Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 31 Mac 2012

Gambar Kereta DS Anwar Yang Kemek Dilontar Objek Keras



Datuk Sri Anwar Ibrahim menunjukan keretanya yg kemek dilontar dgn objek keras sewaktu dalam perjalanan ke Padang Perdana Kota Bharu untuk berceramah sempena Solat Hajat 'Putrajaya Bermula Di Sini'.

Angkara siapa ?????? tentunya angkara mereka2 yang bimbang akan kehilangan kuasa pada PRU 13 nanti.Diajak bersemuka menikus,hanya berani berselindung disebalik bayang2 yang penuh fitnah dan tindakan tidak bermoral.Amat memalukan !!!!!!!!!

PRU 13 : Salahuddin Ayub sahkan akan bertanding di Johor

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Rakyat (PR) Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika majlis makan malam bersama media malam tadi di Skudai, Johor, namun enggan mengulas sama ada beliau akan menjadi menteri besar sekiranya pakatan pembangkang itu menawan Johor dalam pilihan raya akan datang.

“Siapa yang akan jadi menteri besar itu perlu ditentukan oleh kepimpinan PR dan bukan masanya untuk kita berbincang mengenai perkara itu sekarang,” katanya.

Pada 6 Febuari lalu, The Malaysian Insider telah melaporkan barisan kepimpinan PR telah mengadakan satu “perbincangan serius” dengan Salahuddin (gambar) untuk kekal di negerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang dengan peningkatan sokongan masyarakat Cina, namun kekurangan calon berkelayakan untuk menjawat jawatan menteri besar telah menerima tekanan dari Umno yang mengatakan PR akan menjadi “kerajaan Cina.”

The Malaysian Insider difahamkan anak kelahiran Pontian ini telah mengadakan perbincangan tertutup dengan PR Johor.

Bekas Ketua Pemuda PAS ini semalam turut berkata, “Pulai, Tanjung Piai, atau Batu Pahat adalah kawasan yang menarik untuk bertanding,” dan menambah cadangan itu telah pun dipersetujui oleh PAS Johor dan Kelantan termasuk persetujuan daripada kepimpinan pusat.

PRU 13 : Lebih Ramai Pemimpin dan Ahli Umno Akan Meninggalkan Parti

Rombongan ‘Jaulah’ Kelab Kakitangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) singgah di bandar Jertih pada Jumaat 30 Mac.

BESUT – Menjelang pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, lebih ramai ahli dan pemimpin parti Umno akan meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap perjuanngan yang telah dilihat tersasar jauh dari matlamat asalnya.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar meramalkan demikian berdasarkan perkembangan politik semasa yang semakin ‘menarik’ kini.

“Bekas wakil rakyat yang merupakan bekas Ketua Penerangan Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah meninggalkan Umno,

“bekas Menteri dan bekas Ahli Majlis Tertinggi juga telah keluar , ramai lagi ahli yang akan keluar parti kerana tidak lai yakin dengan perjuangan Umno,”ujarnya ketika mengulas laporan seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

Shalahuddin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Solah berkata demikian mewakili Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz wan Azhar Wan Ahmad, ketika mengalu-alukan persinggahan rombongan ‘Jaulah’ Kelab Kakitangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) di bandar Jertih di sini pada Jumaat 30 Mac.

Gambar : Sekitar Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Perdana Di Padang Perdana Kota Bharu

Solat Hajat :




Ceramah Perdana :


Khamis, 29 Mac 2012

Full Video : Ceramah YB Saifuddin Nasution Di Belakang KBMC

Imam Baling Kasut Pada Hakim Islamkan Dua Banduan Dalam Penjara

Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali]. Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan


KUALA LUM
PUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain( gambar kiri ) tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.Hrkh

Video : Ceramah Tuan Guru Presiden Pas Di Seberang Pintasan





Seberang pintasan 28 Mac 2012

Video & Gambar : Ceramah Mat Sabu Di Taman Kosas Ampang



Gambar : Tok Guru Nik Aziz Berlatih Menembak




Rabu, 28 Mac 2012

Video : MB Selangor Dedah Tembelang Hasan Ali Di Sidang Dun




SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di Selangor.

Khalid berkata, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

"Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat."Saya akan adakan temu duga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk

mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam. SH

PRU 13 antara Mei dan September ???

PETALING JAYA: Kalangan bekas pemimpin dan penganalisis politik tempatan meramalkan pilihan raya umum 13 akan diadakan antara bulan Mei dan September tahun ini.

