Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Ogos 2011

Krisis Libya : Regim Gaddafi Akhirnya Tumbang ??

Pejuang-pejuang kumpulan pemberontak memijak gambar pemimpin Libya Muammar Gaddafi di satu sekatan jalan di daerah Qarqarsh, Tripoli. — Foto Reuters
Pejuang pemberontak meraikan kejayaan mereka di daerah Qarqarsh hari ini, sehari selepas menguasai sebahagian besar Tripoli, namun lokasi Muammar Gaddafi belum dikenal pasti. — Foto Reuters

TRIPOLI, 22 Ogos — Sementara kumpulan pemberontak mendakwa sudah pun menguasai 95 peratus Tripoli dan sebahagian besar penduduk tempatan meraikan kejayaan itu — satu persoalan sedang bermain di fikiran pelbagai pihak di seluruh dunia — di mana Muammar Gaddafi sekarang?
Dua anaknya telah ditangkap oleh pemberontak semalam.
Laporan petang ini (waktu Malaysi) menyebut bahawa seorang anak Muammar sedang mengetuai tentera kerajaan ke atas Tripoli manakala seorang lagi anak beliau Al-Mutassim masih berada dalam bangunan Bab Al-Azizya.
Pengerusi Majlis Peralihan Nasional (NTC) Mustafa Abdul Jalil berkata tiada siapa pun tahun di mana Muammad berada sekarang.
Laporan Reuters memetik televisyen Al Arabiya berkata tiada perundingan setakat ini antara majlis tersebut dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengenai nasib Saif al-Islam, salah seorang anak Muammar yang ditangkap.
Perdana Menteri Libya Al Baghdadi Ali al-Mahmoudi dan ketua kesatuan televisyen negaranya Abdallah Mansour dilaporkan berada di pulau Tunisia, Djerba.
Laporan minggu lalu bahawa kumpulan pemberontak dan kerajaan Muammar mengadakan perundingan di pulau itu dinafikan oleh kedua-dua pihak.
Muammar, 69, yang sudah 42 tahun menerajui Libya, semalam meminta rakyatnya menentang kehadiran pemberontak.
“Saya di Tripoli,” kata beliau kepada TV Libya menerusi telefon.“Keluar, saya bersama anda sehingga detik akhir,” kata beliau.
“(Muammar) Gaddafi sudah habis. Kita bebas sekarang,” kata seorang anggota pemberontak, Abdullah kepada Reuters.
Laporan BBC menyebut Muammar tidak kelihatan di khalayak sejak Mei lalu dan kemunculan menerusi televisyen dilaporkan pertengahan Jun lalu ketika bermain catur dengan Presiden Persekutuan Catur Sedunia Kirsan Ilyumzhinov.
Jika benar beliau masih berada di kediamannya di Tripoli, maka kedudukannya boleh disahkan dalam beberapa jam, kata laporan itu.
Pertempuran sengit dilaporkan di sekitar kawasan kediamannya, Bab al-Azizya.Sehingga itu lokasi beliau berada kekal spekulasi dan misteri.

Najib Dan Nazri Digesa Henti Hina Parlimen


KUALA LUMPUR 22 OGOS : PAS hari ini mendakwa kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz berhubung Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai isu penambahbaikan pilihan raya di negara ini sebagai menghina Parlimen.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib itu juga dianggap biadap kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat untuk menunggu jawatankuasa itu menyelesaikan tugas-tugas mereka sebelum pilihan raya umum akan datang.

Malah, beliau turut menyifatkan kenyataan itu hanyalah semata-mata untuk menurunkan suhu politik dan tekanan terhadap pentadbiran beliau.

"Bila kata Kerajaan tidak terikat maknanya beliau (Najib) tubuhkan PSC hanya untuk turunkan suhu politik akibat tuntutan rakyat yang mahukan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Bagi saya ia penghinaan kepada Parlimen," kata Mahfuz dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Minggu lalu, Najib mengumumkan bahawa satu jawatankuasa parlimen akan ditubuhkan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Bagaimanapun jika Parlimen dibubar, PSC tersebut turut akan terbubar sehingga ahli Parlimen baru dipilih dan Parlimen bersidang semula.

"Kalau tubuhkan Jawatankuasa Khas kita seharusnya menghormati dan menunggu keputusan dan cadangan mereka. Kerana mereka dibawah kuasa Parlimen. Kenapa nak tubuh lepas itu bubar sedangkan ia ditubuh untuk selesaikan masalah besar negara," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pendang.

Namun, Mahfuz tidak menolak kemungkinan kenyataan terbaru Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin merupakan respon beliau terhadap masalah dalaman Parti tersebut.

"Saya tidak tahu adakah kenyataan Najib itu dibuat selepas mesyuarat MT Umno kerana tekanan dari musuh beliau dalam UMNO...sehingga beliau terpaksa buat tindakan...Apakah ini maksudnya Pilihan Raya boleh dilakukan bila-bila masa," kata Mahfuz.

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Nazri yang 'mendahului' Parlimen dalam satu sidang media kelmarin apabila menetapkan kuota, kriteria pengerusi dan perkara lain berkenaan PSC tersebut tanpa langsung dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu.

