Che Long @ Abe Long
BESUT - Haji Endut @ Azlan bin Yusof atau yang lebih
dikenali sebagai ‘Che Long’ berazam untuk memberikan perkhidmatan
terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala
Besut.
“Pada saya, saya kata, InsyaAllah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai (kan) hajat kita (dan) hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala,
“InsyaAllah, kalau saya menang bertanding pada pilihanraya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji (elaun) yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,
“saya nak buat satu tabung diuruskan oleh beberapa orang yang kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik (jadi) kalau ada betul-betul orang miskin (yang) perlu…..Silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil insyaAllah,”ujarnya.
Menurutnya, beliau turut bercadang untuk melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya bersama-sama beliau dan sekiranya ketika ketiadaannya dalam ‘kawasan’.