Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 31 Mac 2013

PRU 13 : Datuk Fauzi Sah Bertanding Di Parlimen Indera Mahkota

KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.

Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.

Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.

Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar.

“Saya ambil kesempatan ini untuk umumkan, Paya Besar calon kerusi Parlimen dari KEADILAN. Di Paya Besar, kita tonjolkan orang yang ada kebolehan, rekod baik, layak dan berani.

“Calon ini seorang tokoh muda, profesional yang punya kelayakan tapi ada akar umbi kepada perjuangan rakyat,” katanya sebelum mengumumkan Murnie yang kemudian naik ke pentas.

Kata Anwar, pemilihan Murnie dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai peringkat parti.KD

Video : Panas !!! Debat Ahli Pas Dengan Adun Umno




Debat secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.

Empat orang ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru Nik Aziz berkaitan BR1M.

Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan pemimpin Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini ~ Tinta Hijau DKB

Sabtu, 30 Mac 2013

Takziah !! Dua anak dan seorang cucu bekas Adun PAS mati lemas


KUALA TERENGGANU: Tragedi malang menimpa ahli keluarga bekas wakil rakyat PAS, Ustaz Mohd @ Harun Jusoh, apabila dua anak dan seorang cucunya disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam di Pantai Pandak Chendering Kuala Terengganu ketika program perkelahan keluarga sempena cuti persekolahan.

Beliau yang menjadi Adun Bandar pada PRU 1990 menyifatkan kejadian mati lemas melibat dua anak serta seorang cucunya itu sebagai takdir dengan kehendak Allah SWT.

Sebelum itu, katanya sempena berbaki musim cuti persekolahan semua ahli keluarga yang berada di luar Terengganu balik bercuti di Kampung Kuala Ibai.

“Saya pun tak sangka, kami keluarga anak-beranak berkumpul cuti sekolah yang berada di luar Terengganu pun balik, kami semua gembiralah dengan anak-cucu yang ramai ini.

“Tapi…hari ini, semua dengan kehendak takdir Allah Taala, Tuhan ambil dua orang anak saya dan seorang cucu, saya redha, sudah sampai masa-Nya,” ujarnya dengan hiba.
Beliau yang juga Ketua Keselamatan PAS Terengganu menambah, tragedi lemas itu bermula dari salah seorang cucunya yang dibawa arus deras dan anak-anak yang lain cuba membantu.

Harakahdaily dimaklumkan, mangsa yang meninggal dunia ialah Saifuddin Mohd @ Harun, 49, adiknya, Mohd Hafiedz, 32 dan Adam Daniel Mohd Hafiedz, 7, manakala dua orang lagi menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Adam Daniel dilaporkan lemas ketika sedang mandi di pantai berkenaan sebelum bapa dan bapa saudaranya itu cuba menyelamatkan mangsa namun usaha itu gagal dan mereka turut mengalami kesulitan di air.

Jumaat, 29 Mac 2013

PRU 13 : Dr Wan Azizah Bertanding Di Dun Selangor ?

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi bayangan kemungkinan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurutnya, keputusan itu belum diputuskan parti memandangkan pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki.

Beliau ditemui di Shah Alam selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan waris wira negara yang terkorban di Lahad Datu, Sabah ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di DUN pada PRU kali ini.

Wan Azizah yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ditanya mengenai perkara itu.

“Saya layak untuk bertanding DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan tidak formal, tapi untuk kerusi Parlimen tidak,” katanya.“Di kawasan mana untuk bertanding kita kena buat perbincangan,” jelas beliau.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini menyatakan berhak memilih mana-mana DUN untuk bertanding, tetapi keputusan masih terletak kepada kuasa parti.

Pada PRU 2008, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon BN, Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu. – NS

Khamis, 28 Mac 2013

Gambar : Treler Jelajah Berkebajikan Pas Ditahan Polis




PRU 13 : Khalid Samad Sedia Berdepan Dengan Hasan Ali Di Shah Alam

 Mungkinkah mereka bakal bertembung di Parlimen Shah Alam pada PRU 13 ?

