Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 Oktober 2009

(Video)Hala tuju perjalanan Unit Usrah Pas Beris Pak Abu dan kepentingannya kepada Cawangan



Apa kata Naqib kami



Hasil dari Usrah,persaudaraan yang lebih erat.Hok baloh(bergaduh) pun keno sale he..he..



Aktiviti yang lahir dari Usrah.Untuk mengisi tabung Unit Usrah


Tahun ini genap 3 tahun Unit Usrah Pas Beris Pak Abu di tubuhkan.Di awal penubuhan dahulu ramai di kalangan kami yang tidak faham apa usrah dan berbagai rintangan terpaksa di harungi,maklumlah orang kg yang taraf pendidikannya sederhana sahaja.Tapi berkat usaha gigih naqib kami dan komited ahli ahlinya,nampaknya usrah kami semakin berkembang.Ada di kalangan unit usrah yang seangkatan dengan usrah kami seakan hidup segan mati tak mahu.
Tapi alhamdulillah Usrah kami masih bertahan dan jumlah ahli semakin bertambah.Tujuan usrah ini diadakan adalah untuk merapatkan persaudaraan antara ahli Pas di Cawangan ini serta menambahkan lagi pengetahuan yang mana ahli akan berkongsi pandangan antara satu sama lain.Di samping itu dalam persolan agama ianya boleh di rujuk pada Naqib kami.Usrah kami berjalan dalam empat sesi iaitu tahlil,pembacaan(Sirah Rasulullah),soal jawab dan isu semasa.Apa kepentingan usrah kepada Cawangan kami? Melalui unit usrah sekurang kurangnya kami dapat bejumpa seminggu sekali dan di sini segala persoalan tentang cawangan dapat di bincangkan(Semua AJK Pas Cawangan terlibat dengan Usrah).Di samping itu berbagai aktiviti yang kami jalankan adalah hasil dari perbincangan dalam usrah.Antaranya jamuan bulanan,ziarah orang sakit,tabung ibadat korban,kuliah maghrib,gotong royong bersih kampung,pengajian Al Quran,projek pengeluaran jongkong dan banyak lagi.Tanpa Usrah mungkin segala aktiviti ini tdak akan berjalan.Demi untuk merancak dan mengekalkan segala aktiviti ini kami akan berusaha mengekalkan unit usrah ini sebaik mungkin.Usrah ini adalah kejayaan bagi kami di Cawangan ini.Tanpa Usrah siapalah kami.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Anwar akui berlaku perselisihan faham antara Zaid dan Azmin

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perselisihan faham antara Naib Presiden PKR, Azmin Ali dengan Datuk Zaid Ibrahim bukan masalah besar kerana ia boleh terjadi kepada mana-mana pemimpin.

Menurutnya, beliau juga pernah berselisih faham dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain sebelum ini tetapi disebabkan komitmen tinggi terhadap rakyat, perkara ini boleh diselesaikan secara baik dengan berunding.

“Ini bukan konflik MCA, bukan konflik MIC mahupun peperangan dalam UMNO, perkara ini menjadi besar kerana digembar-gemburkan oleh media yang dikawal UMNO-Barisan Nasional (BN),” katanya kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Lembah Pantai di sini hari ini.

Katanya lagi, PKR sentiasa berpendirian bahawa mana-mana pemimpin pusat boleh datang ke majlis-majlis anjuran negeri atas pelawaan seperti mana beliau hadir ke rumah terbuka di mana-mana sahaja.

“Zaid boleh hadir ke mana-mana majlis atas pelawaan PKR negeri dan ini adalah pendirian kita,” katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menegaskan andaian sesetengah pihak yang berpendapat pemegang jawatan pengerusi negeri akan dilantik menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar adalah tidak betul kerana jawatan tersebut boleh berubah bila-bila masa.

“Kita beri tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk tentukan PKR negeri memilih siapa yang akan mengetuai PKR negeri Sabah.

“Perkara yang paling penting adalah penerimaan semua pihak dan bukannya popular di satu-satu tempat sahaja,” katanya.

Isu ini timbul apabila Azmin dikatakan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah berselindung di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadap Azmin, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah.

