Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 4 Jun 2011

Gambar : " Ibu Pemurah " Derma RM 100k Pada Masjid Tok Guru Dan Sek. Darul Anuar Pulau Melaka




Seorang ibu yang pemurah, menderma RM50k utk Masjid Tok Guru Pulau Melaka dan RM50k untuk Sek Darul Anuar Pulau Melaka, Kota Jembal dlm Dun Panchor, Kota Bharu,Kelantan. Penyampaian diterima oleh YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan sebaik selesai Tok Guru merasmikan Muktamar Muslimat PAS Pusat di Shah Alam.

SUBAHANALLAH!, mari kita doakan ibu ini, moga dia diredhai Allah
...

Video : Ust Nasha Dan Ust Tuan Ibrahim Mengulas Kekalahan Dalam Pemilihan Tim. Presiden Pas




GOMBAK 4 JUN : Calon Timbalan Presiden pada pemilihan PAS yang tewas, Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar kiri) tidak keciwa dengan kekalahannya dan berkata perwakilan telah memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Bukan soal siapa menang, siapa kalah. Semua bekerja dalam Parti. Sahabat Nabi pun berlumba untuk berada di saf hadapan. Saya tak rasa kecewa. Ini keputusan perwakilan. Mereka pilih 'line-up' hadapi Pilihan Raya Umum. Mungkin mereka lihat daya lebih sesuai dengan keperluan," kata Tuan Ibrahim.

Seorang lagi penyandang Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa(gambar kanan ) pula menerima keputusan dengan hati terbuka dan berharap Jawatankuasa Pusat baru dapat memberi khidmat dan usaha terbaik mereka membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

"Harapan saya dengan jawatankuasa baru yang dipilih perwakilan akan lebih efektif dalam menangani dan mendepani isu-isu semasa apatah lagi dalam konteks persiapan kita untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat jadi dengan barisan yang ada ini akan memberi kemenangan kepada parti," kata Nasharuddin.

Pertandingan Timbalan Presiden dianggap saingan paling sengit dalam pemilihan kali ini.Mohamad Sabu berjaya memenanginya dengan 420 undi diikuti Tuan Ibrahim dengan 399 Undi.Nasharuddin pula mendapat 224 Undi.
Sementara itu, Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang tewas dalam saingan Naib Presiden percaya senarai pimpinan PAS ini merupakan yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Ini keputusan perwakilan. Saya hanya komponen. Ia keputusan terbaik menghadapi Pilihan Raya Umum. Saya tak kecewa, saya cukup gembira. Tiga Naib Presiden itu adalan piihan terbaik," kata Nizar.TVS

Pemilihan Pas : Tuan Guru Presiden Gembira Dengan Pilihan Perwakilan

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

"Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.Hrkh

Kenyataan Pertama ' Abe Mat Sabu ' Selepas Memenangi Jawatan Tim. Presiden Pas

Mohammad Sabu (kanan) berjabat tangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden dengan memperoleh sebanyak 420 undi pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di Gombak, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).
Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.
Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.
“Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.
Mohamad, 56, yang mesra dikenali “Mat Sabu” menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.
Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.
Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.
“Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa),” kata beliau lagi.
Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, “saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi.”
Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.
Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.
Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.
“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

Keputusan Penuh Pemilihan Pas Sesi 2011/2013





Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan. Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

Berikut senarai penuh Jawatahkuasa kerja pas pusat yang terpilih bagi sesi 2011/2013 :

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....