Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 Disember 2009

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Bergambar bersama Tok Guru


KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.

“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.

“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.

Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

Sumber

Gambar dan Video:Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat




Sumber foto (sini)

Tumpukan pada kerja mempertahankan Selangor

Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir
Ketua Penerangan PAS Selangor

Setelah beratus-ratus SMS dikirim termasuklah bantuan lidah-lidah pengadu domba khasnya di alam maya ini hanya 8 orang yang dilaporkan hadir (disahkan oleh seorang rakan wartawan yang mnegatakan wartawan yang hadir lebih ramai bilangannya) dalam apa yang didakwa kononnya Perhimpunan Mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat sebentar tadi. Memorandum yang kononnya akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Dato Dr Hasan Ali entah telah diserah pada jembalang mana.

Siapakah mereka ini?

Pimpinan Umno Selangor menafikan mereka terlibat (itu pun kalau boleh percaya). Pimpinan PAS Selangor memang tidak terlibat langsung. Anehnya kawan-kawan bersungguh-sungguh memberi komen dan teguran termasuklah merayu Dato Hasan agar jangan menerima memorandum tersebut. Anehnya lagi lidah rasmi parti di alam maya turut menyumbang ke arah mencetuskan keresahan khasnya ahli dan penyokong parti seolah mahu melihat karier seseorang itu dimatikan melalui himpunan tak berakal ini!

PAS Selangor selesa dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor malah semalam semasa program Daurah Tarbawi Negeri yang diadakan semalam (dihadiri Dato Hasan dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), hadirin yang mengambil bahagian bertekad mempertahankan kerajaan negeri dan berusaha melonjakkan lagi prestasi PAS di negeri ini.

Soalnya mengapa PAS Selangor mesti keluar dari PR?

Terus terang bagi saya insiden ini suatu kerja jahat yang disokong pula oleh tangan-tangan hitam yang mahu melihat PAS Selangor bermasalah dan melagakan pimpinan dengan ahli. PAS Selangor konsisten dengan agenda perjuangan PAS, dan kedudukannya dalam kerajaan negeri akan digunakan bagi meyakinkan rakyat tentang relvannya PAS dan PR serta betapa pentingnya kerajaan ini terus kekal memerintah Selangor. Tidak ada sebab ia mahu tinggalkan PR.

8 manusia yang bermasalah itu bukan orang PAS. Kalau adalah rekod mereka ahli PAS maka sayalah yang pertama yang akan mengesyorkan agar mereka dipecat dari parti. Saya juga sedang menimbangkan untuk membuat laporan kepada PAS Pusat tentang bagaimana media parti boleh turut serta mensensasikan kerja-kerja jahat ini dan saya pandangn tindakan itu sebagai serius dan perlu ditangani.

Ada laporan yang memetik tulisan seorang blogger dalam buangan yang meramalkan kerajaan PR Selangor akan jatuh dan menganggap kononnya himpunan orang-orang separuh tiang itu akan mencetuskan gelombang yang ditelek oleh anak Raja berkenaan, Malangnya media resmi parti turut melaporkan:

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ramalan ini untuk makluman pernah dibincangkan dalam salah satu mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor (Majlis PR Selangor bermesyuarat secara kerap 2 minggu sekali, bukti betapa kukuhnya ikatan PR Selangor, negeri lain bagaimana?). Walaupun kami bukanlah mahu bermegah bahawa kerajaan ini kukuh, namun Tan Sri MB menganggap kalau kita beri tumpuan pada tulisan seumpama ini semata-mata banyak kerja lain yang lebih penting untuk rakyat tidak dapat kita laksana dan selesaikan.

Jentera kerajaan negeri berjalan lancar di Selangor. Tiada yang terbantut dan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan PR Selangor bergerak seperti biasa,memerintah negeri ini dengan selesa dan insyallah berusaha memperteguhkan lagi kedudukannya dalam PRU ke 13 nanti. Mari kita bekerja ke arah itu dari meleleh air liur terpesona degan kerja-kerja orang separuh tiang.(sumber)

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli - Malaysiakini

Rombakan Kelantan, Tok Guru Nik Aziz gugur setiausaha politik?

PETALING JAYA, Dis 27 — Di sebalik siri kontroversi politik Kelantan spekulasi mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memutuskan untuk membuat rombakan kecil awal tahun dengan menukar setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron.

