Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 Ogos 2011

PRU 13 : Pakatan Rakyat Mampu Rampas 100 Kerusi Parlimen ???

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.
Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.
azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.
Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.Malaysiakini

[Serbu Gereja : [ Video ] Pemuda Pas Sokong Tindakan Jais





SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Rabu lalu.

Perkara itu diutarakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan Jais.

Kenyataan Nasrudin itu juga sekaligus berbeza dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pada Jumaat lalu yang menyifatkan tindakan Jais itu tidak wajar.

Beliau yang hadir bersama 10 exco pemuda berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan dan meminta agar umat Islam bertenang dengan kontroversi yang berlaku sekarang.

Menurut Nasrudin menjadi prinsip dan tanggungjawab mana-mana jabatan agama untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

Beliau berkata tindakan itu juga wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

Tanpa prejudis

Malah beliau mahu kepercayaan diberi kepada Jais tanpa sebarang prejudis lebih-lebih lagi ia melibatkan usaha dalam menjaga agama Islam.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk fahami dan patuhi segala peraturan yang ada.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. Harap beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis untuk menjaga agama. Yang salah dalam peraturan dan prosedur harus ditegur,” kata Nasrudin.

Sementara itu ketika ditanya sama ada wakil pemuda akan turut serta dalam pertemuan dengan pimpinan PAS Pusat bersama Jais dan gereja kelak, Nasrudin berkata beliau akan menghadirinya.

Beliau turut mengesahkan bahawa pihak pimpinan PAS Pusat sudah mengeluarkan surat kepada dua pihak terbabit namun tarikh pertemuan masih belum diketahui.FMT

Setelah Didedah Harakahdaily,SPR Tukar KG BARU Jadi NORAINI


Hasil daripada laporan Harakahdaily( BACA DISINI ), SPR telah meng'edit'kan KG BARU ke NORAINI BINTI ABDULLAH. Jelaslah bahawa tuntutan pertama BERSIH 2.0 adalah relevan; 1. Membersihkan senarai daftar pengundi.

Apakah Kerajaan Barisan Nasional masih degil untuk menyahut 8 tuntutan BERSIH 2.0? Apakah mereka hendak mengundang BERSIH 3.0 pula untuk kali ini?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....