Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 15 Disember 2009

Pemuda PAS temui Ariffahmi minggu depan

PETALING JAYA, Dis 15 — Dewan Pemuda PAS pusat akan mengadakan pertemuan dengan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu kedudukan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya sudah bertemu dengan beliau di Kota Baru semalam secara tidak rasmi, minum kopi dengan beliau dan telah menyatakan pandangan kami untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan situasi beliau.

“Saudara Ariffahmi akan menyatakan tarikh pertemuan dengan kami, kemungkinan minggu depan,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kepada The Malaysian Insider hari ini. Kata beliau, pertemuan itu akan diadakan di ibu negara.

Selain itu kata Nasrudin, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kedudukan Ariffahmi.

Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa isu peletakan jawatan Ariffahmi sebagai CEO PMBK akan diserahkan kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut itu.

Nasrudin ketika mengulas lanjut memberitahu Dewan Pemuda PAS menerima kenyataan itu dan menganggap pendirian Hadi sebagai satu tindakan rasional.

“Sebab ia melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Lagipun difahamkan setakat ini proses itu (peletakan jawatan Ariffahmi) berjalan dengan baik,” katanya.

Isu Ariffahmi tercetus kembali apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan PMBK hanya pada Mac depan.


Ketika menjawab soalan bahawa orang lain tidak berhak campur tangan dalam perkara ini, beliau berkata PAS sentiasa akur kepada kenyataan presidennya dan berharap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.

Beliau percaya Nik Aziz berupaya menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

“Kita yakin, kemampuannya mentadbir Kelantan selama hampir 20 tahun, takkan tidak mampu untuk atasi masalah ini,” katanya.

Baru-baru ini Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera bagi mereda kemelut sedang berkisar dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Sementara itu rakan sejawatan Mahfuz yang juga selaku Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu bahawa isu Ariffahmi atau PMBK tidak disentuh langsung dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa pusat Ahad lalu.

“Jadi kita harap ia tidak akan dipersepsikan sebagai satu isu,” katanya.

Ariffahmi akur kepada arahan bapa mentuanya supaya melepaskan jawatan selepas menerima nasihat pimpinan PAS pusat demi menjaga nama baik Islam dan kepimpinan PAS.TMI

Tuan Ibrahim: Beri Kami Ruang Siasat Hassan Ali

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.

"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.

"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.

"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor berhubung dakwaan terbabit.

Beliau sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Hassan dan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, Jawatankuasa Disiplin PAS akan bermesyuarat pada 23 Disember depan bagi meneliti mengenai dokumen-dokumen berhubung siasatan berkenaan.

"Saya sendiri dah tengok dokumen-dokumen berkenaan, tapi kami ahli jawatankuasa perlu duduk bersama untuk meneliti secara khusus.

"Lagipun saya baru pulang menunaikan haji di Mekah dan ahli-ahli lain juga ada yang ke luar negara... sebab itu siasatan ini tertangguh sebentar," katanya.

Tambah beliau, keputusan sama ada perlu memanggil Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain untuk memberikan penjelasan akan diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

"Bergantung pada hasil mesyuarat kita nanti, kalau ada kes terhadap beliau, mungkin kita akan panggil untuk beri penjelasan," katanya.Mstar

Tok Guru Nik Aziz Nik sudi menerima sekiranya dilantik'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat






Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"


Nik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.Malaysiakini

Kelantan Bakal Jadi Negeri Kaya Sekiranya Royalti Minyak Dikembalikan







R
akyat Kelantan bakal merasai kemewahan dan keselesaan sekiranya Kerajaan Persekutuan mengembalikan kesemua royalti minyak kepada negeri itu.

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata ditambah dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tidak mustahil Kelantan menjadi negeri terkaya dengan hasil royalti yang ada.

“Hak rakyat Kelantan yang berhak menerima 5 peratus royalti minyak dan kita percaya dengan kepimpinan amanah tok guru Nik Aziz royalti ini sudah cukup menjadikan rakyat Kelantan termewah kerana setiap sen, setiap peratus hasil daripada royalti itu akan dicurahkan semula kepada rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pidato Rakyat: Antara royalty dan ehsan: Siapa pengkhianat bangsa?