Laporan-laporan blog menyebut beliau akan diberhentikan mulai Jumaat ini.

Menteri Besar Kelantan disebut-sebut akan membuat rombakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mengharungi cabaran tahun 2010 ekoran beberapa isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Keputusan menggugurkan beliau dikaitkan dengan perkembangan pentadbiran negeri itu termasuk isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didesak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ariffahmi akan meninggalkan PMBK Mac depan.

Laporan blog hari ini juga mendakwa keputusan menggantikan Anual berkait dengan hubungan beliau dengan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Laporan itu menambah beliau akan digantikan sama ada oleh Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan Wan Nik Yusof Ngah yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok atau bekas bendahari PAS negeri Dr Izani Hussin.

Bagaimanapun Anual yang dihubungi The Malaysian Insider petang tadi menafikan beliau terlibat dalam rombakan yang dimaksudkan.

“Hari ini hari kerja yang pertama minggu ini, saya sibuk sedikit dari pagi tadi. Tetapi saya belum mendengar apa-apa bahawa saya akan digantikan... tidak ada berita,” kata beliau.

Anual pernah didakwa oleh anak Nik Aziz sebagai antara pegawai yang memberikan nasihat yang salah kepada Mursyidul Am PAS itu dan cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu The Malaysian Insider yang turut menghubungi setiausaha akhbar Nik Aziz, Mohd Saiba Yaakub juga menafikan beliau akan terlibat dalam rombakan awal tahun kali ini.

“Takde, Tok Guru tak maklum apa-apa pun pasal itu. Saya jumpa Tok Guru (Nik Aziz) pun tak sebut pasal ini.

“Tanya khabar keadaan di Mekah itu ada lah. Kalau ada pertukaran pun saya lebih berminat untuk sambung belajar, jadi pensyarah,” katanya.TMI

Chin Peng: Komunis atau Teroris?

Hari ini saya terbaca tulisan saudari Puspawati Rosman di MerdekaReview yang disiarkan hari ini. Puspa adalah Ketua Projek Kesedaran Guaman, Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia (saya lampirkan tulisan beliau dibawah). Beliau mempertikai keputusan rakyat tidak membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.

Beliau jelas tidak memahami sejarah apabila menyatakan zaman Chin Peng (gambar kanan) berleluasa adalah zaman perang. Kita sudah merdeka tahun 1957, dan keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng adalah pada tahun 1960an sehingga 1980an. Dunia sudah tidak berperang semasa itu, negara kita sendiri sudah pun aman damai, rakyat pelbagai kaum hidup penuh harmoni dan saling hormat menghormati.

Chin Peng dan konco-konconya mahu memerintah negara, mereka mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata, cara terorisme dan keganasan. Mereka mahu paksa rakyat menerima ideologi dan cara pemerintahan kukubesi mereka. Tidak ada beza antara Chin Peng dan Hitler, Mussolini dan mereka yang sewaktu dengannya.

Saya memahami tulisan Puspa sebagai penulis yang datang daripada generasi baru, generasi yang tidak kenal sejarah, tidak pernah melalui suka duka dan jerit perih darurat dan ancaman pengganas teroris yang dilabel komunis.

Memang benar label komunis adalah label yang diberikan Yahudi, dalam menentang fahaman Marxisme yang mengancam ideologi kapitalis. Perkataan "communist" itu sendiri bermakna mereka yang berfahaman bahawa harta dan kekayaan rakyat negara adalah milik "community", perlu diagih kepada masyarakat..mereka perjuangkan hak "community", maka mereka dilabel "communist".

Tetapi Chin Peng bukan komunis dalam ertikata ideologi. Tetapi beliau adalah pengganas teroris. Beliau mengarahkan pembunuhan rakyat Tanah Melayu yang tidak berdosa. Ramai rakyat yang dibunuh kejam; Melayu, Cina, India, Punjabi, tak kurang juga Inggeris dan lain-lain. Puspa dan yang sewaktu dengannya tidak sempat melihat semua itu. Apa yang beliau lihat adalah coretan-coretan di atas kertas, dengan segala teori dan hypothesis. Tetapi di bawah sana, mayat rakyat pelbagai kaum bergelimpangan dibunuh kejam oleh pengganas teroris pimpinan Chin Peng. Saya melihat sendiri mayat Ketua Polis Perak dan pemandunya, kedua-duanya berbangsa Cina, yang dibunuh kejam di persimpangan Anderson School & Fairpark pada tahun 1970an.

