Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Mei 2010

Aminulrasyid : Karpal tuntut tuduhan bunuh ke atas polis





Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh.
Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar. Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melawat lokasi kejadian di Seksyen 11 Shah Alam hari ini. "Saya akan menulis surat kepada peguam negara untuk mendapatkan apakah pendirian beliau, dan menggesa beliau, berdasarkan keterangan saksi utama, supaya pendakwaan perlu dibuat atas tuduhan bunuh," katanya.

Menurut Karpal, polis yang terlibat dalam kejadian itu juga berhak untuk menyampaikan cerita mereka, tetapi hak keluarga mangsa tidak boleh diketepikan. Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai kes prima facie berikutan tindakan polis dalam kejadian berkenaan. "Saya rasa polis bertindak melampaui batas yang ditetapkan ke atas mereka. "Sekiranya (benar) apa yang saya diberitahu dan apa yang saya dapati, saya rasa ini jelas merupakan satu kes pembunuhan. "Saya difahamkan (siasatan) kes ini telahpun diklasifikasikan sebagai (kes) bunuh," katanya lagi. Tambahnya, beliau juga akan meminta supaya diberikan salinan rakaman kenyataan oleh saksi. "Saya difahamkan ada dua kenyataan," kata Karpal.

Ujarnya, mahkamah yang mengendalikan kes ini juga perlu diberikan garis panduan yang membolehkan polis melepaskan tembakan. "Malangnya, standing order oleh ketua polis negara ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. "Namun dalam apa-apa keadaan, apabila kes ini ke mahkamah, kami perlu dapatkan ruling atas keadaan-keadaan yang perlu oleh polis untuk melepaskan tembakan," katanya lagi. Karpal sebelum itu meluangkan masa kira-kira lima minit bersama saksi, Azamuddin Omar, untuk bertanyakan beberapa butiran mengenai kes tersebut.

Karpal antara lainnya menanyakan berapakah jumlah kereta polis yang mengejarnya pada malam kejadian. Azamuddin turut disoal, bilakah polis mula melepaskan tembakan dan bilakah tembakan itu mengenai Aminulrasyid. Karpal turut menyoal saksi tersebut bagaimanakah beliau keluar daripada kenderaan berkenaan dan sama ada beliau terus pulang ke rumah selepas keluar daripada kereta yang dipandu mangsa. Azamuddin yang kelihatan tenang ketika menjawab soalan-soalan itu berkata, terdapat dua atau tiga buah kereta polis yang mengejar mereka ketika kejadian. Katanya lagi, polis mula melepaskan tembakan ketika mereka memasuki Jalan Tarian, kira-kira 300 meter daripada tempat kereta yang dipandu Aminulrashid itu berhenti.

Tambahnya, ketika kereta masih bergerak, polis masih melepaskan tembakan walaupun mangsa sudahpun meninggal dunia. "(Aminulrashid) sudah meninggal tapi kaki dia masih lagi tekan minyak," kata Aminuddin ketika ditemubual Karpal Singh. "(Cermin) tingkap sudah retak pada masa itu... Saya terjun keluar," katanya lagi.M'kini

Agenda Kickdefella bukan agenda Islam-Pas



KUALA LUMPUR, 4 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

“Untuk jatuhkan seseorang, bukanlah agenda PAS, tapi nak jatuhkan kerajaan (Umno/BN) jelas menjadi agenda PAS dan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, Islam yang diperjuangkan oleh PAS umumnya menentang dasar perkauman dan kezaliman yang di bawa oleh parti Umno dan BN.

Maka, sekiranya PAS hanya menentang peribadi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, menurut beliau, pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan agenda parti yang ditinggalkan oleh Abdullah.

“Dalam Islam, kita (PAS) menentang dasar parti pemerintah. Kalau Pak Lah jatuh, yang naik Najib, semacam sahaja kedua-dua mereka sebab dari parti yang sama,” jelasnya.

Disebabkan itu, PAS, menurut beliau, konsisten menggunakan pilihan raya dan sistem demokrasi untuk menggantikan Umno/BN, sejak PAS mula ditubuhkan 1951 lagi.

Tambahnya lagi, konsistensi PAS menyertai pilihan raya yang demokratik inilah yang membezakan politik kepartian PAS dan politik Umno/BN.