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad mengalu-alukan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya beliau yakin mampu mendapat sokongan pengundi.

Malah katanya, keputusan sama ada Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor untuk bertanding di kerusi berkenaan atau tidak juga boleh menjadi kayu ukur bagi membuktikan kekuatan sokongan yang diuarkan-uarkannya sebelum ini.

"Kalau beliau kuat datanglah (bertanding) di Shah Alam. Itu hak beliau untuk bertanding di mana sekalipun," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Hasan yang mendakwa menerima saranan daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan ulama PAS agar bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam.

Bagaimanapun Hasan yang kini Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding pada PRU akan datang ataupun tidak termasuk status kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Khalid bagaimanapun sangsi dengan hasrat Hasan untuk bertanding di Shah Alam terutama sekali berhubung parti yang akan diwakilinya nanti.

"Saya pun tak tahu beliau nak bertanding wakili parti mana. Adakah BN (Barisan Nasional) nak bagi peluang kepadanya? Saya rasa beliau kena tanya Ketua Umno Bahagian Shah Alam dahulu untuk mendapatkan restu.

Video : Samseng Umno Lari Lintang Pukang Dikejar Penyokong PKR



Video yang telah dimuatnaik oleh macai UMNO/BN Sabah yang memaparkan aksi samseng upahan UMNo/BN itu yang datang dengan besi dan parang yang dibungkus dengan surat khabar dan sebagainya..

dalam insiden yang berlaku hari Ahad lalu di Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah ini sekumpulan kira-kira 20 Samseng UMNO cuba menyerang sebuah bas dan sebuah van yang diletakkan di hadapan bangunan tersebut.

Menurut beberapa saksi kejadian yang ditemui menyatakan samseng berkenaan mula membuat bising di perkarangan pusat konvensyen itu selain membunyikan hon untuk mengganggu majlis yang diadakan di dalam.

Malangnya macai-macai UMNO/BN cuba memutar belitkan cerita, kononnya ahli PKR yang ada disitu pada ketika itu telah menyerang remaja-remaja tersebut menggunakan Parang dan Besi..

Tetapi mereka telah lari lintang pukang dikejar Ahli-ahli PKR yang berada ditempat kejadian.Sumber

Rabu, 27 Mac 2013

Video : Lagi samseng Umno buat kecoh depan pejabat PKR




PETALING JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.

Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

“Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).“Lepas selesai menjerit, terus mereka balik,” katanya ketika dihubungi.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat saman Utusan RM20 juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas   Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

“Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai 'telah memperleceh' Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu,” kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.“Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat,” tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.TMI

Treler jelajah PAS dihalang ke program di Kamunting

TAIPING: Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting malam tadi.

Pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.

Kamunting merupakan lokasi ketiga bagi program jelajah treler negara berkebajikan PAS di Perak.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kamunting, Mohd Saad Ismail yang ditemui memberitahu beliau mendaqpat maklumat bahawa kunci treler dan juga kenderaan pacuan empat roda yang mengirinta akan dirampas kunci jika memasuki kawasan tersebut.

"Dari sumber dalam yang saya perolehi sebentar tadi ada pihak yang akan merampas kunci treler dan juga kenderaan jika ia memasuki kawasan berhampiran ceramah.

"Terdapat lebih kurang lima puluh anggota polis yang berada di kawasan tersebut dan tiga sekatan jalan dilakukan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman juga ada memaklumkan agar tidak meneruskan program di Kamunting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Konvoi jelajah berhenti di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana sebelum berpatah balik ke Changkat Jering.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang juga turut berada di lokasi tersebut berasa kesal dengan halangan tersebut.

Malah menurut beliau, program malam ini hanya berbentuk santai yang dipenuhi dengan persembahan dikir barat dan juga ucapan oleh penggiat seni.

