Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 April 2010

Pelajar dirogol fail saman RM5 juta terhadap kolejnya

KOTA BAHARU, 7 April — Seorang pelajar perempuan sebuah kolej perubatan swasta hari ini memfailkan saman sebanyak RM5 juta terhadap pengurusan kolejnya itu kerana dakwaan berlaku cuai dalam menjaga keselamatan pelajar sehingga dirinya dirogol.
Peguam plaintif Mohd Zubairi Salleh dan Mohd Rafizi Abdullah memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif menamakan Masterskill (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di alamat G-8, Jalan Kemacahaya 11, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Selangor yang mempunyai kampus cawangannya di sini beralamat di Seksyen 19, Jalan Hamzah sebagai defendan.
Mengikut pernyataan tuntutannya, semasa kejadian plaintif merupakan seorang penuntut tahun pertama Diploma Kejururawatan dan penghuni asrama yang disediakan kolej itu.
Pada 9 Feb lalu kira-kira pukul 8.15 pagi, sewaktu plaintif berada dalam asrama kolej defendan di Tanjung Mas, di sini, plaintif bersama lima rakan sebilik telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dengan cara dipercayai memasuki asrama dan menceroboh masuk bilik mereka.
Lelaki tersebut kemudiannya bertanyakan kepada mereka siapa yang bernama “Serena” di dalam bilik tersebut namun setelah dimaklumkan bahawa tiada perempuan yang bernama “Serena” di kalangan mereka, lelaki itu terus meninggalkan bilik plaintif.

Mahfuz Pula Diheret Ke Jawatan Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR 7 Apr - Anggota Dewan Pakatan Rakyat membantah keputusan bercanggah Timbalan Speaker yang membenarkan usul untuk menghadapkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatan Hak dan Kebebasan dengan menggunakan Peraturan 26(1) walhal usul di bentang oleh di bawah Peraturan 36(12).
Keputusan tersebut diambil datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar setelah Dewan ditangguh selama 15 minit apabila perbahasan dalam Dewan sudah tidak terkawal.
"Tindakan membenarkan usul tidak dibincang mengenai peraturan mana yang diguna dan ini bertentangan dengan peraturan Dewan sendiri," Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Timbalan Speaker berkata sekiranya keputusan beliau tersebut dibantah oleh anggota Dewan mereka boleh menggunakan Peraturan 43 untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat.
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bangun mendesak Timbalan Speaker membuat pendirian samada istilah Umno dan APCO boleh digunakan dalam Dewan.
"Saya tidak mahu menjelaskan perkara ini. Siapa yang tidak bersetuju boleh keluar Dewan," jawab Wan Junaidi.

Parlimen harus kutuk keganasan Israel


KUALA LUMPUR, 7 April: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencadangkan Parlimen yang sedang bersidang ketika ini mengeluarkan satu resolusi khas mengutuk keganasan Yahudi Israel yang sehingga kini terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza.

Mapim turut mencadangkan agar Parlimen membentuk satu kaukus khas iaitu kaukus Malaysia untuk Palestin bagi membolehkan isu keganasan terhadap Gaza dapat dibincangkan dengan lebih serius di kalangan ahli Parlimen.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini berkata, Parlimen harus memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini kerana ia seolah-olah tidak ada penyelesaian.

"Mapim mencadangkan Parlimen agar membuat satu usul khas berhubung isu ini seperti yang pernah dilakukan pada 2009.

"Parlimen harus mengutuk dan mengecam Israel yang terus mengganas di Gaza dan sekarang sedang membuat new settlement di Jurusalem dan kita lihat dunia tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Mapim hari ini juga hadir ke parlimen bagi menyerahkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional bagi mendapatkan sokongan mereka terhadap memorandum Mapim yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rombongan misi flotilla tersebut.

"Mapim mahu semua ahli Parlimen menandatangani surat perakuan menyokong bantahan terhadap Israel dan saya sendiri akan menyerahkan surat tersebut kepada Speaker, Ketua Pembangkang dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan," katanya.

Tegas Azmi juga, ahli Parlimen bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedang menjalankan strategi untuk menguasai dunia melalui syarikat konsultansi dan perdagangan.

"Kita mahu ahli Parliemn sedar bahawa perbuatan Israel dan semua konconya melalui syarikat yang sedang menjalankan strategi untuk menguasai dunia seperti syarikat konsultansi, perdagangan mesti kita hentikan perjanjian dengan mereka," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Mapim yang terdiri daripada 24 organisasi gabungan negeri dan kebangsaan akan menyokong satu misi rombongan kapal-kapal (flotilla) yang akan belayar dari beberapa pelabuhan Eropah bermula 3 Mei depan dan dijangka tiba di Pelabuhan Gaza akhir bulan tersebut.

Justeru, Mapim meminta sekurtang-kurangnya dua Ahli Parlimen Malaysia untuk menyertai misi tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan berbincang dan menentukan dua ahli Parlimen yang akan menyertai misi tersebut.