Sehubungan itu, Zaid telah membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan berkuat-kuasa serta-merta.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen turut menyifatkan UMNO melakukan pindaan perlembagaan parti semata-mata untuk kelangsungan hidup parti tersebut dan BN.

Menurutnya, ia dibuat untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO bersungguh-sungguh mahu membanteras politik wang sedangkan perkara lain seperti sistem kehakiman, polis dan media langsung tidak berubah.

“Walaupun mereka menukar polisi dan agenda parti mereka, bagaimana pula dengan sistem-sistem yang dikawal oleh UMNO-BN, semua ketua adalah dari muka-muka lama, contohnya seperti Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) yang dilantik semula, jadi perubahan apa yang mereka cakapkan?

“Oleh itu mereka sanggup buat apa sahaja demi kelangsungan hidup UMNO, kelangsungan hidup pemimpin-pemimpin UMNO dan memanjangkan sedikit riwayat hidup mereka,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan UMNO sanggup melakukan perubahan tersebut kerana perjuangan rakyat yang dibawa oleh PKR dan PR selama ini telah menggerunkan mereka.

“Antara ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat, saya berdiri di sebelah ketuanan rakyat kerana perjuangan ini lebih besar maknanya.

“UMNO harus faham dan PR juga harus memahami konsep ini kerana sekiranya kita mahu menang, inilah perjuangan yang kita harus bawa,” katanya.

Ditanya sama ada PKR turut melakukan pindaan terhadap parti, Anwar menjawab PKR selama ini jauh lebih telus dari UMNO tetapi sedikit pengubahsuaian harus dilakukan.

“Kita akan ubah sedikit, isunya ialah korupsi, adakah mereka (UMNO) serius untuk membanteras korupsi seperti kita, sudah tentu tidak,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, tujuh pindaan perlembagaan parti telah diluluskan untuk mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan UMNO sebuah parti yang benar-benar bersih.SH

Pas yakin mampu pertahankan Kedah


ALOR SETAR, 18 Okt: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa Pakatan Rakyat(PR) tidak akan tergugat dengan pindaan perlembagaan Umno.

Menurut beliau lagi, Umno boleh bercakap apa sahaja yang mereka inginkan, tetapi PR akan tetap mempertahankan negeri ini daripada dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya pilihan raya umum nanti kita dapat tahu jawapan yang sebenarnya siapa yang rakyat inginkan untuk menjadi kerajaan. PR tidak berasa tergugat dengan pindaan perlembagaan yang dibuat oleh Umno baru-baru ini. Itu adalah urusan rumah tangga mereka, kita tidak mahu mencampuri hal ini," katanya.

Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata jika Umno mahu merampas kerajaan negeri yang ada di negeri Kedah daripada PR dengan pelbagai cara mereka maka PR juga sudah pasti mempunyai strategi untuk mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan Umno dan BN.

Umno baru-baru ini telah mengadakan perhimpunan Agong khas parti tersebut bagi meminda perlembagaan parti.

Namun begitu tindakan tersebut dilihat sebagai satu usaha terdesak parti tersebut untuk meraih semula sokongan daripada rakyat yang mulai terhakis selepas berlakunya tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Mengikut pecahan kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah, BN mempunyai 14 kerusi manakala PR 21 kerusi dan Bebas 1 kerusi setelah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun Bebas. _harakahdaily

Jika ingin berubah Umno perlu terima Islam-Tok Guru Nik Aziz


BACHOK - Perubahan yang ingin dibuat kepimpinan UMNO hanya retorik sekiranya dilakukan tanpa berlandaskan ajaran Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perubahan UMNO hanya diiktiraf sekiranya parti tersebut melakukan perubahan dasar dengan mengamalkan pendekatan ajaran Islam.

“Kalau UMNO mahu berubah, dia mesti berubah secara Islam, kerana Islam dari langit. Kalau manusia boleh terima, kenapa Melayu (UMNO) tidak boleh terima?” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Hari Keluarga Halaqat Peringkat Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika me-ngulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan UMNO melakukan perubahan secepat mungkin agar kesediaannya untuk berubah dapat dilihat oleh orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

Ditanya adakah beliau yakin UMNO akan kembali diterima rakyat di bawah pentadbiran Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nik Abdul Aziz berkata, orang Melayu yang cerdik tidak akan menerima selain daripada Islam.

