kaum dan agamanya.Walaupun hampir 90 peratus penduduk Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam bahkan diperintah oleh parti Islam, PAS, rumah-rumah ibadat bukan Islam merata-rata di Kelantan bahkan antara yang terbesar di dunia.

Bahkan, perkara ini menjadi kebanggaan kepada bekas Penasihat Undang-undang Hindraf yang diharamkan, P Uthayakumar.

Dalam tulisannya, Uthayakumar yang kini adalah Setiausaha Agung Pro-tem kepada Parti Hak Asasi Manusia Malaysia berkata, beliau dilahirkan di Tumpat, Kelantan dan dibesarkan di sana.

Kali terakhir kunjungannya ke sana, kuil Hindu yang menjadi tempatnya bermain semasa kecil masih tegak berdiri di situ walaupun kini tinggal dua keluarga India sahaja di situ.

"Saya yakin, memindahkan kuil itu tidak pernah terlintas di fikiran MB Kelantan, Datuk Nik Aziz," tulis Uthayakumar dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, menyarankan orang Islam dalam negara ini menerima pakai nasihat ataupun modul yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan sejak 1990 dulu lagi.

Bagi beliau, Kelantan telah berjaya menyusun sistem pentadbiran dengan adil dan jujur dalam pemerintahan sehingga memberikan satu natijah paling berkesan terutama dalam konteks hubungan antara kaum.

“Sebab itu semangat hubungan kaum di Kelantan tidak pernah tercalar seperti mana berlaku di negeri-negeri lain,” katanya semasa menyampaikan ucapan ceramah Ghazwatul Badar di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra dekat sini selepas solat Terawih malam tadi.

Husam juga menyangkal kuasa politik orang Melayu terjejas dengan apa yang berlaku di negara ini dan di Kelantan.

Sebaliknya beliau menegaskan pertambahan kuasa politik Melayu sebenarnya semakin meluas di bawah pakatan.

Kesahihan fakta itu tidak dapat dipertikaikan selepas merujuk kepada peningkatan jumlah angka kerusi bagi orang Melayu pada pilihan raya 2008 ialah sebanyak 122 berbanding tahun 2004 sebanyak 117.

"Perbezaan lima kerusi terbabit adalah milik calon Melayu dari pakatan," ujarnya.

Pada majlis yang sama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Mohammad Amar Nik Abdullah, mengingatkan umat Islam mengambil pengajaran sebaik mungkin daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan penuh rahmat.

Menurut Nik Amar, peristiwa Perang Badar merupakan titik tolak bermulanya perkembangan dan kejayaan Islam membawa kepada tamadun sepatutnya dijadikan renungan kepada umat Islam hari ini.themalaysianinsider.com

Zamri lawan Nizar:Gelora UMNO Pulau Pinang


-ANALISIS-

Berita mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamad merajuk dan mengugut ingin meletakan jawatan selepas Aidil Fitri ini bertiup kencang sekarang bagaikan taufan di Pulau Pinang.


Adakah beliau yang terkenal dengan seorang yang bersemangat jitu akan bertindak begitu kerana tidak tahan dengan permainan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya?

Ini kerana, Shabudin dikatakan melakukan pilih kasih ekoran Jasmin merupakan orang kanan kepada mantan Ketua Umno Bahagian tersebut, Datuk Seri Shariff Haji Omar yang dicantas beberapa hari sebelum hari penamaan calon pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sepatutnya beliau terus kekal di situ kerana beliau sudah lama berjasa dan masih mampu bekerja untuk rakyat walaupun kadang-kadang sikap egonya melampaui batas atau bertindak zalim pada individu yang dikatogarikan bijak dan boleh memimpin pada masa depan.

Mungkin itulah nasibnya terus malang apabila namanya dicatas dan diganti dengan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Noh Mohamad Yakcop.

Hasilnya, beliau menyendiri tetapi kini dikatakan sedang mengatur strateji untuk menapak semula namanya serta berusaha dari belakang untuk menolak Nor Mohamad.

