Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Jun 2010

Dr Asri tak jadi masuk Umno esok

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.
“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.
Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.
“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu.
The Malaysian Insider juga difahamkan penyertaan ke dalam Umno melibatkan sekumpulan 50 yang lain, yang terdiri daripada cendekiawan agama dan ulama akan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini.
“Walaupun Dr Asri tidak masuk Umno, sebagaimana saya katakan sebelum ini, sekitar 50 orang akan menyertai Umno esok... di mana kami akan menyerahkan borang permohonan esok,” kata sumber itu.

Isu JI gimik politik Umno-Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 24 Jun: Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan.

Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

“Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Agamawan Sertai Umno Jejas Institusi Ulama


Penyertaan golongan agamawan dalam gagasan Umno-Barisan Nasional hanya akan menjejaskan integriti institusi ulama tanahair.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali(gambar)berkata rakyat tidak mungkin menerima persekongkolan golongan cerdik pandai dan agamawan dengan parti yang mempertahankan politik rasis, rasuah dan judi sukan sebagai gaya hidup.

Beliau berkata demikian mengulas spekulasi adanya usaha untuk menarik bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abdin ke dalam Umno.

“Ianya tidak menjejaskan Pakatan Rakyat, sebenarnya ia akan menjejaskan institusi ulamak dan tokoh-tokoh agama itu sendiri sebab persepsi umum khususnya termasuk orang-orang Melayu, kita tidak memahami bagaimana tokoh agama boleh menyertai sebuah parti yang sudah rosak yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata saf ulama Umno yang berdiam seribu bahasa ketika negara dihadapkan dengan isu rasuah, judi sukan dan Apco Worldwide adalah bukti jelas golongan agamawan dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

“Lihat saja dalam kes pertaruhan bola sepak, mana mufti yang telah membuat kenyataan terbuka menegur pimpinan sedia ada, di mana tokoh-tokoh agama yang membuat kenyataan terbuka ini amat menyinggungkan perasaan umat Islam kerana kita mengharapkan ulamak dan tokoh-tokoh agama ini dapat memainkan peranan yang penting bukan soal diri mereka di dalam politik,” katanya.TVS

Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf


KUALA LUMPUR, 24 Jun: PAS menuntut kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zamihan Mat Zin, meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad(gambar)berkata pihak polis perlulah melengkapkan siasatan sebelum tuduhan sebegitu dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.
PAS, katanya tidak mahu imej polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional.
“PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Video : Tok Guru Kami Bukan Pengganas



ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....