Saya melihat penduduk Cina Kg Bercam Ipoh disembelih kejam. Saya melihat polis ditembak dan dibunuh di Simpang Pulai. Saya melihat jenazah anggota tentera diangkut dengan helikopter Nuri dari perbatasan di padang bola di Kem Ashby, di antara mereka termasuk askar renjer Iban dari Sarawak.

Apa beza kekejaman kepala teroris Chin Peng dan askar Jepun, Inggeris atau penjajah lain? Perbezaan mereka adalah kerana tentera Jepun dan lain-lain adalah bangsa asing dari negara asing yang datang menyerang dan mahu menjajah Tanah Melayu. Sebaliknya Chin Peng mengaku rakyat Tanah Melayu, tetapi memerangi dan membunuh zalim penduduk Tanah Melayu. Dia membunuh rakyat warganya sendiri. Dia memerangi negaranya sendiri. Dia buak sahaja pengganas teroris, dai adalah pengkhianat negara dan rakyat pelbagai kaum.

Orang saperti ini tidak boleh dihakimi dengan buku cantik tulisannya. Pengkhianat saperti ini perlu dilihat dan dihakimi dengan darah nyawa rakyat yang telah dibunuh kejam olehnya. Orang seperti Chin Peng hanya satu sahaja tempat yang layak baginya..di hadapan penembak untuk dihukum bunuh sampai mati!

Apabila Allahyaraham Amin Razali dan sahabat-sahabat nya dari Kumpulan Al Ma'unah bertindak mengkhianati rakyat dan negara ini, mereka dilenyapkan dari muka bumi negara ini. Amin telahpun dihukum gantung sampai mati. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Sang Pengkhianat. Itu baru dua nyawa yang terbang semasa pemberontakan Al Ma'unah. Berapa ribu, entahkan puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang mati ditangan pengganas Chin Peng dan konco-konconya?!

Saya sama sekali tidak bersetuju untuk kita menimbang walau sebesar hama sekalupun untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air kita. Tangan Chin Peng penuh dengan kekotoran darah rakyat negara ini. Jangankan tubuh badannya, bumi Malaysia tidak akan boleh menerima bangkai Chin peng bila dia menjadi mendiang nanti.

Chin Peng adalah ikon kebencian yang direka. Beliau adalah ikon keganasan, Chin Peng adalah ikon teroris pengganas, Chin Peng adalah ikon pengkhianat kepada rakyat dan negaranya sendiri. Itu bukan kebencian yang direka, tetapi realiti sejarah hitam yang tercatat dalam kamus negara ini. Chin Peng tidak layak diberi sebarang layanan kerakyatan dan kenegaraan. Dia tidak layak balik ke negara ini.

Puspa menutup tulisannya dengan kenyataan "kami adalah generasi baru, kami perlu bergerak ke hadapan, dan kami tidak mahu memulakan langkah kami dengan perasaan benci dan dendam". Tetapi Puspa perlu ingat, untuk melangkah kehadapan, kita perlu melihat kebelakang sejarah yang membentuk negara kita. Sekiranya tidak, kita akan hanya menjadi generasi yang tiada jati diri, dan buta kepada sejarah sendiri. Sejarah adalah acuan yang akan membentuk generasi akan datang. Generasi yang membuang sejarahnya adalah generasi yang tiada harga dan maruah diri.

Puspa juga menyandarkan kepada hadis orang-orang tua, "sedangkan Nabi juga mengampunkan umatnya, inikan pula manusia biasa".

Memang itu benar, tapi kita melihat sendiri dalam sejarah ALLAH tidak pernah mengampunkan pengkhianat. Sehingga ke matinya pengkhianat bernama Abdullah bin Ubay dilaknat ALLAH. Dia tidak diberi keampunan pun, sebaliknya dilaknat dunia akhirat.

