Imej yang diperolehi menerusi rakaman satelit mendakwa bayangan dalam air adalah pesawat MH370
MISTERI kehilangan pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis,
menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang
diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat
itu dilaporkan hilang.
Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan
dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang
dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar
tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.
Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.Mstar