Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 10 Mac 2010

Sertai Pas? Kenyataan Terbaru Zulkifli Nordin


PETALING JAYA: Setelah menerima tentangan hebat daripada pemimpin PAS, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akhirnya membuat keputusan untuk mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas tanpa menyertai mana-mana parti politik termasuk yang kononnya memperjuangkan Islam itu.
Menurutnya beliau tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk menyertai PAS kerana lebih selesa bergerak secara bebas.
"Janganlah khuatir saya selesa dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bebas, dan saya akan kekal begitu insyAllah.
"Sehingga kini Saya tak terfikir pun nak sertai mana-mana parti politik," katanya dalam entri terbaru blog http://zul4kulim.blogspot.com/.
Beliau menjelaskan demikian setelah dihina dengan pelbagai label negatif oleh pemimpin PAS selepas beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana bertegas dalam isu membabitkan akidah.
Kecaman berkenaan bagi memberi tekanan kepada kepimpinan tertinggi PAS agar tidak menerima beliau sebagai ahli parti itu.
Zulkifli bagaimanapun melabel golongan yang mengecamnya sebagai 'badut hingusan' kerana menyerangnya tanpa asas.

5 Sebab Kenapa Pas Tolak Kerajaan Perpaduan Dengan Umno-Tok Guru Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 10 Mac — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menggariskan lima sebab mengapa partinya menolak kerajaan perpaduan dengan Umno, termasuk kerana perjuangan parti utama Barisan Nasional (BN) itu “sebenarnya amat dhalalah atau sesat sesesatnya”.
Nik Aziz berkata, Umno menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama, yang sekali gus menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan-rakan daripada kalangan bukan Islam.
Beliau membangkitkan pendirian membantah syor kerajaan perpaduan sejurus selepas 8 Mac 2008 dan juga ketika Muktamar PAS 2008 di Ipoh.
Kerajaan perpaduan PAS-Umno memfokus negeri Kedah, Perak dan Selangor.
Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak turut dibangkitkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu, yang kemudiannya dikritik Nik Aziz sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”
Nik Aziz, antara pemimpin dalam PAS yang menentang keras sebarang usaha ke arah kerajaan perpaduan PAS-Umno turut menyenaraikan satu alasan lama yang beliau sering membangkitkannya.
Selain alasan Umno “sesat”, kata Menteri Besar Kelantan, tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS.

Anwar dakwa mahkamah sengaja lengah kes qazaf



KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sengaja melengahkan-lengahkan pendengaran kes permohonan qazaf yang difailkannya.

Beliau memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat beliau.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, tiga responden yang dinamakannya iaitu Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom lebih mengikut telunjuk pimpinan Umno dalam kes berkenaan.

"Mereka bercakap soal sumpah, soal syariah, jadi teruskan (membicarakan kes qazaf) di Mahkamah Syariah. Ini forum yang tepat untuk memutuskan soal sumpah atau soal syariah.Tetapi ternyata mahkamah mencari helah tidak mahu mendengar kes ini.

"Ini bagi saya cukup aneh, cukup janggal dan cukup memalukan bagaimana ustaz-ustaz yang ditugaskan dalam kes ini menghukum orang bawahan dan memilih untuk mendengar arahan orang atasan. Ini satu kejanggalan yang harus kita tentang," katanya kepada pemberita di luar kamar mahkamah selepas perbicaraan kes berkenaan.

Anwar membuat permohonan qazaf pada 7 Januari lepas dan 9 Februari lalu, Jamil bersama dua responden memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen itu adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, peguam Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman dalam penghujahannya memohon agar mahkamah syariah terus mendengar kes itu dan membantah tuntutan responden.

Beliau juga menolak hujah peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar bahawa Mahkamah Tinggi Syariah tidak boleh mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah dalam membicarakan kes qazaf itu.

Beliau berkata, jika mahkamah memutuskan bahawa mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie itu mendakwa Saiful, Anwar boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil.

"Tapi adakah kita mahu kes-kes melibatkan orang Islam didengar di mahkamah sekular dan didengar oleh hakim bukan Islam?” soalnya.

Bilik mengatakan bahawa jika mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan Ketua Syariah perundangan untuk kos kemudiannya Anwar boleh membawa kasusnya ke mahkamah sivil.

"Tapi apakah kita ingin isu yang mempengaruhi orang-orang Muslim untuk didengar di mahkamah sekular dan oleh seorang hakim yang bukan Islam?" soalnya.Hrkh

Rombakan exco Kedah,Dua Muka Lama Di Gugurkan

Gambar Hiasan

Dua muka baru menyertai senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah, manakala lapan lagi dilantik semula ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun lagi. Dua muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Chow Kang. Dua exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.

Sebelum ini, khabar angin mengenai beberapa exco yang tidak menunjukan prestasi yang diinginkanakan digugurkan bertiup kencang.

Barisan exco baru itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak .Semua mereka dilantik untuk tempoh setahun.Malaysiakini

AJK Pas Pusat Di Tahan Polis

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman ditahan polis Pahang di Raub tengah malam tadi dipercayai berkaitan dengan ceramahnya menyentuh pengurusan Felda.
Beliau yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dijangka akan dihadapkan di mahkamah hari ini, kata salah seorang pembantunya ketika dihubungi.
“Mazlan masih berada di balai polis, difahamkan mungkin akan dibawa ke mahkamah pagi ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipetik Harakah Daily berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang semalam.
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub mahu polis menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.
“Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan,” ujarnya.
Mazlan merupakan aktivis yang memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.

Khalid Selar Najib Keluar Kenyataan Mendahului SPR




K
enyataan melulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, kononnya cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan hanya mewujudkan politiking, dibantah keras.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat yakin pilihan raya itu mampu mengangkat ahli majlis berwibawa dalam menangani masalah kehidupan harian yang membebani rakyat akar umbi, sejak sekian lama.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid hari ini menyelar Najib kerana mengeluar kenyataan yang mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung cadangan tersebut.

“Saya sudah tahu bukan SPR yang menjawab, sebaliknya Perdana Menteri sendiri yang jawab. Kita cuma mahu hak rakyat dipulangkan kepada rakyat,” katanya dalam satu temu bual eksklusif.

Khalid yakin pilihan raya kerajaan tempatan itu dapat melicinkan lagi pentadbiran kerajaan negeri di Selangor dan mampu meningkatkan kualiti hidup semua lapisan rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju pada masa yang sesuai, kita mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Tetapi sebelum itu, kita akan mengkaji dan menyemai semangat prasarana PBT," katanya.

Pada 6 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutus surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meminta mereka menguruskan proses pilihan raya kerajaan tempatan.

Khalid kemudian turut membuat pengumuman untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Sebaliknya, Najib dengan mudah dan tanpa berfikir panjang menyatakan pilihan raya itu tidak perlu dan hanya mewujudkan politicking sedangkan SPR masih mengkaji cadangan tersebut.

Pertama kali pilihan raya kerajaan tempatan diadakan ialah pada 1951 tetapi dimansuhkan kerajaan Umno-BN pada 1965 berikutan konftrantasi dengan Indonesia.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman yang berjanji untuk mengadakan pilihan raya itu semula tetapi sehingga kini, gagal ditunaikan kerajaan Umno-BN. -TVS


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....