Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 September 2010

Perkasa tidak perlukan sokongan Umno-Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
“Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.
“Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa,” kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.
“Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: “Tidak perlu. Ini sudah cukup.”
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Bakar Al Quran,Nyawa Tentera Amerika Galang Ganti


Seorang komander utama tentera Amerika Syarikat di Afghanistan telah memberi amaran bahawa nyawa askar Amerika dalam bahaya jika sebuah gereja di Florida meneruskan rancangannya untuk membakar naskhah-naskhah Al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa serangan 11 September 2001 (9/11) di New York dan Washington.

Jeneral David Petraeus berkata rancangan membakar kitab suci penganut Islam akan menjadi satu propaganda bagi kumpulan Taleban di Afghanistan dan mencetuskan sentimen anti-Amerika di seluruh Dunia Islam.

Pusat Dove World Outreach di Gainesville, Florida, berkata ia akan membakar salinan Al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa serangan 9/11, minggu ini, untuk memprotes apa yang dikatakannya sebagai 'kejahatan Islam'.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Wall Street Journal semalam, Jeneral Petraeus menyifatkan acara itu 'boleh membahayakan askar dan ia boleh membahayakan keseluruhan usaha mereka'.

'Tindakan seperti itu yang benar-benar boleh digunakan pihak Taleban, dan boleh mengakibatkan masalah besar. Bukan sahaja di sini, tetapi di mana mana sahaja di seluruh dunia, di mana saja kami mempunyai hubungan dengan masyarakat Islam,' jelasnya.

Rancangan memprotes oleh sekumpulan 50 anggota gereja di Florida itu, yang memiliki muka laman Facebook yang memuatkan moto 'Islam dihasilkan Syaitan', telah mencetuskan kemarahan di Indonesia, negara dengan penduduk majoriti Islam paling ramai di dunia.

Bulan lalu, kira-kira 100 warga Indonesia membantah di luar kedutaan Amerika di Jakarta dan mengancam untuk 'berjihad' jika kumpulan Kristian di Amerika itu meneruskan acara itu. -- AFP.

Pas Kawasan Besut Buat Laporan Polis Berikutan Kenyataan Musa Hasan




Kenyataan Media oleh YDP Kawasan Besut Ust W.Azhar W.Ahmad


Wakil Pas Kawasan Besut yang membuat laporan Polis
Ustaz Wan Azhar bersama Nik Hassan dan Mohd Zaki di kaunter Balai Polis Besut
Salinan laporan Polis yang dibuat(Untuk besarkan klik pada gambar)
Keyataan media Pas Kawasan Besut(Untuk besarkan klik pada Gambar)

BESUT
-Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut hari ini 8 September, jam 10.40 pagi.

Laporan polis dibuat ekoran pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan wujudnya campurtangan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam urusan yang dibawah bidangkuasanya sehingga disifatkan melanggari seksyen 4 Akta Polis 1957

Turut hadir adalah Ketua Pemuda PAS Besut, Ustaz Zulkifli Kadir, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Nik Hassan Azmi Nik Mat dan Mohd Zaki Sulaiman (AJK). Laporan yang dibuat telah diterima oleh Kopral Nik Alias Nik Lah.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....