Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 Februari 2012

Aziz Desa berhijrah ke Kelantan

KOTA BHARU, 16 Feb: Jarang orang tidak mengenali siapa Aziz Desa, seorang pengacara yang petah bercakap. Wajahnya sering dilihat di kaca-kaca televisyen. Malah masih lagi boleh disaksikan di TV9.

Namun agak mengejutkan apabila sekarang beliau berkhidmat di Kelantan Trade Centre (KTC), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Sebelum menyertai TV9, Aziz pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid.

Semalam kenyataan medianya difaks kepada media-media tempatan bagi memaklumkan tugas barunya di KTC.

“Atas sokongan rakan rakan fb, saya terima cabaran berkhidmat di Kota Bharu. Bermula semalam saya kini adalah ketua pegawai operasi (COO) Kelantan Trade Centre Hotel, Apartment & Convention Sdn Bhd.

“Saya juga masih dalam kontrak dengan TV9 dan akan bersiaran dari masa ke semasa apabila diperlukan. Dari langkawi ke Kota Bharu, selamat pagi, sekadar makluman pemberitahu,” katanya, dipetik dalam facebooknya.

Dalam kenyataan medianya semalam beliau berkata, KTC mensasarkan 76 acara bertaraf nasional dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) tahun ini.

Katanya, selain inisiatif sendiri, penganjuran acara sempena TMK@12 akan dibuat dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan pusat dan swasta.

Umno-BN Salah Guna Sekolah Untuk Kempen

SHAH ALAM, 16 FEB : Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengambil peluang dengan menggunakan sekolah sebagai medan politik dibantah sekeras-kerasnya sebilangan besar pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat kerana dilihat akan mencemarkan institusi terbabit.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi TV Selangor berkata, kenyataan itu dibuat sejurus beliau menerima aduan daripada ibu bapa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa satu ceramah ekonomi akan diadakan (semalam) di Sekolah Menengah Sri Andalas anjuran bekas Adun-adun Selangor.

Bagaimanapun menurutnya, ia telah disalahgunakan oleh pihak terlibat dengan mengutarakan isu politik semata-mata selain turut menyampaikan mesej bahawa Umno-BN akan menawan semula kawasan Kota Raja semasa Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) nanti.

"Mereka (penganjur) mengeluarkan satu jemputan kepada ibu bapa. Pada asalnya, ia adalah program Umno iaitu mereka hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja. Tetapi apabila ibu bapa pakat telefon sekolah untuk bertanyakan tentang hal berkenaan, mereka membukanya kepada semua orang.

Jadi ibu bapa telah menaikkan kain rentang untuk membantah program ini dan murid-murid sekolah juga dilepaskan awal pada jam 5.45 petang. Saya difahamkan, aktiviti kokurikulum juga terpaksa dibatalkan untuk memberi laluan kepada program tersebut," tegasnya.

Tambah Dr Mariah, ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan telah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mendapat pengesahan, namun pihak PPD memaklumkan mereka tidak dimaklumkan mengenai program tersebut.

[ Video ] Israel : DS Anwar Mengulas Teguran Tok Guru Nik Aziz




SUBANG JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai isu Palestin ketika beliau diwawancara oleh Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini sebagai satu teguran yang penuh hikmah.

“Berbeza jika dibandingkan dengan sikap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengambil kesempatan dan gemar menabur fitnah dan memutar belit fakta kenyataan saya untuk memberi gambaran seolah-olah saya menentang aspirasi rakyat Palestin.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan dengan warga Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini pagi ini. Beliau akan menemui Nik Aziz dalam masa terdekat.

Anwar yang baru pulang dari Bangkok semalam menjelaskan, “isu Palestin ini berbeda kerana ia melibatkan percaturan politik antarabangsa. Mereka tidak akan siarkan pertemuan (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para pemimpin Israel.

“Begitu juga mereka tidak akan siarkan berita mengenai pertemuan di antara Menteri Luar Malaysia dengan Menteri Luar Israel. Itu tidak akan diceritakan oleh Umno dan mereka tidak jujur untuk mendedahkan fakta ini,” katanya.

Anwar memberitahu ketika pertemuannya dengan pemimpin Hamas, Khalid Marshal dalam lawatannya ke Timur Tengah baru-baru ini, beliau telah menjelaskan isu ini dengan panjang lebar.

Nik Aziz dalam kenyataan kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan WSJ ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.FMT

Pasir : KSSB Hantar Surat Pada Noh Untuk Semuka

SHAH ALAM 15 FEB: Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) hari ini telah menghantar surat kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar berhubung dakwaan salahlaku kakitangan KSSB dalam isu pengendalian pasir di Selangor.

Dalam kenyataan medianya berkata, surat ini dihantar bagi mendapatkan persetujuan supaya dapat menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk mengadakan satu perjumpaan bersama 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Bebas KSSB.

Lembaga Pengarah Bebas tersebut di wakili Tuan Haji Sabtu Md. Ali , Cheong Seng Gee, dan Ganabatirau Veraman.

"Perjumpaan ini bagi membolehkan KSSB mendapatkan gambaran yang tepat supaya tindakan yang seterusnya dapat diambil."Pihak KSSB amat memandang serius tentang dakwaan salahlaku ini dan berharap agar perjumpaan yang bakal diadakan dapat menyelesaikan segala dakwaan dan salahlaku terhadap KSSB," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memohon kerjasama Transparency Internasional (TI) bagi menemubual Noh untuk mencari kesahihan dakwaannya itu.

Sabtu lalu Noh mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Noh mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....