Saari berkata, keyakinan itu timbul kerana Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz tidak menghadapi sebarang masalah rasuah, penyelewengan dan tiada ketirisan dalam pentadbiran

Katanya, situasi ini sangat berbeza dengan pimpinan pusat di bawah Barisan Nasional yang melakukan pengkhianatan dengan menyekat royalti minyak Kelantan sehingga memaksa Nik Aziz berdoa atas penganiayaan tersebut.

“Kezaliman yang sedang dilakukan dalam Umno, Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Najib Tun Razak yang mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai, digubal oleh ayahandanya sendiri, Tun Razak bin Hussein. Tentang perjanjian petroleum di negeri-negeri yang pesisir pantainya ada minyak. Dia sendiri mengkhianati perjanjian yang dibuat ayahandanya sendiri," katanya. TVS

PAC digesa siasat kerugian MAS





KUALA LUMPUR, 15 Dis:
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat kerugian RM8 billion dalam syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAS).

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS menyerahkan surat mengenai permohonan itu kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Besar dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Salahuddin selepas penyerahan surat itu berkata, timbul kemusykilan mengenai kemungkinan MAS ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 billion dari tahun 1994 hingga 2001.

Ini berikutan salinan surat daripada bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan dalam laman blog Malaysia Today bertarikh 21 Julai 2009.

"Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mandalamterhadap perkara ini," katanya.

Surat yang bertarikh 26 Mac 2007 itu berkisar tentang penyiasatan PDRM terhadap dua laporan polis yang dibuat oleh pengurusan MAS.

Kedua-dua laporan polis itu dikategorikan sebagai, Dang Wangi Report No.347/02 on 4/1/2002dan Dang Wangi Report 12532/05 on 4/5/2005.

Dokumen berekenaan juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.

Salahuddin menggesa PAC menyiasat kesahihan dokumen yang dikatakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada Perdana Menteri itu serta kebenaran isi kandungannya.

"Jika dokumen itu benar, mengapa daripada Mac 2007 hingga sekarangmereka yang dituduh pecah amanah itu tidak dibawa ke muka pengadilan?"soalnya.

Salahuddin turut membangkitkan berkenaan Program 'Widespread Assets Unbundling' (WAU) yang dilaksanakan sebagai pengstrukturan semula MAS di mana segala aset kapal terbang MAS dijual kepada Penerbangan Malaysia Bhd dan MAS menyewa kembali kapal terbang-kapal terbang tersebut.

"Apakah yang terkandung dalam transaksi ini dan apakah risiko kewangan (financial expose) yang dipikul olej kerajaan Malaysia dalam transaksi ini?Saya khuatir jika risiko-risiko kewangan ini akan menjadi ibarat risiko yang ditanggung Kerajaan dalam kes skandal PKFZ," tegasnya.

Salahuddin sekali lagi menyarankan agar PAC memanggil pengurusan MAS dan khazanah Malaysia BHD agar perkara yang diutarakan beliau itu dapt dikemukakan untuk siasatan.

Sementara itu, Azmi sewaktu menerima surat permohonan itu berjanji akan membawa perkara berkenaan ke mesyuarat PAC akan datang.Hrkh

Husam Bakal Anjur Rapat Umum Royalti Minyak





Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat mengadakan rapat umum besar-besaran berhubung isu pemberian royalti minyak.

Katanya, rapat umum yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur itu akan menjemput kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Satu daripada cadangan kita untuk mengadakan majlis rapat umum ceramah besar-besaran dengan penyertaan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersama dimulakan dengan Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pidato Rakyat bertajuk Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa, semalam.

Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.

Katanya, mengikut seksyen 4 akta ini menyatakan bahawa segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum yang diserahkan kerajaan negeri kepada Petronas akan menerima bayaran wang tunai.

“Dalam seksyen 4 menyatakan segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum ini diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Petronas dan Petronas mesti membayar wang tunai kepada kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.

Husam berkata, royalti yang diterima ini juga bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk satu model penggunaan wang kekayaan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau turut mendesak bakal Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed lebih telus menangani isu rasuah.