Memang kita manusia biasa, tetapi kita berhadapan dengan manusia Chin Peng yang luarbiasa, keluarbiasaannya adalah kerana Chin Peng sanggup membunuh dan menzalimi rakyat dan kaumnya sendiri demi mencapai cita-cita nafsu serakahnya yang sempit dan jumud. Manusia luarbiasa saperti ini perlu dilayan dengan cara luarbiasa juga.

Wassalam.

*Tulisan diatas adalah pandangan saya secara peribadi dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai mewakili pendirian Parti Keadilan Rakyat. Saya bertanggungjawab sepenuhnya secara peribadi atas kenyataan ini.

**Tulisan ini dipetik daripada blog Zulkifli Bin Noordin, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu (PKR) pada Khamis 07 Muharram 1431 (24 Dis 2009).

Apabila Nyawa Di Tangan Pemandu Bas...




AWAL pagi semalam, sekali lagi negara dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila sebuah bas ekspres dengan 48 penumpang yang bertolak dari Klang menuju Kangar merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer (KM) 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Plaza Tol Jelapang (arah utara) pukul 1 pagi.

Kemalangan ngeri itu mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua yang lain cedera. Kesemua yang meninggal dunia duduk di bahagian bawah bas dua tingkat milik syarikat Sani Express itu.

Kali terakhir direkodkan, kejadian yang 'membunuh' penumpang bas secara beramai-ramai ini ialah pada 7 Disember 2008 apabila Bas Super Nice Grassland terbabas dan terbalik di KM146.5 lebuh raya tersebut berhampiran Tangkak mengakibatkan 10 maut dan 18 cedera kira-kira pukul 2 pagi.

Tetapi yang paling tragik ialah peristiwa pada 13 Ogos 2007 dengan 22 penumpang maut selepas bas ekspres milik Syarikat Bas Bukit Gantang tergelincir sebelum terbabas di KM229.1 lebuh raya yang sama berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Gantang, Perak.

Berikutan kemalangan-kemalangan ngeri terburuk itulah, sebut sahaja apa yang tidak dilakukan kerajaan bagi membendung kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres.

Dimulakan dengan pemasangan kamera di lebuh raya, kotak hitam dalam bas, wajibkan dua pemandu, penyediaan buku log, usia bas ekspres tidak boleh melebihi 10 tahun, peperiksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam bulan dan beberapa peraturan lain sudah diperkenalkan.

Tetapi ada satu syor sahaja yang sentiasa ditekankan bagaimnapaun sehingga kini tidak dapat dilaksanakan iaitu larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam atau selepas tengah malam.

Malah sebaik sahaja kemalangan pada 7 Disember 2008 itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji cadangan untuk memberhentikan semua perjalanan bas ekspres pada waktu tengah malam gara-gara bimbang ia boleh menyebabkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Namun sehinggalah semalam apabila 10 lagi nyawa melayang, cadangan itu sepi begitu sahaja.

Rupa-rupanya kerajaan ada alasan tersendiri mengapa cadangan berkenaan tidak dapat dilaksanakan. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira jika mahu cadangan yang dianggap tidak relevan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mahu dikuatkuasakan.

Menurut Ketua Pengarah Miros, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, statistik berdasarkan kajian agensinya menunjukkan bahawa tiada tempoh waktu tertentu berlakunya kekerapan kemalangan di negara ini.

Malah, tegas beliau, kemalangan berlaku pada bila-bila masa sama ada siang atau malam, pagi atau petang.

"Tidak ada waktu yang signifikan, barangkali kebetulannya kemalangan yang meragut banyak nyawa sekali gus berlaku pada waktu malam atau awal pagi tetapi ia sebenarnya berlaku juga pada waktu-waktu lain," jelasnya kepada mStar Online di sini semalam.

Beliau berkata, faktor mengantuk juga bukan penyebab utama kemalangan pada waktu malam atau awal pagi kerana berdasarkan kajian Miros pemandu turut mengantuk pada waktu petang lebih-lebih lagi dari pukul 2 hingga 4 petang.

Ahmad Farhan tidak menolak terus mengantuk adalah antara punca kemalangan tetapi apabila dikaitkan dengan perjalanan waktu malam ia tidak relevan kerana pemandu juga mengantuk pada waktu-waktu lain.

