Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 28 Februari 2013

Lagi Video Artis Persenda Pakatan Rakyat Tersebar !!




Selepas video membabitkan Salleh Yaacob dan Nabil DISINI kini muncul pula video yang membabitkan beberapa artis yang dilihat mempersenda Pakatan Rakyat ~ Tinta Hijau DKB

Selepas Dikritik Hebat Salleh Yaacob Mahu Bersara Dari Dunia Hiburan


KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.

Pakatan cabar BN debat manifesto

 Rafizi (dua, kiri) bersama pimpinan Pakatan Rakyat di sidang media, semalam. Foto Foto: SAFWAN MANSOR

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mencabar Barisan Nasional (BN) terutamanya Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai sumber kewangan manifesto pihaknya yang didakwa tidak relevan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, apa yang dibentangkan dalam manifesto PR, yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, adalah berdasarkan kajian dan kiraan pakar ekonomi bukannya hanya janji manis untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita sedia debat dengan pemimpin BN mengatakan manifesto kita tidak bagus, dan mereka juga perlu berani bentangkan aliran perbelanjaan dalam manifesto mereka seperti mana kami lakukan.

“Manifesto ini berbeza dengan sebelum ini, kita ubah strukturnya tetapi memberi kesan kepada semua. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan ‘gula-gula’ kerajaan BN kerana ia merangkumi pelbagai pihak termasuk peminat K-Pop sekali pun,” kata beliau semalam.

Menurut Rafizi, setiap program dalam manifesto PR telah dikira anggarannya berdasarkan aliran tunai tahunan.

"PR amalkan 'open book' yang mana menjelaskan setiap aliran tunai yang dibelanjakan dan kita cabar BN dedahkan aliran tunai seperti mana yang dilakukan PR," katanya.

Beliau berkata, tiga sumber utama kewangan manifesto ini adalah berdasarkan perbelanjaan berhemah, perbelanjaan dengan membanteras rasuah menyusun keutamaan perbelanjaan, dan peningkatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Rabu, 27 Februari 2013

PRU 13 : Saifuddin Nasution Sah Bertanding Di Kulim-Bandar Baharu

MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.

“Bagi tujuan itu, PKR  akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah  perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.SH

Selasa, 26 Februari 2013

Video : Artis Salih Yaacob & Nabil kutuk Pakatan Rakyat




Video Salih Yaacob dan Nabil membuat lawak bodoh mengutuk Pakatan Rakyat. Salih Yaacob dan Nabil menyerlahkan pegangan politik mereka. Rupa-rupa mereka berdua macai UMno~ Bloglist Malaysia

Populariti Najib susut lagi

SHAH ALAM - Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus,  sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual.SH

Isnin, 25 Februari 2013

Artis Tampil Buat Kejutan Di Konvensyen Pakatan Rakyat


SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.

Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.Hrkh

Video : Panas !! Majlis Sumpah Undi Umno Dan BN Tersebar



Artikel berkaitan DISINI

Ahad, 24 Februari 2013

Kanyataan Balas Tok Guru Nik Aziz Terhadap Harussani

AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan.

Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap Pas lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik.

Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.

Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak agar berhati-hati dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin Pas yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih.

Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan?Tentu sekali tidak.

Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang Umno/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat.

Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.Pas juga dituduh berkerat rotan dengan Umno.

Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah Pas pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila Pas berada dalam Barisan Nasional, Umno pula mengambil pendirian untuk menendang Pas keluar kerana 'cemburu buta'.

Saya ingin ulangi, bukan Pas yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi Umno yang membuat ketetapan untuk menendang Pas keluar.

Sabtu, 23 Februari 2013

Menarik !! Apabila Tuan Guru Presiden Pas Berbahasa China

Jom baca apa kata saudara Li Fook Gao tentang Tuan Guru Presiden Pas :

Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar. 

