Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 29 Mac 2011

Nazri Perbetul Kenyataan Mengenai Trio 'Datuk T'



KUALA LUMPUR : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memperbetulkan kenyataannya semalam yang menyebut trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang, akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Bagaimanapun, hari ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta berkenaan kerena mereka telah mendedahkan diri mereka umum.
Beliau membuat pembetulan tersebut di Dewan Rakyat.
Semalam, Bernama melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam, sebagai berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.
Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.
Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan



KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah( gambar ) mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.
Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.
Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa.
"Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini, petang Selasa.
Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
"Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik (political will).
"Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun.
Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada Umno tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya.
"Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan.
"Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya.
Sementara itu, Arman turut menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Gambar : Sekitar Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat Di Stadium Melawati







Ceramah Pakatan diserbu, tayang video lucah dibiar

Ceramah Anwar di Taman Melawati Gombak yang diserbu Polis

KUALA LUMPUR, 29 Mac: PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.
Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
“Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.
“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.
Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....