"Jadi tidak berasas cadangan melarang perjalanan waktu malam, dan pada masa yang sama Plus memberi diskaun untuk pengguna lebyuh raya pada waktu malam jadi ada kontradiksi dalam soal melaksanakan polisi ini," tambah beliau.

Kita sedia maklum, kerajaan amat menggalakkan penggunaan kenderaan awam. Rakyat digesa supaya menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke destinasi masing-masing sama ada dalam bandar atau ke luar bandar.

Banyak wang yang dilaburkan untuk meningkatkan prasarana itu supaya rakyat selesa menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Jadi, jika kemudahan pengangkutan awam terutamanya melibatkan perjalanan jauh disekat masa perjalanannya, Miros bimbang orang ramai akan beralih kepada kenderaan persendirian dan yang paling digeruni ialah penggunaan motosikal.

"Satu lagi kebimbangan kita ialah pengguna kembali menggunakan motosikal untuk perjalanan jauh pada waktu malam sebab bas ekspres tak boleh jalan pada masa itu, lagi pun berdasarkan pengamatan kita, tiada satu negara di dunia ini yang melarang perjalanan bas ekspres waktu malam," tegas Ahmad Farhan.

Jelas bahawa faktor manusia atau pemandu yang mesti diutamakan jika mahu perjalanan orang ramai selamat - bukan perkara lain. Jika pemandu cukup tidur sekali pun tetapi perlu mengejar trip, kemalangan pasti tidak dapat dielakkan kerana tergopoh-gapah mahu menambah pendapatan setiap perjalanan.

Jadi kita tiada pilihan lagi melainkan menumpukan sepenuh sumber dan tenaga kepada penyelesaian terbaik iaitu meningkatkan tahap profesionalisme pemandu bas ekspres - juga lori - sebagai profesion yang menjamin masa depan.

Kita mesti ubah polisi tertentu termasuk memperkenalkan sesuatu yang berkesan dengan kerjasama agensi-agensi seperti Kementerian Sumber Manusia supaya profesion pemandu bas ditingkatkan ke satu tahap yang menjamin masa depan - bukan separuh masa - seperti di negara-negara maju.

Tidak guna jika kita mempunyai bas yang serba canggih, dilengkapi sistem pemantaun dan keselamatan terkini tetapi dipandu oleh mereka yang langsung tidak profesional.

Tolong bezakan antara pemandu profesional dengan pemandu yang tahu memandu semata-mata.

Sampai bila, kita mahu mempertaruhkan nyawa kita di tangan pemandu-pemandu yang tidak profesional, malah lebih teruk jika mereka bekerja bukan sepenuh masa.

"Dengan cara melatih pemandu profesional, kita boleh kawal, menentukan kualiti pemandu. Saya ada cabar syarikat-syarikat bas melahirkan pemandu profesional... tetapi apa pun mesti ada yang memulakannya barulah idea ini menjadi kenyataan," ujar Ahmad Farhan lagi.Mstar

Kemalangan bas 2 tingkat: Pakatan Perak ucap takziah kepada keluarga mangsa


IPOH, 27 Dis: Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kemalangan bas dua tingkat di Jelapang di samping menuntut agar diadakan siasatan menyeluruh serta diberikan pampasan yang sewajarnya.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Pakatan Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan sangat bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam:

Berikutan dengan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyelurh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.

PAS Optimis Tawan Semula Terengganu


Kuala Ibai, KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini.

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.BO

Menyambut Cabaran Dr Mahathir


KUALA TERENGGANU - Walaupun Parti Keadilan Rakyat tidak percaya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun PKR mengalu-alukan cabaran beliau supaya sebuah Suruhanjaya Bebas dibentuk bagi menyiasat pendedahan Barry Wain.

Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali berkata, dalam buku tebarunya, Wain mendedahkan kerajaan di bawah pimpinan Mahathir telah melesapkan lebih RM100 bilion dengan amalan rasuah dan pembaziran.

Dr. Syed dalam kenyataannya menganggap cabaran Mahathir seebenarnya ditujukan kepada pemerintahan Umno/BN yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib Razak.

"Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu,"katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media semalam.

Bahkan, kata beliau, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya yang ditubuhkan itu boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.

Oleh yang demikian, sejajar dengan “cabaran” Mahathir, Dr. Syed menyarankan agar Suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam).