“Cara dia (BN) nak jatuhkan kerajaan lain seperti di Perak dan sebagainya, kita kalau nak jatuhkan mereka (BN) dengan cara demokratik,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menafikan bahawa PAS terbabit dalam agenda memburukkan Abdullah menggunakan dana RM4 juta seperti yang didakwa Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

“Saya sudah semak di PAS Kelantan, PAS Malaysia, tidak ada RM4 juta yang dikeluarkan dari PAS.

“Jadi, saya menafikan dakwaan Syed Azidi. Syed Azidi kena buat penjelasan,” jelasnya lagi.

Ditanya tentang status Global Media Channel (GMC) yang dipercayai sebagai platform Kickdefella mendapatkan RM4 juta tersebut, Mustafa menegaskan bahawa beliau sendiri mengetahui tentang syarikat penyiaran tersebut dari media massa sejak beberapa hari lalu.

Melihat kepada serangan Kickdefella yangs seakan ditujukan kepada PAS, beliau menyifatkan blogger tersebut sebagai ‘orang upahan politik’ yang tiada integriti diri.Hrkh

Liwat 2 : Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Terakhir Anwar


KUALA LUMPUR, 4 Mei - Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.
Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim, James Foong dan hakim Mahkamah Rayuan, Suriyadi Halim Omar.
Dengan keputusan itu, Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu dan terpaksa menjalani perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.
Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku.

PRK Sibu : Pertandingan Tiga Penjuru ?



Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini setakat ini nampaknya akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan raya Wong See Meng memberitahu pemberita di sini pada Selasa, setakat ini dua set kertas pencalonan telah diambil, satu oleh seorang wakil calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) manakala satu set lagi diambil oleh calon Bebas.

"Calon DAP Wong Ho Leng yang dipilih oleh pakatan pembangkang Sarawak untuk bertanding masih belum datang ke pejabat saya untuk mengambil kertas pencalonan," katanya.

Terdahulu Wong menghadiri taklimat yang disampaikan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada para pegawai, pilihan raya dan mereka yang terlibat dalam pilihan raya kecil itu.

Analisa : PRK Hulu Selangor Referendum Untuk PR Dan BN ?


KUALA LUMPUR, 4 Mei — Keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang dilihat sebagai satu referendum ke atas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dijangka akan melahirkan aliran sokongan pola ‘pendulum’ atau bersifat anjal dalam pilihan raya-pilihan raya umum selepas ini.
Dengan melihat Hulu Selangor sebagai kerusi yang unik dengan komposisi penduduk pelbagai kaum, yang turut dicerminkan di sebahagian besar di Semenanjung, penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff meramalkan peralihan undi kepada parti-parti bertanding — BN dan PR akan berubah bergantung pada isu, calon dan persekitaran politik semasa.
“Saya melihat pada arah aliran ayunan pendulum... di mana undi akan bergerak mengikut isu dan calon yang diletakkan pada masa pilihan raya... bukan lagi terikat kepada satu parti semata-mata sebagaimana telah disaksikan sebelum ini,” kata Mohd. Agus kepada The Malaysian Insider.

Zahid Nafi Beri Bantuan Senjata Pada Palestin,Mengaku Jumpa Ehud Barak

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan tuduhan bahawa Malaysia memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin bagi meredakan kemarahan mereka terhadap pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah menjanjikan apa-apa bantuan persenjataan kepada Palestin.
“Kerajaan Malaysia adalah amat komited berhubung dengan status Negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel. Kerajaan sering menyuarakan bahawa pihak tentera Israel perlu menghentikan segala bentuk penindasan yang dilakukan.
“Kerajaan dan rakyat Malaysia tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin. Kerajaan sentiasa menyokong untuk kewujudan negara Palestin yang aman dan berdaulat,” katanya menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara.

Karnival Sukan Pasti Kawasan Besut

Urusetia
Pengadil sukaneka termasuk Ketua Pemuda Besut Ust Zulkifli Kadir(Kiri)
Bakal Penjaga Gol no 1 negara he..he..
Acara bolasepak mendapat sambutan hangat penonton
ooops masuk !! masuk!!
yeahhh masuk...bolajaring

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....