Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 Ogos 2014

Krisis MB Selangor : Kenyataan Datuk Husam Musa


Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.

Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi.Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

[ Video ] Krisis MB Selangor : Kenyataan Terkini SU Agung Pas


KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan mereka menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.

"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini."Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini. 

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.Ditanya mengenai kedudukan empat Exco Selangor daripada parti berkenaan, ia turut dibincangkan namun keputusan akhir hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat Isnin hadapan.

"Menurut Undang-Undang Tubuh Negeri, sekurang -kurangnya empat Exco perlu wujud untuk menggerakkan pentadbiran di negeri ini."Mereka bertugas disebabkan rakyat dan bukan kerana kepentingan peribadi," katanya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....