"Saya kesal dengan tindakan tidak profesional menghalang konvoi jelajah ini.

"Kenapa perlu mereka takut, program kita malam ini hanya berbentuk hiburan bukannya program ceramah sepertimana sebelum ini," jelasnya.

Ekoran halangan itu treler jelajah meneruskan perjalanan ke Changkat Jering dengan diiringi pasukan keselamatan dari Unit Amal.Hrkh

Selasa, 26 Mac 2013

Anwar Perjelas Pertemuannya Dengan Nur Misuari

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.

“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia

  Dr Muhammad Uthman El-Muhammady,70, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Persiaran Duta, Kuala Lumpur pada malam Isnin. Kelihatan beberapa keluarga terdekat menziarahinya

KUALA LUMPUR:Tokoh Maal Hijrah 2005, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady,70, (gambar kiri) meninggal mengejut di kediamanya di Persiaran Duta di sini petang Isnin.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.

Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.

Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.

Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM).Mstar

Pencerobohan Sulu bangkitkan kemarahan penduduk Sabah terhadap Projek IC

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah “Projek IC” dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu.

Bagi komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), kategori etnik terbesar di “negeri deposit tetap” BN, pemberontak bersenjata Sulu mudah masuk ke Sabah kerana kebanjiran warga asing telah berlaku berdekad lalu di bawah inisiatif pada tahun 1980an.

Mereka percaya kumpulan militan dari Sulu di selatan Filipina berjaya menyusun serangan kerana ramai simpatisan kumpulan itu dan ahli keluarga sememangnya menetap di negeri Borneo tersebut, disebabkan oleh “Projek IC”.

“Ini adalah ibu kepada semua masalah di Sabah. Ia telah lama menjadi ibu kepada segala masalah. Rakyat tahu tentang itu. Semua orang tahu tentang itu,” kata pemimpin KDM Denis Gimpah kepada The Malaysian Insider semalam.

“Akan tetapi disebabkan oleh kuasa dan wang, dan survival politik, pendatang ini diterima. Sekarang, kita pelajari dengan jalan susah mengapa ini tidak seharusnya dibenarkan, mengapa ianya seharusnya dihentikan.”

Sekumpulan 200 militan bersenjata yang mendakwa diri mereka “tentera Di Raja” Kesultanan Sulu mendarat tanpa sebarang masalah di Lahad Datu pada 9 Febuari untuk menuntut Sabah, melalui 40 minit jalan laut yang tidak dikawal ketat di antara selatan Filipina dan utara Sabah.

Kehadiran mereka telah menyebabkan 80 kematian, termasuk lapan anggota polis dan dua anggota tentera, memaksa penduduk kampung keluar dari rumah mereka di kawasan pendalaman tersebut. Putrajaya telah mengisytiharkan kawasanitu sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan tersebut.

Gimpah, bekas orang BN mengatakan orang yang tinggal, kemusnahan alam sekitar dan kehilangan rumah akibat daripada pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan militan di Lahad Datu telah mengecewakan penduduk asal Sabah.

“Kami takut. Kami kecewa. Apa lagi yang kami patut rasakan? Keselamatan kami, kedaulatan kami musnah. Tanya mana-mana KDM.. mereka akan berutahu kamu perkara sama,” kata Gimpah.

Isnin, 25 Mac 2013

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Ziarah Anggota Keselamatan Yang Cedera Di Lahad Datu




Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam

KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Selepas Lumut Anwar Dipelawa Bertanding Di Tambun

BAGAN SERAI - Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tingi.

Menurutnya, pertembungan Anwar dengan Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka lebih menarik, ditambah spekulasi Ahmad Husni bakal dilantik sebagai Menteri Besar Perak sekiranya BN mengekalkan pemerintahan di negeri ini.

"Bagi kami, Anwar harus diletak di kawasan 50-50 yang bakal ditandingi pemimpin BN gred A seperti Ahmad Husni, bagi membuktikan bertapa serius kepimpinan PR menggalas misi menawan Putrajaya.

"Kekalahan Ahmad Husni dan BN di kerusi Parlimen Tambun bukan hanya menggugat politik BN untuk jangka masa panjang, malah peluang BN untuk bangkit dijangka semakin sukar kerana mereka ketandusan pemimpin berpengaruh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah beliau, Anwar harus mencontohi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang membuat keputusan mengejut untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, sekali gus memberi tonik semangat kepada pemimpin PR di Johor.

Katanya, perbezaan majoriti undi tinggi di Parlimen Tambun tidak wajar dijadikan ukuran peluang kemenangan Anwar, sebaliknya gelombang perubahan yang tersebar dalam kalangan rakyat perlu dijadikan indikator utama.

"Kepimpinan PR harus ambil risiko dengan meletakkan pemimpin berpengaruh di kawasan 50-50 atau kerusi panas demi meningkatkan peluang memenangi lebih banyak kerusi Parlimen. Kami yakin gelombang perubahan dibawa PR akan lebih kukuh jika setiap negeri ambil pendekatan berkenaan.

"Langkah itu akan meningkatkan moral perjuangan akar umbi menjelang PRU. Kita harus buktikan PR bersikap 'gentleman' dengan tidak meletakkan pemimpin utama bertanding di kerusi selamat seperti BN," katanya.

Ahad, 24 Mac 2013

Terbaik !! Foto Lama Pemimpin Pas


Terbaik !! foto lama pemimpin Pas.Ada antara mereka yang masih hidup dan telah meninggal dunia.Antara yang aku kenal kalau tak silap dari kanan : Tok Guru Nik Aziz, sebelah beliau Ust Umar Mohammad ( Adun Perupok Bachok ), Tok Guru Hj Hadi,Allayarham Us Fadhil Nor dan Ustaz Rusdi Arif ( Bekas Pesuruhjaya Pas Pahang ) . Belakang Tok Guru Nik Aziz, berkopiah dan baju melayu berkilat: Allahyarham Ust Wan Jamil (bekas YDP Pas Tumpat, Kelantan) ~ Tinta Hijau DKB

Anwar tidak kisah dilabel ejen

RAWANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bimbang diserang atau dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk sebagai ejen pihak-pihak tertentu, sebaliknya bertekad untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi rakyat.

Ketua Pembangkang ini mendakwa banyak dikaitkan dengan perkara tidak sihat seperti ‘kaki liwat’, ejen Israel dan Amerika, terbaru dikaitkan mempunyai kaitan dengan keganasan di Lahad Datu.

Anwar berkata, matlamatnya adalah mengubah struktur politik dan mengubah sistem media negara yang disifatkan dikongkong oleh segelintir pihak.

Menurutnya, selepas PR menawan Putrajaya, pihaknya tidak akan membalas dendam ke atas individu yang menjatuhkannya.

“Saya dah maafkan mereka, walaupun hati marah tetapi tidak akan membalas dendam dan menyalah guna kuasa.

“Saya mahu menang kerana dikasihi rakyat seterusnya kemenangan itu diberkati tanpa perlu mengaibkan orang lain,” kata beliau di hadapan 2,000 penyokong PR yang hadir di ceramah jelajah merdeka rakyat di Bandar Tasik Puteri, malam tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memberitahu bahawa beliau berjanji untuk menghapuskan sistem kroni termasuk pemberian kontrak mega ke atas pihak keluarga dan saudara terdekat yang diamalkan oleh kerajaan sedia ada.

“Agihan kontrak akan diberikan sama adil kepada yang benar-benar layak, bukan lagi kepada pihak tertentu yang mengaut keuntungan berbilion ringgit sedangkan rakyat lain masih ditahap susah.

“Tiada lagi politik perkauman dan semua pihak berhak bersuara, tidak salah membela orang Melayu tetapi jangan pertikai pandangan kaum lain,” katanya.

Dalam siri ceramah itu, beliau turut mengulangi janjinya untuk menurunkan harga minyak, hapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan pemansuhan sistem tol secara berperingkat.

Anwar yakin kesemua perkara itu mampu dilaksanakan sekiranya kerajaan mengamalkan sistem telus dan mengatasi masalah rasuah serta salah guna kuasa yang menyebabkan banyak wang rakyat hilang.

Beliau menyeru rakyat supaya memberikan peluang kepada PR untuk membuat perubahan dalam sistem pentadbiran ke arah yang lebih baik.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut diumumkan kekal sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Selayang.SH

Video : 31 Ahli Dan Aktivis Umno Besut Sertai Pa




BESUT - Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Bekas Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi) 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam ini, Sabtu 23 Mac.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat.BO

Sabtu, 23 Mac 2013

Foto Terbaik Dan Paling Sempoi Dari Seorang Pemimpin Pas

Sumber Foto : FB

Terbaik dan sempoi !! Bekas MB Perak yang juga Tim. Pesuruhjaya Pas Perak YB Nizar sedang mengisi minyak.Sederhana,motor kapcai je.Tapi yang menariknya plat motor bermula dengan BN he..he..he..

Foto kat bawah ni pulak kenangan aku dan rakan rakan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut bersama YB Nizar semasa beliau hadir ke Besut tak berapa lama dulu  ~ Tinta Hijau DKB




Utusan Bantu Dedah Wajah Sebenar Papagomo

 Gampar Papagomo terpampang megah di muka depan Utusan

Media lidah biawak rasmi UMNO Utusan Malaysia, terbitan semalam dimuka depan telah memaparkan wajah siapa dia Papagomo @ Wan Muhammad Azri Wan Deris atas tajuk "ANWAR SAMAN PAPAGOMO"

Pergh!!! jadi tidak bolehlah papagomo nak menidakkan yang wajah itu bukan rupa dia yang sebenar. Kalau dah Utusan pun tolong bantu sahkan sudah pasti itu memang papagomo.. 

Jadi dalam perbicaraan saman sivil RM100juta nanti, tidak bolehlah lagi papagomo nak gunakan alasan penakut yang blog papagomo itu bukan milik dan dikawalan beliau.

Kiranya Utusan telah membantu peguam DSAI dealam mengenal pasti dan mengecak siapa tuan punya blog kaki fitnah paling terunggul didunia yang menjadi sanjuga dan pujaan UMNO.

Terima Kasih Utusan Malaysia kerana awal-awal dah beli insuran.Mungkin utusan dah terhidu yang UMNO bakal tersungkur lebur pada PRU 13 nanti.Omakkau

Jumaat, 22 Mac 2013

Foto Terbaik : Ust Azhar Idrus Menyantuni Tok Guru Nik Aziz


Sumber Foto : FB UKMB

 Terbaik !! Cetusan rasa kasih dan penghormatan yang tinggi ditunjukkan Ust Azhar terhadap Tok Guru Nik Aziz.Keduanya hadir dalam majlis Kuliah Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Gabungan kedua tokoh ini berjaya menarik puluhan ribu rakyat Kelantan yang cintakan ilmu agama DISINI ~ Tinta Hijau DKB

Krisis Air Di Negeri Najib !!!

 Penduduk berdemo di hadapan Loji Air Kampung New Zealand

MARAN: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka.

Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk semalam tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu.

“Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk

“Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan.

“Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa,” keluhnya.

Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna.

Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.

“Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.

“Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah.

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu




Khamis, 21 Mac 2013

Adun Pas menang saman RM150 ribu ke atas RTM

 Mohd Nasir memegang keputusan penghakiman di luar Mahkamah Tinggi - Foto Md Izwan

ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.

Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan “Titik Sentuhan” yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.TMI

Anwar fail saman Papa Gomo RM100 juta

KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.

Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.

Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.

Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.KD

Rabu, 20 Mac 2013

Video & Gambar : Demo ' R ' Terengganu Di Depan Wisma Darul Iman





PRU 13 : Anwar Bakal Bertanding DI Perak ?

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu.

"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar turut mengumumkan lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak.

Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar).SH

Selasa, 19 Mac 2013

Fitnah : Anwar Saman Blogger Pro Umno RM 100 Juta

PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papa Gomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengah hari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo dalam tuntutan itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.

“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini.

Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.“Penyebaran gambar dan video lucah itu seolah-olah menjadi budaya politik kotor yang sering dilakukan Umno dan blogger mereka.

“Hari ini kita menghantar surat tuntutan kepada beliau,” kata Surendran.Dalam tuntutan itu, Papa Gomo dikehendaki menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari ini, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

“Tuntutan saman itu dikenakan berikutan hubungan rapat antara Umno dengan blogger tersebut,” jelas Surendran.
Surendran mendakwa, Papa Gomo mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, blogger berkenaan turut mendapat kebenaran akses khas terhadap kapal selam Scorpene KD Tun Razak ketika tercetus kontroversi antara BN dan Pakatan Rakyat berkaitan keupayaan kapal selam berkenaan.
“‘Tangan ghaib’ Umno jelas terlibat di sebalik serangan terbaru yang jijik dan kotor ini bertujuan memburukkan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat.
“Pergantungan Umno kepada budaya politik kotor dan blogger yang diragui menonjolkan keruntuhan moral dan etika. Ia membuktikan Umno BN tidak layak untuk terus memerintah dan mentadbir negara,” tambah Surendran.

PRU 13 : DS Nzar Sah Bertanding Di Dun Changkat Jering

IPOH – Teka-teki mengenai calon Dun Changkat Jering pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah bertanding di kerusi Dun berkenaan.

Pengumuman yang dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Markas Pas Ayer Kuning malam tadi itu sekali gus menamatkan spekulasi tentang parti yang akan mewakili Dun berkenaan.

Polemik pencalonan Mohammad Nizar muncul sejak bulan Jun ta lalu ia ditimbulkan beberapa laman blog tempatan  yang mencadangkan Adun Pasir Panjang itu bertanding di Dun Changkat Jering.

Pada Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon Pas di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Kemudiannya, Mohammad Nizar yang ditanya mengenai pengumuman itu menganggap ia sebagai tindakan nakal Pemuda Pas Perak.

Berdasarkan rekod, kerusi Dun Changkat Jering sehingga 2004 diwakili oleh Pas. Bagaimanapun pada tahun 2008, Pas memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan menang menewaskan calon Umno.

Malangnya, pada 2009, penyandangnya, Kapten (B) Mohd Osman Jailu bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN) bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong.

Disebabkan tindakan itu, kerajaan negeri yang dibentuk Pakatan Rakyat (PR) ketika itu hilang majoriti dan diambil alih oleh BN sehingga sekarang.SH

Isnin, 18 Mac 2013

Penjelasan Dr Asri Sebab Beliau Enggan Bertanding Pada PRU 13

 KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada.

“Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang,” kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online

Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan “menegur” pemimpin kerajaan yang memerintah.

“Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis,” katanya lagi.

Asri sejak 2010 dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya, namun desas-desus itu masih tidak jelas parti politik mana yang akan menjadi pilihannya.

Selain Asri, tokoh agama lain yang turut disebut akan bertanding pilihan raya adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Kedua-dua tokoh agama ini mula menjadi rebutan parti politik kerajaan dan pembangkang untuk bertanding di bawah lambang bendera mereka bagi menarik sokongan pengundi.

Juanda juga bagaimanapun masih lagi belum menamakan mana-mana parti yang menjadi pilihan untuk beliau wakili dalam pilihan raya akan datang.TMI

Pengerusi dan AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS


BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.)

Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan.

Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini.

Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan.Hrkh

Ahad, 17 Mac 2013

Video : Penyanyi Thrash Metal Terkenal Sertai Pas

Tajul menyerahkan borang menyertai Pas kepada Hj Muhamad Sabu



KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal terkenal  tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.

Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio sertai Pas

 Ustaz Zamri berucap pada majlis ceramah malam tadi

GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.Hrkh

DS Anwar Mengulas Fitnah Terbaru Keatasnya

 Kantoi !! Saksikan perbezaan lelaki yang didakwa Anwar dalam fitnah I dan fitnah II.Untuk besarkan KLIK IMEJ

KUALA LUMPUR, 16 Mac  — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay.

"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya."Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut.

Anwar disamping itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar pada Khamis lalu."Selepas ini confirm keluar video pula," sindir Anwar.TMI

PAS Akan Bertanding 76 Kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU - Seluruh Malaysia sedang mengalami perubahan dimana orang-orang muda, orang-orang terpelajar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pegawai-pegawai polis dan tentera, termasuk bukan Islam dan bukan Melayu telah mezahirkan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Namun begitu, PAS rasa hairan dan pelik apabila sesetengah orang Melayu termakan dengan hasutan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa kononnya DAP akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dakwaan tersebut dibuat termasuk di negeri Terengganu sedangkan DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi samada di peringkat parlimen atau pun dewan undangan negeri.

"dia (Umno-BN) kata pula, kalau sekiranya Pakatan Rakyat menang Malaysia akan diperintah leh DAP, termauk Terengganu ni juga.....paa hal DAP tidak bertanding satu kerusi pun di Terengganu......nak memerintah lagu mana?,

"dia (sesetengah rang Melayu) boleh percaya........hok jenis ikan dukang ni......,"ujarnya.

Sebelum itu, beliau yang berucap dalam Majlis Penerangan dan Amanat Khas PRU-13 di Cabang Tiga dekat sini pada Rabu 13 Mac menyeru supaya para pengundi mengikut resmi ikan seluang yang cerdik dan hanya makan umpan, tetapi tidak memakan mata kail dan terselamat.

Katanya, jangan jadi seperti ikan Dukang, yang nampak bekeng' dan cerdik tetapi tidak cerdik dan 'makan tahi' serta makan apa umpan sekaligus dengan mata kail.

Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu menegaskan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Jumlah itu, katanya, melebihi satu pertiga daripada keseuruhan jumlah kerusi parlimen Malaysia.
"kerusi parlimen di seluruh Malysia (ada) 222 kerusi, daripada (jumlah itu) saya nak beritahu malam ni, InsyaAllah PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi daripada 222 kerusi, (jumlah) satu pertiga daripadanya adalah 74 (kerusi),

Sabtu, 16 Mac 2013

Fato Terbaik DS Anwar Ibrahim Sekeluarga


Keluarga bahagia,Aku jumpa gambar ni kat FB.Terbaik,gambar lama DS Anwar dan keluarganya.Perhatikan Nurul Izzah kat tengah tu masih kanak kanak lagi.

Masa gambar ni dirakam DS Anwar masih dalam Umno lagi kot.Tahniah DS Anwar,keluarga yang sentiasa teguh di belakang baik ketika senang mahu pun susah.

Apa apa pun Lawan Tetap Lawan,Asal Bukan Umno.Semoga Allah SWT lindungi keluarga ini dari segala bentuk fitnah ~ Tinta Hijau DKB

Menarik !! Foto Terbaik Dari Anggota Tentera Yang Bertugas Di Lahad Datu

Foto Bernama

Anggota tentera menunaikan solat berjemaah ketika menjalankan Ops Daulat di Kampung Sungai Nyamuk Lahad Datu.

Di sini Tinta Hijau DKB ingin merakamkan jutaan tahniah buat anggota tentera terbabit.Kita disini walaupun dalam keadaan senang lenang belum tentu mampu bersolat berjemaah.

Tapi mereka mampu melakukannya walaupun berada di zon perang.Doakan semoga perjuangan mereka diberkati Allah SWT ~ Tinta Hijau DKB

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....