"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”,"tambahnya.BO

Pemaju Bukit Botak Hanya Tahu Berdusta





Penduduk Bukit Botak sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan negeri Selangor mengambil-alih projek perumahan yang tertangguh sejak 30 tahun lalu.

Ketika ditemui TV Selangor semalam, penduduk meluahkan rasa kesal dengan kegagalan pemaju melunaskan projek tersebut.

Menyifatkan tindakan kerajaan negeri sebagai penyelesaian kepada masalah yang terlanjur berpanjangan, penduduk berkata mereka letih dengan omong kosong pemaju.

"Jadi kita nak benda ni dibuat oleh kerajaan negeri sebab kita dah tunggu benda ni nak dekat 30 tahun yang si swasta-swasta ni. Dah 30 tahun dah. Dah tiga suku rakyat sini bapak dia hilang," ujar beliau.

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pengambil-alihan projek tersebut namun TV Selangor difahamkan ia mendapat bantahan dari masyarakat setempat.

Md Nor menjelaskan masyarakat sebenarnya telah terkeliru kerana kerajaan negeri gagal memberi penjelasan terperinci kepada penduduk sebelum ini.

Lebih dari itu, mereka turut dihujani dengan dakyah pemaju yang menurut penduduk memaksa mereka menandatangani memorandum membantah pengambil-alihan itu.

"Jadi saya tak berapa percaya dengan badan ni sebab dah 20 tahun badan ni buat tidak ada apa. Tengok sendiri itu. Jadi saya nak juga benda ni di buat oleh kerajaan negeri sebab badan ni dia akan mengambil masa yang lama sebab dia nak minta kelulusan dari kerajaan negeri juga. Sebab saya rasa badan ni besar kemungkinan dia lebih kepada kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian setelah mendapat maklumat dari pegawai daerah bahawa lot yang diperuntukkan pihak berkepentingan mencecah 8 ribu kaki persegi, walhal penduduk sekadar menerima 2,200 kaki persegi.

Bekas penduduk Bukit Botak turut meminta subsidi RM500 yang dijanjikan pemaju disambung semula.

Menurut mereka, pemaju berjanji untuk memberi subsidi RM500 sepanjang proses penempatan sementara, namun ia telah dihentikan sejak beberapa tahun lalu.

"Maka di sini kita minta, kita harap sangat kerajaan negeri ini atas keperihatinan tolong sambung semula subsidi sewa rumah kepada penduduk sebagaimana yang diberikan sewaktu berpindah pada tahun 2007."GB

Gambar Perkahwinan Anak Lelaki Tunggal DS Anwar Ibrahim








Foto Oleh:www.papagomo.com


Ihsan satu satu nya anak lelaki tunggal dalam keluarga Anwar Brahim selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Shaheeda di Damansara. Majlis yang sederhana dan hanya keluarga terdekat sahaja yang di jemput ini dibuat atas permintaan Ihsan sendiri. Dengan sekali lafaz sahaja Ihsan SAH menjadi suami kepada isterinya Shaheeda.
Isteri Ihsan merupakan saudara kepada Saiful Bukhari Azlan.Ini berdasarkan pengakuan Saiful dalam Facebooknya"Alhamdulillah, sahabat saya, Ihsan Anwar(anak pd tertuduh) selamat di ijab kabulkan dgn sekali lafaz sbtr tadi. Beliau bertunang seminggu selepas saya. Semoga berkekalan hingga ke akhirat.. p/s: menurut pak cik saya, "bersaudara jauh" lah kami melalui pernikahan ini."

MBSA Lancar Projek 1Tikus




Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi setiap tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran itu ditawarkan sebagai galakan untuk penduduk setempat menyertai kempen itu.

“Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya peka dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka.

Ini kerana persekitaran kotor akan mengundang risiko penyakit berbahaya.

Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan memusnahkan binatang perosak itu, MBSA juga akan mengadakan aktiviti pembersihan sampah pukal seperti perabot lama, almari, kerusi serta sampah-sampah kebun seperti dahan, ranting, daun dan kayu, katanya.

“Kita juga akan menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa bebas dari pembiakan binatang perosak yang mengundang penyakit,” kata beliau.GB

Peranan ISA Sudah Tidak Releven




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggaris keperluan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan memandangkan ia tidak relevan lagi kepada keperluan negara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....