Ustaz Hadi ketika membantu seorang mangsa lemas di pantai Rusila 2010 lalu

Saya tidak mengenali Ayah Chik, nama panggilan manja untuk TG Hadi, secara dekat mahupun lama, tapi sekadar melalui kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ayah Chik yang dilaporkan di media mulai 2010.

Kali pertama, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah melalui kemunculan video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010.

Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik bertungkus lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda.

Kali kedua, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah tatkala Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke 58.

Itu adalah pertama kali saya terhibur, tersentak dan terpegun dengan isi ucapannya yang begitu padat dan bernas.

Tiada satu saat yang saya terasa mengantuk. Ucapan Ayah Chik sudah bertambah hebat sebab akhirnya saya terasa mudah diikut, walaupun untuk seorang bukan Islam seperti saya. Ucapan ini jauh berbeza dengan ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan tersendiri.

Daripada wajah ahli-ahli PAS yang mendengar, ternyata di hati mereka, Presiden PAS ialah ‘Ayah Chik’ mereka. Tuan Guru Presiden sudah dianggap sebagai seorang bapa kepada semua ahli PAS yang tertawan dengan ilmu yang terserlah daripada diri Ayah Chik.

Jumaat, 22 Februari 2013

Video : Treler Jelajah Negara Berkebajikan Pas Disambut Meriah


Propaganda Murahan Deris Jusoh

BESUT - Dalam kegembiraan masyarakat Tionghua menyambut kedatangan Tahun Baru, PAS Kawasan Besut turut meraikan kedatangan 'hari besar' itu dengan melakukan kunjungan mesra bagi menyantuni mereka.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bersama Encik Ng Chai Hing (Pengerusi DAP Terengganu) dan Encik Lee Tin Wan @ lebih dikenali sebagai 'Cina Api' serta 20 anggota rombongan telah bergerak dari rumah ke rumah bagi menyampaikan rakaman tahniah di atas sambutan Gong Xi Fa Chai pada tahun ini.

Beliau berharap masyarakat Tionghua akan terus menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran negara melalui satu gelombang pembaharuan dan perubahan yang sedang bergerak kencang dalam pembentukan landskap baru politik negara.

"kita mengucapkan selamat Tahun Baru kepada seluruh warga Tionghua, semoga kedatangan tahun 'ular' pada tahun ini akan membawa aman dan makmur kepada seluruh rakyat, negeri Terengganu dan negara,

"kita juga mengalu-alukan satu perubahan yang besar yang sedang melanda negara, turut sama disertai oleh masyarakat Tionghua Terengganu, khususnya di bandar Jertih ini dan diterjemahkan dalam pilihanraya umum yang akan tiba tidak lama lagi,"ujarnya ketika ditemui.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan ADUN Jerteh yang juga Ketua Bahagian Umno Besut Dato' Seri Idris Jusoh yang mendakwa hampir 400 orang ahli PAS dan PKR dari kawasan tersebut telah keluar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Katanya, semua pihak maklum, itulah perangai Idris Jusoh yang sukakan'propaganda murahan' apatah lagi beliau merupakan 'kepala' konspirasi yang pernah memenangkan Umno-BN pada tahun 2004 dengan cara yang 'tidak halal'.

"berita biasa menjelang pilihanraya........... siapa tak kenal Haji Deris (Idris Jusoh) tempoh hari isytihar di Pengkalan Nyireh, saya sudah buat siasatan, tidak ada ahli PAS yang keluar daripada jamaah,"tegasnya.BO

Gambar : Tahniah !! Treler Jelajah Negara Berkebajikan Pas Mula Beraksi




Khamis, 21 Februari 2013

Bekas Menteri & Timbalan Menteri Sertai PKR

SABAH 21 FEB: Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN.

Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri, Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau.KD

Update : Pemimpin Pas Perjelas Isu Simbol 1 Malaysia Dan Gambar Dengan Soi Lek

 Antara gambar yang tersebar di internet :


 

Video : Macai Umno kantoi buang bendera Pas ke Sungai kena tangkap





Macai Umno dipaksa kutip bendera PAS yg mereka cantas tiangnya setelah diserbu lebih 40 penyokong PAS yg tahu mengenai perbuatan itu....setajam parang cincang bendera Pas akhir macai kena berendam dalam Ban Kuda jua! kah kah kah....

Selasa, 19 Februari 2013

Tindakan Koyak Dan Bakar Bendera Pas Hampir Cetus Pergaduhan

KUALA LUMPUR: Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.
Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.

Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.

Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik.

"Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud. Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia.”

"Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya.Hrkh

Video : Terbaik !!! Keluar Barisan Masuk Bulatan




Jom pakat keluar barisan, masuk bulatan !!

Video : Eksklusif !! Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferrari F430




Komen Pemilik Kereta Tersebut ketika dalam perjalanan pulang."Ustaz memang power, pandai dia bawak kereta... bukan senang nak cari pemandu mcm Ustaz Azhar Idrus...."

Isnin, 18 Februari 2013

Saman Fitnah : Utusan Kalah Lagi !!!

KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia diarah memohon maaf secara terbuka dan membayar pampasan kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ekoran laporan fitnah.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini, lapor Keadilan Daily. (Gambar: Azan bersama peguam.)

Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam masa tujuh hari bermula hari ini.

“Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum,” jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan.

Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat.

“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Pengerusi PKR Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar PKR dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar PKR tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi PKR Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.Hrkh

Foto Berbicara : Beza Antara Himpunan Anjuran Pas Dan Umno

 Himpunan Tasik Pedu Kedah,apa bezanya ??? :

 Himpunan bantah oleh Umno dan Perkasa sesak dengan bas
HKR anjuran Pas sesak dengan kereta dan motosikal.Sumber dan artikel selanjutnya DISINI

Empat Bekas Jeneral Tentera Kini Bersama Pakatan Rakyat

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat.

Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.

Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit adalah penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan terus seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada 2005.

Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.

Beliau turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene dan mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007.

Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu tentang selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera laut setelah  37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu.KD

Ahad, 17 Februari 2013

Video : Anwar disambut lebih meriah berbanding Najib di majlis Dong Zong

Saksikan video dibawah :



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.



Datuk Seri Najib Razak, yang kini bergelut untuk meraih sokongan pengundi Cina, hari ini mencipta sejarah dengan menjadi perdana menteri pertama yang hadir ke majlis rumah rumah terbuka Tahun Baru Cina ajuran Dong Zong.

Anwar Mohon Maaf Kepada Penduduk Wangsa Maju

 Anwar bersalaman dengan orang ramai yang menyambut ketibaan beliau pada majlis itu

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.

“Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.

“Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya,” katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.

Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.

PAS Keluar PR Sekiranya Pakatan Merugikan Melayu Islam

KUALA NERUS - PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

“PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.

“Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU7.0) di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus, hari ini.

Dato’ Seri Abdul Hadi menjelaskan PAS menerima hakikat kehidupan masyarakat dalam negara ini berbilang kaum dan mengiktiraf semua rakyat berbilang kaum yang terdapat dalam negara ini merupakan rakyat Malaysia.

“Kita (PAS) menerima hakikat kita (rakyat) adalah masyarakat majmuk. Semua rakyat pelbagai kaum adalah rakyat kita. Ini sudah jadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

“Semua kaum menerima Melayu Islam adalah sebagai teras. Penganut semua agama menerima Islam yang ada dalam Perlembagaan. Tapi Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan.

“Sebab itu, PAS mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam dalam DAP dan orang bukan dalam PKR,” ujarnya di hadapan 10,000 hadirin.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS mengajar ahlinya berpolitik dengan mengabdikan diri kepada Allah serta tidak berkompromi dalam perkara halal dan haram.

