Seramai sepuluh orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
mengangkat sumpah jawatan hari ini, hampir sebulan selepas pilihan raya
umum 5 Mei.
Barisan anggota exco yang baru dilantik ini,
membabitkan empat wakil PAS dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR,
mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
Upacara tersebut berlangsung di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri istana tersebut.
Bekas Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) juga dibariskan sebagai anggota Exco kanan untuk penggal kali ini.
Jawatan
Speaker tersebut kini diisi wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya),
manakala Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia) dilantik sebagai timbalan
Speaker, menurut satu senarai yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim.
Seorang lagi yang dilantik Exco kanan ialah wakil PAS Iskandar Abdul Samad (Cempaka), menurut Khalid yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut.