Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 29 November 2010
Video : Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat
SHAH ALAM, 29 NOV - Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat berlangsung hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Rakyat berkongsi pandangan mereka dalam usaha memantapkan usaha dan kerjasama bagi menentukan gabungan berkenaan di landasan yang mantap bersedia terutama bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, persidangan kali kedua ini juga merupakan medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, kebertangungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik.
Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7, Shah Alam.
"Saya anggap perjumpaan kali ini sangat positif kerana ini akan memberi peluang kepada ketua-ketua menteri dan juga ahli-ahli exco untuk berkongsi maklumat dan panduan dalam usaha luntuk mencari jalan bagaimana usaha kita dapat dipertingkatkan," katanya lagi.
Menurut Khalid, persidangan ini juga merupakan landasan bagi ke empat-empat pemimpin pakatan rakyat membincangkan persoalan dasar, strategi dan program yang dilaksanakan disetiap negeri agar dapat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak.
Khalid berkata,negeri-negeri Pakatan Rakyat menghadapi pelbagai cabaran selama tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha reformasi pentadbiran negeri.
Tambah Khalid, persidangan kali ini juga dibuat bagi membincangkan persediaan negeri menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.TVS
Raja Arab Saudi Minta AS Serang Iran ??
Sebelum ini Wikileaks mendedahkan kekejaman tentera US di Iraq serta pelbagai salah laku yang mendapat kecaman dunia. Kali ini tambah memeranjatkan apabila Wikileaks mendedahkan dokumen tentang beberapa pemimpin dunia arab termasuk Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang meminta Amerika Syarikat untuk menyerang negara Iran berhubung dakwaan isu nuklear negara berkenaan.
Beberapa hari ini dijangka lebih banyak lagi dokumen rahsia negara-negara berkaitan bakal didedahkan. Pengasas laman sesawang Wikileaks, Julian Assange berkata, setakat ini hanya 200 dokumen yang baru disiarkan daripada 251,287 yang telah diterima. MiLo SuaM
Pemimpin Pakatan perlu kenal siapa kawan, siapa lawan
SHAH ALAM, 29 Nov: Pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan ‘siapa kawan, siapa lawan’ setelah mendapat kuasa pemerintahan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan akan membawa kehancuran kepada diri sendiri.
“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri,” ujarnya ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.
Justeru, katanya perkara yang penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengenali mereka supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.
Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” ujarnya.
Ahli Parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” ujarnya.
Guan Eng juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya dapat mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” ujarnya.
Di samping itu, katanya mereka juga seharusnya menunjukkan prestasi terbaik dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Ini, katanya kerana pemimpin yang bersih, berkemampuan, berilmu dan bertakwa terdapat di dalam Pakatan Rakyat.Hrkh
Analisis : Selepas 11 tahun apakah PKR akan lulus ‘UPSR’ politik?
Semenjak Malaysia merdeka, majoriti besar rakyat negara ini memberikan sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Namun sejak dua tahun lalu, senario itu berubah apabila mereka mula mengubah arah kepada pembangkang yang membawa kepada kelahiran Pakatan Rakyat (PR).