Sabtu, 16 Februari 2013

Video : Insiden mahasiswa dikepung samseng Umno Pekan




Kejadian berlaku semalam, 15 Februari 2013 ketika mahasiswa GM13 sedang menjalankan kempen menyebarkan risalah kesedaran berkaitan PRU13.Video ihsan webtvpaspekan.blogspot.com.

Bob Lokman Ditawar Bertanding Pada PRU 13 ?

 Bob Lokman

KOTA BHARU - Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi  memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

“Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat.

Jumaat, 15 Februari 2013

Awas jika nampak kertas di belakang kereta anda

 Awas jika anda nampak kertas sebegini di belakang kereta anda

KUALA LUMPUR: Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya.

Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda.

Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam.Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

Berhati-hatilah...Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.

Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan  ini.Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.Hrkh

Anwar Anggap Tindakan Najib ' Tidak Cerdik '

KUALA LUMPUR 15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali ‘Are you ready for BN?’ setelah dijawab ‘No’ ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.“Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik,” kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu.

Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.

Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.

Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.

Najib: ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)
Penonton: Yes (Ya)

Najib: ‘Are you ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?)
Penonton: ‘No’ (Tidak)

Perdana Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah bersedia untuk beraksi di pentas.

Khamis, 14 Februari 2013

Foto Terbaik Dari Seorang YB Pas

Ini lah YB Salehudin Ayob  ahli parlimen Kubang Kerian Kelantan berehat sebentar kerana keletihan dengan jadual yang padat sepanjang hari.YB hidup yang penuh simple dan sederhana ! Pemimpin berjiwa rakyat .
Gamoknya sanggupkah pemimpin UMNO,,tidur dalam stor begini? ha ha..tabik spring buat YB Sallehudin...
Buat orang Johor pemimpin berginilah patut anda pilih dan cari..Memang layak pengang tampok MB jika PR berjaya tawan negeri Johor ..inshaalah.Sumber Batu VS Kayu

Kadar insuran kederaan naik mulai esok

KUALA LUMPUR: Kadar premiun insuran kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.
Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari  lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.

Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.Hrkh

Rabu, 13 Februari 2013

Mahasiswa Diserang Samseng Umno Di Parlimen Pekan


PEKAN 13 FEB: Dua siswa dan dua siswi dari kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4, dalam Parlimen Pekan, pagi tadi.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pada jam 11 pagi.

Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin berkata, kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan parang ke arah mereka.

Menurut Safwan, kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian.

“Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa,” kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.

“Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku,” katanya dipetik.

Ekoran itu, Safwan membuat laporan di Balai Polis Chini tengahari tadi.Ini serangan kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan Parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.

Haron Din sah bertanding pada PRU 13

KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.

"Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini," katanya.

Ditanya kerusi mana yang ditawarkan kepada Haron, Hashim berkata, besar kemungkinan tokoh nombor dua dalam Majlis Syura Ulama Pas itu akan kembali merebut kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu di Parlimen Arau.

Kerusi itu kini disandang Datuk Ismail Kassim yang menewaskan Haron pada  PRU12 dengan majoriti 300 undi. Ismail mendapat 16,451 undi manakala Haron, 16,151.

Hashim berkata, beliau mengumumkan perkara itu kerana ada desas-desus kononnya Haron tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya disebabkan masalah kesihatan. 
“Tidak ada ura-ura beliau akan berundur atas sebab masalah kesihatan. Beliau yang saya kenali seorang yang cekal sebagai pejuang dalam politik yang akan berjuang hingga ke akhir hayat,” katanya.

Haron, anak jati Bohor Mali, di sini,  kali pertama bertanding pilihan raya pada 2004 untuk kerusi Parlimen Arau yang menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN) dengan perbezaan undi 3,243.

Hashim turut menyangkal kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang yakin BN akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada PRU13. Selain mengekalkan tiga kerusi parlimen, Md Isa berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali dua kerusi Dun iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas.