"Dia tak boleh mendahului Parlimen. Bagaimana ini berlaku, hanya Parlimen sahaja boleh tentukan perkara itu. Menteri hina parlimen dan tak tunggu keputusan Parlimen," tegas beliau.TVS

[Video] Perbicaraan Fitnah Liwat II : Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim





KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.

"Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya."

(Gambar-Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini)

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau.

Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah.

"Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi.

Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini.

Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Bela diri dari kandang tertuduh

Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.Hrkh

Munajat Perdana PRU 13 Serentak Seluruh Negara

- memohon diberi hidayah kepada rakyat Malaysia menerima perjuangan Islam 

Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Pas Pusat Dengan Kerjasama Lajnah Tarbiah Negeri/Wilayah akan menganjurkan program Munajat Perdana Pilihanraya Umum ke-13 (PU-13) yang akan diadakan pada 26 Ramadhan bersamaan 26 Ogos 2011.

Program tersebut akan bermula pada jam 9.45 malam hari Jumaat Malam Hingga jam 5.50 pagi hari Sabtu 27 Ogos.

Matlamat 'Munajat' adalah bagi mengumpulkan kekuatan rohani dikalangan para petugas PAS dengan bermunajat kepada Allah dan memohon diberi hidayah kepada rakyat Malaysia menerima perjuangan Islam.

Program yang dibuka kepada umum ini diadakan secara serentak di 14 lokasi seluruh negara seperti berikut;

1.      Johor
Markaz PAS Kawasan Simpang Renggam
Kg Shaari, 86200 Simpang Renggam
Johor Darul Takzim

2.      Kelantan
Dewan Zulkifli, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan
Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu
Kelantan

Munajat di Stadium Sultan Mohamad IV kita Bharu, Kelantan

3.      Perak
Dewan Tuan Guru Samad Noh Air Kuning
Taiping, Perak

4.      Kedah
Kompleks PAS Kedah
KM 13, Jalan Alor Setar-Sungai Petani
Simpang 4, 06650 Alor Setar
Kedah

5.      Melaka
Madrasah Ar-Rahimah
Tolok Gaung, Air Molek
(Bukit Katil) Melaka

6.      Wilayah Persekutuan
Dewan Dato’ Fadzil Noor
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga
Taman Melewar, Batu Caves, Selangor

7.      Terengganu
Kg Masjid Rusila
Marang, Terengganu

8.      Negeri Sembilan
Muassasah Darul Shariff
Serting, Jempol
Negeri Sembilan

Najib Dan Rosmah Diperintah Beri Keterangan Kes Liwat Anwar

Anwar Ibrahim meninggalkan mahkamah selepas memberi keterangan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang baru-baru ini enggan ditemu bual merupakan antara tujuh orang diberi sepina agar memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Enggan ditemu bual berbeza daripada disepina,” kata peguam utama Ketua Pembangkang Karpal Singh kepada pemberita hari ini selepas Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.Kes peringkat pembelaan bermula hari ini.

Karpal berkata sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan sepina, mereka yang dinamakan dalam perintah mahkamah perlu datang.Kata beliau, perintah mahkamah telah diberi Jumaat lalu.

Pada 12 Ogos lalu, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) muncul di Mahkamah Tinggi untuk bertemu dengan pasukan peguam Anwar.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan ditemu bual dan tidak akan memberi apa-apa kenyataan melainkan mahkamah mengeluarkan sepina.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang turut dinamakan sebagai saksi pembela, juga memberikan jawapan yang sama.

Karpal juga berkata mereka yang diarah memberi keterangan ketika prosiding pembelaan masih boleh memohon untuk mengetepikan perintah mahkamah.“Ya, mereka masih boleh (memohon) mengetepikan sepina,” katanya.

Bagaimanapun jelas Karpal, beliau belum dimaklumkan apa-apa mengenai permohonan sedemikian.TMI

Pemergian Azizi Abdullah kehilangan besar buat PAS


KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Pemergian novelis terkemuka tanah air, Azizi Abdullah (gambar) ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khususnya dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, allahyarham bukan sekadar berjasa besar sebagai tokoh PAS yang terlibat secara langsung menggerakkan PAS di pelbagai peringkat, termasuk menjadi calon PAS dalam pilihan raya, tetapi juga tokoh milik masyarakat melalui aktiviti penulisannya yang cukup berkesan.
Katanya, dengan jasa dan penglibatannya itu, sudah tentu pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar kepada PAS khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allayarham Azizi Haji Abdullah di atas pemergian beliau ke rahmatullah.
"Kita berdoa kepada Allah SWT semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan mendapat keampunan Allah," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Perutusan takziah beliau itu disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.
Allahyarham Azizi, 69, meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang kira-kira jam 7.50 pagi semalam akibat komplikasi buah pinggang dan sakit jantung. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak 26 Mac lalu dan menjalani pembedahan jantung tidak lama selepas itu.
Semasa hayatnya, Allahyarham yang tinggal di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim merupakan seorang novelis hebat, peka dan tajam penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.
Beliau juga terkenal sebagai seorang penulis yang berdisiplin, berdedikasi dalam penulisan dan kritis dalam mengutarakan idea, sehingga mampu dijadikan contoh oleh generasai muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.
Beliau yang pernah memenangi anugerah SEA Write Award pada 1988 itu meninggalkan banyak karya bermutu untuk bacaan orang ramai. Antara karya besarnya termasuklah novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....