Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 April 2014

Siapa Sebenarnya Bill Shorten Dan Kaitannya Dengan MH370

 Ketua Pembangkang Parlimen Australia Bill Shorten

Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/Presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.

Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.

Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia.

Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang.

Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370.

Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa.

Sumber

Status perkahwinan Nurul Izzah diketahui 12 Jun

 Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar

Status perkahwinan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan diketahui pada 12 Jun ini selepas jawatankuasa pendamai membuat laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.

Ab Malek menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika kes itu disebut hari ini, dihadiri Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir.

Ketika ditemui pemberita, Zulkifli berkata mahkamah juga memerintahkan Nurul Izzah dan suaminya mengemukakan senarai nama dan calon jawatankuasa pendamai itu pada 17 April ini.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihampiri pihak media enggan mengulas lanjut kes perceraiannya dan sambil tersenyum, berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi kami."

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. – Bernama

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Persoal Kos Baiki Stadium Runtuh

 Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said digesa menjelaskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.

Katanya, runtuhan pertama dan kedua pada 2013 telah mengakibatkan RM40 juta peralatan elektrik termasuk generator telah dicuri walaupun stadium 24 jam dikawal oleh kakitangan keselamatan.

"Kenapa kos asal kedua dan bumbung runtuh berharga RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?

"Adakah ini termasuk kos mengganti barang-barang letrik, lampu, generator yang telah dicuri dan juga harga kos membaiki padang bola dan trek larian yang tidak dijaga?"soal beliau dalam sidang media hari ini.

11 Februari lalu kerajaan negeri Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta diperlukan bagi membaik pulih stadium terbabit.

Dariada kenyataan itu, Raja Bahrin percaya jumlah peruntukan membaik pulih mungkin jauh lebih tinggi dari anggaran yang disebut iaitu antara RM150 juta hingga RM200 juta.

"Nampaknya dalam gesaan Pakatan Rakyat agar kerajaan berjimat dan bijaksana menguruskan perbelanjaan, kerajaan  masih membenarkan pembaziran berlaku,"katanya.

Sehingga hari ini, katanya kerajaan Terengganu masih berdiam diri untuk memberi maklum balas berhubung kontroversi stadium runtuh yang akan menerima peruntukan ratusan juta untuk baik pulih.Hrkh

Ahli Parlimen PAS Bidas Ridhuan Tee

 Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin

Selawat “berlebihan” ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad tidak akan menenggelamkan keagungan Allah, malah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS itu, selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sahaja satu perbuatan yang dianjurkan kepada umat Islam, malah Allah dan para malaikat turut berselawat kepada penghulu segala nabi itu.

“Allah sendiri berselawat pada nabi. Semasa solat Jumaat dibacakan ayat Al-Quran, ‘sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi’

“Itu bermakna selawat, bukan sahaja manusia, tetapi Allah dan malaikat sendiri (juga berselawat),” katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen semalam.

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian semalam tidak bersetuju dengan majlis selawat perdana yang terlalu “berlebihan” memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.

Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.

Katanya, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap “pemujaan” terhadap Nabi Muhammad."Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak.

"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.

Allahyarham Ismail Noh Korban Kerusi Demi Parti

KOTA BHARU: Pemergian bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ismail Noh( gambar ) ke rahmatullah awal pagi tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Pasir Mas bahkan juga kepada PAS Negeri Kelantan sendiri.

Ini kerana beliau yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, adalah salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmu yang sukar ditandingi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan dikenali di kalangan anak-anak muda sebagai seorang murabbi yang tidak putus-putus menekankan aspek tarbiah dan pengorbanan sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan di dalam perjuangan.

“Allahyarham sebelum bertanding di dalam pilihanraya merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan. Beliau banyak turun ke sekolah-sekolah untuk berjumpa guru-guru dan pelajar membuat tinjauan dan menyampaikan ceramah.

"Tidak hairan di kalangan pimpinan negeri pada hari ini yang pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pernah mengenali beliau sebagai seorang yang sangat berjasa di dalam bidang pendidikan khususnya di negeri Kelantan.”

Allahyarham pernah menewaskan bekas Pengasas Perkasa Dato Ibrahim Ali sebanyak dua kali pilihanraya umum iaitu pada tahun 1999 dan 2004.

Namun, pada 2008 beliau akur keputusan parti menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi Ibrahim yang ketika itu bertanding atas tiket PAS.Ketika itu, beliau sendiri mengepalai perarakan calon mengiringi Ibrahim untuk penamaan calon.

"Inilah sejarah kepatuhan beliau kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang sangat bersejarah di Pasir Mas,” kata Fahdli lagi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas.

Ismail Noh meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II awal pagi ini akibat serangan strok semenjak tahun 2009.

Allahyarham dimasukkan di hospital tersebut dua minggu lepas selepas tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas. Jenazahnya dijangka dikebumikan berhampiran rumahnya petang ini.

“Pemuda PAS Kelantan merakamkan takziah setinggi-tingginya kepada keluarga Allahyarham dan semoga beliau dimasukkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, Insya-Allah,” ujar Fadhli.Hrkh

Saintis Ramal Pencarian MH370 Akan Gagal

Salah satu pesawat dari Tentera Udara Diraja Australia yang menyertai misi mencari pesawat MH370 -Gambar Fail

Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui."Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.

Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.

Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu."Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui," katanya.

Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.

"Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....