Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Januari 2011

Video : Ceramah Datuk Sri Anwar Di Dun Tenang









Isu SUK : Sidang khas DUN Selangor hujung bulan ini



SHAH ALAM, 4 Jan – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa lantikan tiga pegawai eksekutif kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar akan diadakan hujung bulan ini.
Khalid (gambar) berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di sini petang ini.
Dalam pertemuan selama dua jam itu, Khalid juga berkata, majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi di hadapan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri akan ditunda sehingga keputusan dicapai pada sidang DUN tergempar itu.
“Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tapi kita masih belum anggap ia sah kerana belum mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar dan Exco.
“Dalam pertemuan hari ini juga kita bersetuju ia (majlis angkat sumpah) ditunda sehingga dibuat keputusan dalam sidang DUN yang akan kita adakan dalam masa terdekat dicapai.
“Kita mungkin akan buat sidang DUN dalam minggu ketiga sebelum minggu keempat bulan ini, jadi kita ada tiga minggu buat persediaan,” kata Khalid sambil berkata, sudah menyerahkan surat kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi membincangkan semula pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Saya telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan untuk membincangkan semula mengenai pelantikan SUK.

Isu Pelantikan SUK Selangor: Respons Sultan Perangkapkan Umno Dalam Permainan Sendiri

Parti Keadilan Rakyat merakamkan kesyukuran kepada Ilahi dan menjunjung kasih setingginya kepada DYMM Sultan Selangor yang telah memberikan perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Baginda memberikan perkenana ini selepas menyatakan pandangan bahawa Baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

KEADILAN juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan pihak Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim Khalid yang akan memanggil sidang tergempar DUN yang bertujuan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

KEADILAN berkeyakinan bahawa usaha mengembalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif di atas kepada Sultan dan Menteri Besar adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, kuasa perlantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh UMNO di dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993 meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika tersebut.

Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak UMNO dan para kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 yang lalu.

Keputusan Inkues Teoh Diumum Petang Esok

KUALA LUMPUR 4 JAN: Keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang esok.
Koroner Azmil Muntapha Abas akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 2.30 petang esok.
Anggota keluarga Teoh, peguam yang mewakili pelbagai pihak, orang awam dan wakil media dijangka berada di bilik mahkamah itu yang terletak di tingkat dua,bangunan sambungan kompleks mahkamah itu.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Setelah banyak menuding jari dan tuduhan, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues itu diadakan berikutan kematian Teoh yang membangkitkan beberapa persoalan sama ada beliau membunuh diri atau dibunuh dan paling penting, bagaimana, bila dan cara mangsa itu menemui ajalnya.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 Nov tahun lepas, di mana Koroner Mahkamah itu mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk Patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dipanggil Mengadap YDP Agong,Penjelasan Tok Guru Nik Aziz



KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Gobalakrishnan Terima Notis Tunjuk Sebab

PETALING JAYA: Siri kontroversi yang dicetuskan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan(gambar) berterusan apabila beliau menerima surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kritikannya terhadap kepimpinan parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika mengesahkan perkara tersebut memaklumkan bahawa surat berkenaan dihantar kepada Gobalakrishnan melalui faks pada Isnin.

"Menerusi surat berkenaan kita minta beliau berikan penjelasan berhubung semua kenyataan yang telah dikeluarkan terutama sekali berkaitan parti dan kepimpinan baru-baru ini.

"Pihak parti memberi peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Baru-baru ini Gobalakrishnan dengan lantang mengkritik kepimpinan PKR termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Gobalakrishnan mendakwa Kuil Sivan di Bukit Gasing telah ditutup oleh Anwar dan sepanjang 12 tahun lalu Anwar hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti manakala masyarakat India dipinggirkan.

Selain itu tambah Saifuddin, Gobalakrishnan perlu menjawab surat tunjuk sebab berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat itu dikeluarkan.

"Selepas beliau menjawab, ada dua kemungkinan yang akan berlaku, pertamanya sekiranya pihak parti berpuas hati dengan jawapannya, maka tiada sebarang tindakan lanjut akan diambil.

"Namun jika sebaliknya berlaku, jawatannkuasa disiplin berhak memanggil Gobalakrisnan untuk disoal dan membela diri," katanya.

Sementara itu, Gobalakrishnan menerusi twitternya turut mengesahkan menerima surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat daripada Ibu Pejabat PKR.

Beliau dijadual akan mengadakan sidang berhubung surat berkenaan di pusat khidmatnya pada pukul 4 petang ini.Mstar

Gambar : Antara Senamrobik Teo Nie Ching Dan Tiger Show Putrajaya...

Cuba bandingkan gambar dibawah,antara senamrobik Teo Nie Ching dan Pertunjukan Ala Tiger Show di Putrajaya.Mana yang lebih menjolok mata dan memalukan..

SENAMROBIK TEO NIE CHING




PERTUNJUKAN ALA TIGER SHOW DI PUTRAJAYA




Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....