“Kita minta pesuruhjaya SPRM yang baru ini lebih adil dalam cara dia menangani isu-isu dalam negara kita dan tidak membiarkan isu-isu yang tebrengkalai,” katanya. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)

Video:Doa Tok Guru Nik Aziz Yang Tidak Lagi Menyebut Nama Najib






Doa Tok Guru Nik Aziz ketika beliau selesai menyampaikan Kuliah Mingguannya tidak lagi menyebut nama Najib kerana beliau bimbang tindakannya itu akan membuat Najib berkecil hati.Namun beliau menyeru agar di teruska berdoa secara bersendirian dengan menyebut nama Najib semoga Allah membuka pintu hatinya untuk mengembalikan Royalti Minyak Kelantan.Ambo percaya Tok Guru juga akan terus berdoa dengan menyebut nama Najib secara bersendirian jika Isu Royalti tidak di selesaikan secara baik.Ambo yang berada di celah celah ribuan rakyat Kelantan berasa terharu dan tersentuh hati melihat betapa khusyuknya rakyat Kelantan mengaminkan doa beliau.Mereka tetap tidak berganjak sehingga Tok Guru selesai berdoa.Betapa kasih dan sayangnya mereka kepada Pemimpin idola ramai merangkap Mursyidul Am Pas ini.Semestinya mereka akan tetap mempertahankan kepimpinan Tok Guru walau dengan apa cara sekalipun.Mereka akan bangkit menentang jika kepimpinan Tok Guru di usik hatta terpaksa menggadai nyawa sekalipun.Ambo yakin!!!Walaupun Tok Guru di serang dari berbagai arah oleh musuh itu tidak menghakis sokongan terhadap beliau bahkan menambahkan lagi simpati rakyat.Buktinya puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Tok Guru ketika Himpunan Sokong Tok Guru pada 4 Dis lalu.Mereka hadir tanpa di upah,mereka hadir dengan kerelaan hati demi menunjukkan bahawa sokongan terhadap Tok Guru tidak terjejas."JANGAN SENTUH TOK GURU KAMI".Kata mereka."KAWE LEBIH RELA MELIHAT TOK GURU TERUS MENTADBIR KELANTAN WALAUPUN TERPAKSA MEMERINTAH DARI ATAS KATIL".Ujar mereka lagi.Tindakan Tok Guru sebelum ini menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap beliau.Bagaimana beliau berlapang dada menerima nasihat Pas Pusat agar meminta menantunya meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.Ini menunjukkan sifat rendah diri Tok Guru dan beliau sanggup menerima teguran.Begitu juga ketika beliau meminta agar Pas mengadakan EGM setelah melihat sesuatu yang tidak kena berlaku dalam Pas.Ini menunjukkan ketegasan dan keberanian beliau.Walaupun ianya mungkin mengguris hati sesetengah pihak.Tok Guru terpaksa melakukannya demi melihat Pas terus utuh di persada politik negara.Sebagai Pemimpin yang lebih dahulu merasa asam garam politik dan menempuh berbagai kepayahan dalam menjulang Parti Islam ini Tok Guru tentunya tahu akan segala agenda musuh memusnahkan Pas.Tok Guru secara bersendirian mempertahankan Pas di Parlimen ketika Pas mengalami penurunan sokongan yang teruk suatu ketika dahulu.Jika kita masih ingat(ketika itu ambo masih di sekolah rendah)bagaimana Tok Guru bertungkus lumus secara bersendirian mempertahankan Pas ketika tragedi Memali berlaku.Tok Guru dengan lantang mengutuk keras tindakan Kerajaan membunuh tanpa belas kasihan As-syahid Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya.Siapakah Menteri Dalam Negeri ketika itu dan di manakah beliau sekarang.Mungkin Tok Guru pernah mendoakan kemusnahan beliau dan sememangnya karier Musa Hitam dalam politik telah musnah.Ketika Tok Guru terus unggul memimpin Pas,Musa Hitam terus hilang entah kemana.Ini satu peringatan buat Najib.Doa adalah senjata orang islam.Dimanakah kita ketika semua ini berlaku.Di manakah sesetengah Pemimpin yang baru mendapat sedikit kuasa berada ketika itu.Adakah mereka berhak mempertikaikan kepimpinan Tok Guru?Semestinya tidak. Tok Guru adalah yang terbaik.WE LOVE TOK GURU. Long LIFE TOK GURU.
P/S:Anda di bolehkan menyalin artikel ini tapi hendaklah di sertakan sumbernya.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

VIDEO:SUKAN SEA 2009: Malaysia 3-1 Laos - Separuh Akhir




Malaysia menang 3-1 ke atas Laos | Separuh Akhir Sukan SEA 2009 | 14 Disember 2009. Malaysia akan menentang Vietnam di perlawanan akhir pada 17 Dis 2009.
http://mediakini.com

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....