Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 Mac 2014

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Tragedi Pesawat MH370

 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU: “Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya,” kata Mursyidul Am PAS.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang penting setiap keluarga mangsa kena bertenang serta bersabar bila berdepan dengan musibah seperti sekarang.

“Sebutlah Innalillah... untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala.  Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya.

“Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengucap takziah kepada keluarga mangsa MH370.“Saya turut merasa sedih terhadap khabar baru itu selepas penantian selama 17 hari. Saya berharap keluarga mangsa di seluruh dunia bersabar menerima takdir yang berlaku,” ujarnya.Hrkh

Rafizi Dan Tian Chua Pemimpin PKR Ketiga Dihalang Masuk Ke Sarawak

Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli

Rafizi Ramli dan Chua Tian Chang turut dihalang untuk memasuki Sarawak hari ini, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.Rafizi dan Chua merupakan pemimpin parti itu yang ketiga dihalang selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihalang masuk ke negeri berkenaan pagi ini.

"Rafizi Ramli dan Tian Chua turut disekat daripada memasuki Sarawak," kata Fahmi dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.Saifuddin  disekat daripada masuk ke Sarawak ketika tiba di Sibu pada jam 11 pagi tadi.Fahmberkata, Saifuddin ke Sarawak untuk membantu kempen PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DewanUndangan Negeri (DUN) Balingian yang akan berlangsung pada 29 Mac ini.

"Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac 2014 untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak.

"Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam satu kenyataan pagi ini.Menurut Fahmi, tindakan ini membuktikan pengaruh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi kuat di negeri tersebut.

"PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya.

Taib meletak jawatan sebagai ketua menteri bulan lalu dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.Sejurus selepas peletakan jawatan tersebut, beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

PRK DUN Balingian terpaksa diadakan selepas Taib mengosongkan kerusi berkenaan untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua.PRK DUN Balingian menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang.TMI

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di Lautan Hindi ???


Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui - Beijing.

Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi "misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini"? Dan, siapa yang melakukannya?

Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239 orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara.

Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi.

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu.

Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

PAS kecam keras hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin

KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir terhadap 529 ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyid Amnya, Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta dan menggesa demokrasi dan keamanan dipulihkan di negara tersebut dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan rasmi Presiden PAS yang dikeluarkan hari ini:

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.

Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.

Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.

PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.

Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.

Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Video & Gambar : Aksi Sedih Dan Sayu Keluarga Penumpang Pesawat MH 370

Saksikan Gambar2 dan video kesedihan keluarga penumpang pesawat MH 370 yang disahkan terhempas di lautan Hindi.BACA SINI.Tinta Hijau DKB turut berkongsi kesedihan yang mereka alami.

Semoga keluarga penumpang pesawat MH 370 terus tabah dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersyang.Al Fatihah buat penumpang yang beragama Islam,dan semoga roh mereka dicucuri rahmat ~ Tinta Hijau DKB




Sah !!! Pesawat MH370 Terhempas Di Lautan Hindi

 Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat berhubung lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 17 hari lalu itu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu, umum Najib.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
 
Sehubungan itu, operasi mencari kini ditumpukan di koridor selatan, lokasi pesawat itu dipercayai terhempas.Sidang media bagi menjelaskan penemuan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.Tiada sesi soal jawab media diadakan sebaik Najib selesai membaca kenyataan ringkas.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.
 
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Australia, China dan Perancis memaklumkan mengesan objek dipercayai cebisan pesawat MH730 yang menguatkan lagi keyakinan bahawa ia jatuh terhempas di lautan Hindi.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....