Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Mac 2011

Jenayah Politik Umno Terhadap Melayu Islam !!!




KUALA NERUS - Parlimen Hulu Selangor dan Labis di Johor, adalah contoh bagaimana Umno khianati orang Melayu yang menjadi majoriti dalam kedua-dua Parlimen tersebut,

Hulu Selangor diberikan kepada parti MIC untuk bertanding, manakala parlimen Labis telah diberikan kepada parti MCA, selain 28 kerusi yang lain seumpamanya di seluruh negara.

"tengok kerusi di Parlimen, ada lebih kurang 30 kerusi di parlimen diseluruh Malaysia yang mana pengundinya majoriti orang Melayu, tetapi Umno beri kepada MCA bertanding, beri kepada MIC bertanding (dan) beri kepada Gerakan bertanding,

"contohnya (parlimen) Hulu Selangor baru-baru ini, yang bertandingnya Kamalanathan, (sedangkan) pengundi Hulu Selangor majoritinya (adalah) orang Melayu,"jelas Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Kelantan ketika berucap di Kampung Banggol Binjai, dekat sini Ahad, 13 Mac.

Menurutnya, negeri-negeri majoriti penduduk Melayu telah memohon untuk ditambahkan bilangan kerusi Parlimen, tetapi di tolak oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad yang juga Presiden Umno.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berakata, tetapi apabila Umno-BN kalah di banyak kerusi parlimen pada Tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tahun 2008, pemimpin Umno mendakwa kuasa Melayu tergugat, sedang Umno yang memberikan 30 kerusi kepada bukan Melayu.

"Dia (Umno) tak ingat 30 kerusi itu, dia (Umno) yang berikan kepada bukan Melayu, inilah jenayah politik yang besar yang dbuat oleh Umno, dahlah orang Melayu kurang, kerusi Melayu diberikan kepada bukan Melayu,"tegas Nik Amar.BO

Tandas Awam Bertaraf 'Banglo' Di Melaka


Kerajaan negeri Melaka didakwa melakukan pembaziran apabila menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja hampir RM200 ribu.

Kos berkenaan juga dianggap tidak masuk akal kerana harganya hampir menyamai banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan ke atas tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah jawapan yang diberikan kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang
DUN Melaka baru-baru ini.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.TVS

Aziz hilang kelayakan jadi Pengerusi SPR. Kenapa?

Ahmad Lutfi Othman

Gesaan agar dianjurkan segera perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil buat kali kedua tidak boleh dipandang ringan. Ia memang satu keperluan yang cukup mendesak. Persiapan rapi mesti dibuat bagi memastikan demonstrasi raksasa kali ini lebih besar dan meriah berbanding himpunan Bersih, 10 November 2007, yang menyaksikan lebih 50,000 orang berarak ke Istana Negara.

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bertukar pengerusi, daripada Abdul Rashid Abdul Rahman kepada Abdul Aziz Yusof (dan juga lupa setiausahanya dulu, Wan Ahmad Wan Omar, yang dikatakan licik mengatur 'komplot' bagi menyukarkan siapa jua saingan BN, kini menjadi timbalan pengerusi), proses pilihan raya di negara kita terus berjalan secara berat sebelah, jauh daripada menyediakan "padang permainan yang sama rata".

Memandangkan pilihan raya umum ke-13 nanti merupakan gelanggang pertarungan "hidup-mati", sudah pasti SPR akan terus diperkudakan dan menjadi perkakas paling efektif untuk BN meraih kemenangan.

Jika pilihan raya kampus, yang langsung tidak memberi kudis buat survival kuasa BN pun dimanipulasi dengan cukup kotor, dengan taktik licik memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi Pro-Umno, apakah kita begitu daif untuk mengharapkan SPR dibenarkan menjalankan tugas dan fungsinya secara profesional, bagi mengendalikan pilihan raya dengan bebas dan adil?

Imbau sejenak apa yang dilakukan SPR selepas Umno dikejutkan dengan prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1999. Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, khususnya di Kedah, dijalankan menurut kehendak strategis Umno-BN. Lokasi pengundi bukan Melayu sengaja dimasukkan ke dalam beberapa kawasan Parlimen yang dikuasai PAS, seperti Kuala Kedah, Pokok Sena dan Jerai, dengan andaian mereka tidak akan menyokong calon PAS dalam PRU 2004.

Lebih buruk, empat negeri majoriti Melayu, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis langsung tidak mendapat tambahan kerusi Parlimen kerana dibimbangi ia hanya akan meningkatkan jumlah wakil rakyat PAS di Dewan Rakyat. Pada 1999, bilangannya meningkat daripada tujuh orang pada 2005 kepada 27. SPR bekerjasama erat dengan Umno yang tersepit ketika itu.

Fitnah Blogger Pro Umno Terkantoi Lagi !!!





Gambar mangsa yang dimanipulasi blog pro Umno Darul Ehsan Today.Untuk besarkan klik pada imej

Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web “darul ehsan today” yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.

Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.

Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.

Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.

“Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.

“Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat,” jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut.

Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.

Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.

“Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.

“Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.

“Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung,” ujarnya.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....