Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Mac 2014

Gambar : Suasana Ceramah Calon BN PRK Kajang


Kenapa Tan Sri Khalid Berkunjung Ke Kelantan ?? Ini Jawapanya...


Dalam kesibukan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, menteri besar Selangor yang juga pengarah jentera PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkunjung ke Kelantan semalam dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersejarah antara dua negeri Pakatan Rakyat itu untuk membangunkan tujuh projek usahasama.

Kerjasama itu dibuat antara Perbadanan Menteri Besar Selangor, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Tujuh projek itu ialah hab halal, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam atau al-rahnu, pembangunan rangkaian fiber serta mewujudkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama Khalid selaku menteri besar Selangor ke Kelantan, dan beliau turut bertemu rakan sejawatnya, Datuk Ahmad Yakub.

Mengiringi Khalid ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Idris Raja Kamarudin.

Kerjasama di antara Selangor dan Kelantan, iaitu negeri maju dengan kedudukan kewangan kukuh dengan negeri miskin, dikira amat bermakna.Ini kerana, ia boleh membantu Kelantan melaksanakan projek untuk kepentingan rakyatnya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....