Kata mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada tarikh tersebut kerana untuk menunggu tahun depan terlalu lambat.

Tarikh akhir untuk membubarkan Parlimen ialah sehingga bulan Mac 2013.

Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) meramalkan bulan Mei dan Jun adalah masa yang terbaik kerana ekonomi negara amat baik.
“Lepas bulan Mei atau Jun, sudah menjadi anti klimaks kerana ada kemungkinan harga petrol akan naik. Kalau petrol naik, barangan keperluan akan ikut naik.

“Saya juga melihat petanda pilihan raya umum akan diadakan bulan Mei atau Jun ialah kekerapan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat.

“Orang tua kata, ayam berkokok tanda hari nak siang, kalau orang membeli belah, tanda hari nak raya,” kata Setiausaha Penawar, Datuk Tengku Mahmud Mansor.

Najib tinjau tarikh

Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz pula berkata, beliau tidak boleh meramalkan bila parlimen akan dibubarkan.

Menurutnya, hanya Perdana Menteri yang mengetahuinya dan Najib mungkin sedang meninjau tarikh.

Bagi penganalisis politik tempatan berkata, Datuk Mohd Mustafa Ishak, Najib dijangka membubarkan Parlimen setelah sudang Dewan Negara selesai bulan April ini.

“Jika tidak bulan Mei, saya ramalkan pada bulan September,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Katanya, tidak mungkin Parlimen dibubarkan pada bulan Jun kerana Julai adalah bulan puasa.FMT

Video & Gambar : Ceramah Terkini DS Anwar Di Taman Kosas, Ampang



Tender baru NFC untuk tutup kesalahan Najib

KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit,” kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.

Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.

“Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hasan Ali terkena lagi?

Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. 

Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?
Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.

Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.

Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.

Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Selasa, 27 Mac 2012

Ni Dia Ketua Bahagian Umno Yang Beragama Kristian


Oleh : Tinta Hijau DKB

Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam,memadai jika mereka memegang status bumiputera.

Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ????????????? Segalanya adalah kemungkinan.Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ??????????? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.

Ini kerana jika dirujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu.Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.


SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Video : Orang Asli nafi Kelantan rampas tanah




KUALA LUMPUR, 27 Mac:
Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.

Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.

Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.

"Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli.

3 dekad kebangkitan PAS di Kelantan [ Video inside ]



Kelantan teruju perubahan...

Oleh SUBKY LATIF

PADA 10 Februari lalu saya diminta mengulas tentang kebangkitan PAS dan kerajaan 1990-2008 dalam Seminar Tiga Dekad Kebangkitan PAS di Kelantan di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Kemenangan besar PAS Kelantan tahun 1990 itu adalah barakah dan hasil kebangkitan kepimpinan ulama PAS sejak tahun 1982.

Wujud sekumpulan pimpinan ulama dalam PAS pimpinan Haji Yusof Rawa dan Kelantan dianugerah kemenangan dulu kebetulan ia juga dipimpinan ulama tersohor Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama beberapa ulama lagi seperti Nik Abdullah Arshad, Ustaz Halim Abdul Rahman dan Ustaz Yahya Othman serta ia disokong oleh sekalian tok-tok guru pondok seluruh Kelantan.

Amanah Allah dan rakyat kepada PAS Kelantan itu adalah ujian dan cabaran buat PAS seluruhnya.Saya menyapa Tok Guru Nik Abdul Aziz di Markas PAS Kelantan sebelum beliau berangkat ke Istana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar; “Tok Guru bersamping di bawah lutut untuk menghadap Sultan, seperti orang kampung saja!”

Exco Selangor Jawab Tuduhan Liar Hasan Ali

SHAH ALAM, 27 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar) kesal dengan dakwaan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali mengenai pengubahsuaian pejabatnya.

Jelasnya, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpangi semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor, petang semalam.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah partition untuk beri keselesaan pada rakyat yang ada urusan ke pejabat saya, itu sahaja.

“Rakyat yang hadir pejabat saya pasti akan berkata pejabat exco guna karpet yang lusuh dan tiada partition antara kakitangan, mengapa pemerintahan kerajaan terdahulu semua serba baru. Maka dengan itu, saya tukar karpet dan tambah partition.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah ke RM300,000? Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000,” ujarnya lagi.