“Setiap kali PRU kenyataan sama dikeluarkan, namun hakikatnya tidak berlaku. Saya sudah tiga penggal jadi Adun Sanglang, ini terbukti sampai sekarang pun mereka gagal sapu bersih semua kerusi,” katanya.

Hashim yang lebih 21 tahun menjadi pemimpin utama Pas Perlis berkata, pihaknya menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap Pakatan Rakyat (PR) Perlis.

“Saya jangkakan PRU13 kali ini akan menunjukkan perubahan lebih baik. Malah sokongan bukan Islam kini meningkat setelah mereka bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada,” katanya.

Dun Perlis terdiri daripada 15 kawasan Dun dan tiga kawasan Parlimen. Pada PRU 2008, BN menang 13 kerusi Dun dan Pas (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN.SH

Sabtu, 9 Februari 2013

Samseng Umno guna treler untuk halang ceramah Anwar


PAHANG 9 FEBRUARI: Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri kelahiran Datuk Seri Najib Razak, sekali lagi diganggu kumpulan samseng.

Rombongan yang dalam perjalanan ke tapak ceramah di Felda Bukit Kuantan, Pahang dihalang empat treler dan beberapa kereta yang merentangi jalan raya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Bendahari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang, Wan Mohd Zulkifly, berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 petang.

“Sekumpulan 70 samseng kemudian mengepung enam kenderaan kami. Lokasi kejadian hanya kira-kira satu kilometer dari lokasi ceramah.

“Hanya selepas 30 minit, tiga kenderaan termasuk satu yang membawa Anwar dapat lolos dengan bantuan beberapa penduduk kampung berdekatan.

“Alhamdullilah, tiada kejadian tidak diingini berlaku,” kata Penyelaras Jelajah Merdeka Rakyat Pahang itu.KD

Kenyataan Najib Ibarat Menuding Jari Pada Diri Sendiri

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS tidak pernah tidak menerima keputusan rakyat tetapi sikap itu selalu ditunjukkan BN.

"Semasa rakyat Perak menolak BN melalui pru 12, BN bertindak merampas Perak melalui pembelian wakil rakyat untuk merampas Perak kembali.

"Semasa rakyat Terengganu memilih PAS dalam pilihan raya 1999, BN yang rampas royalti minyak dari rakyat Terengganu.

"Jadi sebenarnya siapa yang tidak terima keputusan rakyat. BN atau PAS?" soal TG Abdul Hadi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu berikutan kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan media hari ini.

Dalam kenyataan itu Najib meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

Bagi Presiden PAS itu, sebelum Najib membuat kenyataan itu dia sepatutnya menilai dahulu tindakannya sebelum ini.

Ini kerana tindakan BN sebelum ini yang banyak menafikan hak rakyat untuk memilih.

Bagi beliau, tindakan BN menarik royalti minyak dari kerajaan negeri Terengganu selepas rakyat memilih PAS untuk mentadbir negeri itu dalam pilihan raya 1999 membukti sikap BN sebenarnya yang tidak boleh menerima keputusan rakyat.Hrkh

Foto Terbaik : Tok Guru Nik Aziz Dan Tukang Jahitnya


Tok Guru Nik Aziz sedang diukur saiz badan untuk dijahit pakaian di kedai Wan Ali Taylor selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu pagi tadi. Kedai ini merupakan antara kedai jahit kebiasaan Tok guru menempah pakaiannya sejak sekian lama ~ FB Tok Guru

Jumaat, 8 Februari 2013

Bendera Pas Dicabut dan Dibuang Dalam Anak Sungai


KUALA NERUS - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.

Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim.
 
Menurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir.

Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah.
 
"pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur),

"hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu.BO

Biadab !! Pengurus Felda mahu rampas pembesar suara di ceramah Pas

JERANTUT: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

“Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

“Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu,” katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

“Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....