"Selagi Melayu cerdik, dia tidak akan terima selain daripada Islam. Kalau terima selain daripada Islam, dia berfikiran pendek.

“Kalau UMNO nak berubah, tukar dari ‘United Malay’ kepada ’United Muslim'. Biar dia sedar, hidup atas dunia ini sementara, syurga hanya Islam dan bukan kepada bangsa apa sekali pun,” katanya.

Sementara itu, Nik Aziz enggan mengulas mengenai tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan bercuti selama enam bulan daripada Parti Keadilan Rak�yat (PKR) kerana urusan peribadi. SH

Pas untuk semua,penyokong Umno turut sama



HULU TERENGGANU – Dasar ’Memasyarakatkan PAS’ dengan program ’PAS Untuk Semua’ (PAS For all) telah membuahkan hasil, menjadikan PAS sebuah parti politik yang digeruni oleh lawannya, UMNO dan Barisan Nasional.

Bermula dengan konsep ’engagement’ atau ’pertautan’ PAS dengan pelbagai pihak, hasil dari perlaksanaan polisi tersebut mula dikecapi dan berjaya membawa PAS ke pentas politik arus perdana.


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hasil dari perlaksanaan dasar tersebut, PAS kini mendapat sokongan pelbagai golongan termasuk dikalangan terpelajar, samada di kawasan bandar atau di pinggir bandar.


”Kejayaan itu (memasyarakatkan PAS) bukan sahaja melalui ucapan, bahkan melalui kenyataan, diantaranya kita telah berjaya menarik khususnya golongan terpelajar,

”majoriti kalangan terpelajar menyokong PAS dan bersama-sama PAS, ini dapat dilihat bagaimana pengaruh PAS berkembang di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar,”katanya ketika menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas menyampaikan Ucaputama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, di markaz Tarbiyah Kubang Lembek, disini semalam.

Selain itu, program ’PAS For All’ juga, katanya, telah berjaya memecahkan tembok pemisah di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam di negara ini.

”Kita bukan sahaja ke (pada) tahap mengadakan kerjasama dengan parti-parti (politik) yang bukan Islam, dalam masa yang sama kita telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS, yang disertai oleh orang bukan Islam,”ujarnya.

Katanya, ahli-ahli Kelab Penyokong PAS telah menunjukkan komitmen, bukan setakat menyatakan sokongan, bahkan membuktikan kesungguhan mereka dengan ’turun padang’ dalam kerja-kerja pilihanraya sebelum ini.

Oleh itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, untuk meneruskan ’lonjakan’ ekoran kejayaan penubuhan Kelab dan sebagai satu pengiktirafan kepada mereka, PAS akan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS menjadi ’sayap baru’ dalam organisasinya.

Namun, persoalan samada ahli-ahli Kelab Penyokong akan dipilih mewakili PAS menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya ke 13, beliau menjawab; ia adalah bergantung kepada keperluan keatas perkara tersebut pada masa akan datang.

”Kita (PAS) tidak gopoh (membuat keputusan) atas perkara ini kerana kita masih lagi bersama Pakatan Rakyat yang juga sudah mempunyai calon-calon bukan Islam,

”peringkat (perkara) mencalonkan (ahli Kelab Penyokong) akan dilihat dari segi keperluan pada masa akan datang,”jelasnya.

Mengungkap kejayaan memasyarakatkan PAS, beliau membawa contoh, sokongan terhadap usaha PAS diukur melalui majlis-majlis masyarakat yang mendapat sambutan, malah turut disertai oleh penyokong parti lawan.

”Majlis-majlis masyarakat yang kita (PAS) anjur disertai oleh orang-orang UMNO sendiri, contohnya kerja-kerja kebajikan yang kita buat, kerana kita tidak melakukan (dan) mengamalkan diskriminasi (membezakan antara PAS dan UMNO),”tambahnya.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....