Perkara itu dibangkit Hasan Ali kerana Adun Bulit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS yang telah dipecat itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya.Hrkh

Video : Ucapan Tuan Guru Presiden Pas Di Majlis Rapat Rakyat Kuala Selangor


Isnin, 26 Mac 2012

Video : Remaja Upahan Umno Ganggu Majlis Pakatan Rakyat Berjaya Ditahan



KUALA SELANGOR 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival “Terima Kasih Rakyat” semalam didakwa didalangi Umno-BN.

Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis ‘Anwar Yahudi’ dan ‘Anwar sokong Israel’ ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Program Pas Terengganu Bersama Perantau Dapat Sambutan Hangat




KUALA TERENGGANU – Pengundi muda di luar Terengganu yang tinggal sekitar Kajang dan Kuala Lumpur ‘tunjuk sikap’ terbuka menyokong PAS apabila beratus-ratus orang daripada mereka hadir pada program Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan (HAT) 2012.
Menurut Setiausaha HAT 2012, Wan Faizul Abbas, program yang di anjurkan Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) dengan kerjasama Perantau itu mendapat sambutan yang di luar dugaan.

Beliau berkata program tersebut yang diadakan di dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjangkaui sasaran penganjur dan berjaya menarik kehadiran 1000 orang peserta.

“AlhamduliLlah sambutan menggalakkan. Kehadiran melebihi sasaran 1000 orang, peserta (yang hadir terdiri) dari pelbagai lapisan masyarakat,

“(ada) daripada (kalangan) pekerja swasta, kakitangan kerajaan, guru, pensyarah dan bekas pensyarah antara yang hadir,”ujarnya ketika ditemui.

Video : Ceramah Terkini DS Anwar Di Kuala Selangor





Kuala Selangor 25/03/2012

Yahudi : Sinar Harian salah lapor kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kesal kerana akhbar Sinar Harian memotong sebahagian kenyataannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca berkaitan dengan Yahudi.

"Yang saya maksudkan adalah Yahudi di Israel yang terlibat menyokong rampasan kuasa dan pembunuhan di Palestin, tanpa mengira apa fahaman mereka, haram berurus niaga dengan mereka ini," jelas Nasrudin kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depan kenyataan Nasrudin yang telah dibuat beliau 19 Mac lalu dan disiarkan dalam Harakahdaily.

Namun, yang dilaporkan Sinar tidak lengkap seolah-olah beliau menyatakan berniaga dengan Yahudi tetap haram walaupun apa fahaman sekalipun.

Dalam tulisan asalnya Nasrudin menulis:

"Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

Video : Ceramah Terkini DS Anwar Di Kepala Batas






Kepala Batas, Penang 24/03/2012

Ahad, 25 Mac 2012

Video : Panas !!! Tim. Menteri Diejek Dalam Himpunan Cina






Pas Kelantan ingatkan Hasan Ali

KOTA BHARU - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.

“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Fatah yang juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.

“Dia pernah ke Kelantan dan menyebut beberapa perkara tetapi kita mengambil sikap berdiam diri kerana ia kita tidak terjejas dengan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya ia melampaui batas kita sedia sebut apa yang ada dalam simpanan kita,” katanya.SH

Video : Panas !!! Nama2 YB Umno Terengganu Yang Dapat Tanah Didedah



Perkataan ‘Allah’: PAS sifatkan PBS berniat jahat

SANDAKAN, 25 Mac: PAS Sabah hari ini mendesak Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Herbert Timbon Lagadan menarik balik kenyataan yang disifatkan berniat jahat serta bersangka buruk mengenai jaminan PAS kepada masyarakat Kristian dalam penggunaan perkataan ‘Allah’.
Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah menegaskan bahawa, sangkaan Herbert sengaja menutup fakta tentang kesungguhan PAS yang mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat penganut Kristian seperti yang berlaku di Mesir dan Selangor beberapa tahun lalu.

“Satu keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan di Sandakan telah memutuskan untuk mendesak Naib Presiden PBS itu menarik balik balik tuduhan yang berniat jahat berkaitan kenyataan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang secara jujur menegaskan pendirian PAS berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penganut Kristian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS Sabah melalui Dewan Ulamaknya bersedia untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS mengenai isu penggunaan perkataan ‘Allah’ itu.

“PAS Negeri Sabah melalui Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah menghulurkan tangan sebagai tanda kesediaan untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Datuk Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS.

“PAS Sabah mempunyai ramai intelektual muslim yang bersedia memberikan hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan sejarah zaman lampau tentang perkataan Allah yang telah digunakan oleh penganut agama Samawi,” jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Sabah.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....