Image(Gambar: Datuk Jasmin) Jika diteliti, memang benar Nor Mohamad bukan seorang yang rajin turun padang melainkan diarahkan oleh Ketua Bahagian waktu ini yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Bukan itu sahaja beliau juga dikatakan tamakkan jawatan apabila sanggup memegang jawatan baru iaitu Setiausaha Politik kepada Senator Brigadler Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom di Kuala Lumpur.

Itulah antara yang membuatkan Jasmin yang sudah lama bertungkus lumus bersama bekas ketuanya dulu, kini keseorangan sebagai Adun Sungai Dua sejak 1995.

Antara ketidak puasan hatinya sejak kebelakangan ini ialah dinafikan peruntukan menerusi Dun yang diwakilinya, tidak pernah mendapat mandat menjaga Umno Bahagian bilamana ketuanya sekarang berkunjung ke luar negara atau bercuti padahal beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian Umno iaitu orang lama di bahagian ini.

Patutlah sejak Shariff kecundang di tangan Shabudin dalam pemilihan Ketua Bahagian baru-baru ini nama Jasmin seolah tengelam bahkan pejabatnya nampak usang seakan ada masalah dalaman parti yang serius.

Patutlah juga, boleh dikatakan projek kebajikan dan bantuan orang miskin lazimnya Shabudin yang juga Adun Permatang Berangan turun sendiri bersama Tan Sri Nor tanpa kelibat Adun Sungai Dua.

Jika ada pun, beliau terpencil di sudut tertentu tidak mesra sepertimana di waktu di era kegemilanganya dulu.

Pada pilihanraya umum lepas namanya sudah dipancung dan bakal diganti dengan orang lain untuk berentap dengan calon PAS.

Namun Umno sendiri tidak yakin dengan keputusan tersebut maka namanya terus terpahat sebagai calon Umno dan Barisan Nasional (BN).

Image(Gambar:Datuk Jalil) Pada pilihanraya lepas beliau hampir tewas dengan majoriti tidak sampai 400 undi di tangan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man yang kini bergelar Yang Berhormat Dun Permatang Pasir.

Jika dikaji, memang patut beliau yang telah lama bergelumang dengan Umno Tasek Gelugor berbanding Shabudin yang tidak berapa disenangi.

Ini kerana, beliau hanya menapak nama di Tasek Gelugor bila namanya diangkat sebagai calon di Permatang Berangan dari Umno Bahagian Kepala Batas atas campur tangan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya benar apa yang dirunggutkan oleh Jasmin biarlah menjadi kenyataan kerana hendak tunggu apa lagi bila orang sudah tidak suka.

Biar rakyat menentukan segala-galanya siapa yang bakal menerajui Dun ini setelah Jasmin menghabiskan kariernya dengan 'merajuk diri'.

Walaupun selang sehari selepas pendedahanya di akhbar tanpa nama namum hakikatnya masalah dalaman Umno Bahagian Tasek Gelugor sudah meletup tanpa sampai waktu yang ditetapkan.harakahdaily

Zamri lawan Nizar:PEKEMBAR Parti Islam-Najib



SIK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratusratus batu sematamata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kirakira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan. BERNAMA

Siapa yang Najib ingin perbodohkan kali ini.lucu ha..ha.. PEKEMBAR Parti Islam.Bini pemimpin Parti Islam PEKEMBAR tidak tutup aurat ha..ha...52 tahun PEKEMBAR perintah Malaysia mana hukum Islam ha..ha..Dalam Perlembagaan PEKEMBAR ada ke sebut Quran dan sunnah sumber rujukan tertinggi ha.. ha..lucu,lucu.Toksah nak auta la semua orang tahu PEKEMBAR parti sekular.Inilah otak karat pemimpin PEKEMBAR yang cuba nak memperbodohkan rakyat dalam keadaan rakyat semakin cerdik.

P/S:PEKEMBAR adalah singkatan bagi UMNO dalam bahasa Melayu yang mereka sendiri segan nak gunakan.Ceh!!! berjuang untuk Melayu konon,bahasa sendiri pun malu nak guna.Haprak betul!!!

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....