Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 28 Januari 2014

Video : Sidang Media Pengumuman Anwar Sebagai Calon Dun Kajang




PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat  Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.Turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan semalam.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.SH

Bekas Adun Kajang Jelaskan Kenapa Beliau Meletakkan Jawatan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.

"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang."

Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. 

The Star Online melaporkan pagi ini Abdul Khalid sudah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....