"Kami dari Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan membincangkan siapa yang akan menyertai misi tersebut," katanya.

Beliau sekali lagi mendesak kerajaan agar menghentikan perjanjian dengan Apco Worldwide dan memohon maaf kepada Palestin di atas kerjasama itu.

"Kita nak tegaskan sekali lagi bahawa kita minta kerajaan batalkan perjanjian dengan Apco dan mohon maaf kepada OIC dan rakyat Palestin dan yang pasti bajet hari ini harus ditolak kerana jelas ada peruntukan untuk membayar yuran kepada Apco yang ada kaitan dengan Israel sedangkan mereka sdang menindas umat Islam di Palestin," tegasnya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Hayati Othman (PAS-Pendang), Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).Hrkh

Shahrizat Jalil dan Ikan Masin

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno yang menyifatkan pemberian RM100 kepada warga Emas di Pulau Pinang sebagai memalukan.
Idham berkata, kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng adalah lebih baik berbanding BN yang hanya memberikan RM 100 tetapi untuk lima tahun.
Menurutnya, kenyataan Shahrizat itu sesuatu yang memalukan dan cukup menghina warga emas di negeri itu apabila dengan slambanya Shahrizat menyatakan ‘takziah’ kepada mereka.
“Islam tidak mengukur sebanyak mana nilai yang diberi, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.
“Bayangkan jika Guan Eng bagi RM100 untuk setahun, BN bagi RM 100 untuk 5 tahun kepada rakyat, mana lebih murah dan memalukan.

Karpal Diarah Keluar Dewan, Tajuddin 'Selamat'

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh diarah keluar Dewan dan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama 10 hari kerana ingkar dan mempersoalkan keputusan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pengerusi DAP itu diarah keluar Dewan kerana beliau berterusan melabel Pandikar Amin sebagai diktator ekoran keengganan Speaker itu mengkaji semula usul tergempar daripada Tian Chua (PKR-Batu) yang mendesak kerajaan membatalkan perjanjian dengan Syarikat Komunikasi Antarabangsa Apco Worldwide Sdn Bhd.
Kekecohan bermula apabila Karpal menuduh Speaker telah membelakangi kes-kes yang telah menjadi contoh yang dibuat oleh beliau sendiri apabila menolak permintaan Tian Chua untuk mempertimbang semula usul yang dikemukakannya bagi mendesak kerajaan membatalkan kontrak Apco atas alasan mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara.
Usul itu ditolak oleh Speaker dalam kamar beliau.

Enam punca pengundi tolak BN Selangor PRU-12


SHAH ALAM, 7 April — Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenal pasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.
Pengerusi Konvensyen BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata enam punca itu telah menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.
Beliau berkata punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen BN itu sendiri.
“Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.

Perisik Israel dalam PDRM calar maruah Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR, 7 April: Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.
"Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini.
"Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital," katanya.

Gempa bumi 7.8 gegar Sumatera awal pagi


WASHINGTON, 7 April - Gempa bumi kuat pada magnitud 7.8 menggegarkan Sumatera, Indonesia awal pagi ini, demikian kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Amaran tsunami juga dikeluarkan.

Gegaran dikesan di kawasan kira-kira 204 kilometer dari timur laut Sibolga dan di lokasi sedalam 46 kilometer, kata USGS.

Pada awalnya laporan menyebut magnitud gegaran adalah kira-kira 7.6. Kerosakan dan kesan gempa bumi belum diketahui setakat ini.

Laporan menyusul menyebut pihak berkuasa Indonesia telah menarik balik amaran tsunami. — Reuters

Bantuan Bag Sekolah Ditarik Balik, Semata-mata Kerana JKKK




Ucapan Perbahasan Titah Perasmian ADUN Bukit Payung yang juga Ketua Pemuda PAS Ustaz Mohd Nor Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Polis arah ketua DAP Perak beri keterangan

IPOH, 6 April — Polis telah mengeluarkan notis meminta Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (gambar) tampil memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa berlangsungnya persidangan DUN, minggu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata notis kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sitiawan itu dikeluarkan hari ini dan beliau diberi tempoh dua hari sehingga Khamis ini untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Beliau berkata polis memulakan siasatan pada 1 April lepas setelah menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung dakwaan Ngeh itu.

Polis telah merakamkan keterangan daripada lima individu termasuk pengadu dan wakil media, katanya dan menurutnya siasatan dibuat mengikut Seksyen (1)(a) Akta Hasutan 1948.

“Langkah seterusnya, kita memanggil Yang Berhormat (Ngeh) untuk beri keterangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Cegah Jenayah Ketua Polis Perak Bersama Penduduk Kampung di Buntung di sini hari ini.

Ngeh mengeluarkan kenyataan itu semasa menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung pada 30 Mac lepas. — Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....