Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Disember 2010

Belanja Najib ke luar negara RM9 juta

DEWAN NEGsyedhusinali400pxARA KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.
Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.
Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Kos perjalanan termahal

Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.
Beliau turut membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.
"Saya tidak tahu keuntungan sebenar dari perjalanan ke luar negara dan hasil yang diperoleh dari perbelanjaan ini," kata Syed Husin kepada pemberita.
Senator tersebut turut mendedahkan bahawa Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

Fitnah : Guan Eng mahu Utusan minta maaf dalam tempoh 14 hari

Gambar fail

GEORGE TOWN, 22 Dis – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 14 hari kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf sebelum membawa akhbar itu ke mahkamah.

Peguam Lim, Jagdeep Singh Deo memberitahu pemberita di sini bahawa surat tuntutan telah dihantar kepada akhbar berkenaan agar menarik balik beberapa perkataan yang dianggap bersifat fitnah dalam artikel bertajuk “Kebiadaban Guan Eng”, yang disiarkan kelmarin.

Utusan didakwa melabelkan Lim (gambar) sebagai rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua, yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mahu akhbar harian itu menyiarkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi kerana memfinah beliau.Jagdeep berkata Lim, menafikan kesemua dakwaan dalam surat tuntutan yang dihantar itu.

Lim juga mahu mengambil tindakan perundangan peribadi terhadap Utusan, yang dimiliki Umno, kerana mendakwanya sebagai ejen asing dan mahu DAP dibubarkan.Jagdeep berkata, sejak 2008 Lim telah menghantar lima surat tuntutan kepada Utusan.Satu kes fitnah sudah pun difailkan di mahkamah, kata beliau.TMI

Kos Sidang Wanita Pertama Anjuran Rosmah Cecah Jutaan Ringgit


SHAH ALAM 22 DIS : Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilham dan dinaungi isteri Perdana Menteri,Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Afrika - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dikenali sebagai wanita pertama sedangkan di negara ini, gelaran tersebut hanya dikhaskan untuk Permaisuri Agong.

Dalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.

Terdahulu ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin membangkitkan isu ini pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau melahirkan kegusarannya apabila timbul desas desus, Rosmah telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama itu.

Malah tindakan Rosmah yang mengakui dirinya sebagai Wanita Pertama dilihat sebagai satu penghinaan kepada Permaisuri Agong.TVS

Pengendali Facebook 'Sultan Yang Setan' Ditahan

Untuk besarkan KLIK PADA GAMBAR

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Polis telah menahan pemilik akaun facebook “Sultan Yang Setan” yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu Negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel ‘‘pendekar.bentan@gmail.com” namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Sted Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

“Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealism sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik,” katanya.

Syed Ismail berakta lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti ‘‘wireless router’’ supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

“Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah,” katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

“Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah,” katanya. — Bernama

Konsep 1 Malaysia : Najib Pembohong Besar ???


KUALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak yang mempersoalkan konsep 1 Malaysia dengan menuduh ia “diciplak” daripada negara lain.
Perdana Menteri mempertahankan konsep yang dibawa sambila menyifatkan dakwaan kononnya “diciplak” adalah satu “pendustaan besar.”
“Saya rasa terkilan apabila dituduh konsep 1 Malaysia ini ditiru dari negara lain.
“Itu adalah satu pendustaan besar, kita tidak ciplak konsep 1Malaysia ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Tritahunan Ke-25 Cuepacs di Universiti Malaysia (UM) di sini.
Menurut Najib , konsep yang diperkenalkan beliau adalah sebuah konsep yang berteraskan untuk memberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.
“Negara-negara lain boleh ada ‘one’ (satu) sana, ‘one’ sini tapi tidak ada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
“Mereka boleh satu tapi hanya Malaysia sahaja yang ada 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” tegas di hadapan kira-kira 1,177 perwakilan Cuepacs.
Sebelum ini Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh konsep 1 Malaysia diambil daripada slogan One Israel dan ia menjadi pendebatan antara BN dan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.TMI

Ulasan Tinta Hijau DKB

Kenyataan PM apabila dipersoalkan konsep 1 Malaysia yang didakwa di ciplak dari negara lain,Najib menafikan perkara tersebut dan menuduh mereka yang mendakwa konsep tersebut diciplak sebagai pembohong besar.
Bagaimana pula dengan gambar2 yang dipaparkan dibawah ini.Ini sudah cukup membuktikan bahawa Indonesia dan Israel telah menggunakan konsep yang sama dengan Malaysia.Siapa ciplak siapa dan siapa sebenarnya pembohong besar.
Yang pasti Najib berbohong apabila menyatakan hanya Malaysia yang menggunakan konsep Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan sedangkan Indonesia juga menggunakan konsep yang sama maksudnya cuma sebutannya yang berbeza....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....