Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 April 2011

Fitnah Video Seks : Ulasan Tok Guru Nik Aziz




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui Ketua Imbang PenuhPembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam video salah laku seks yang menjadi isu hangat sekarang.

Nik Aziz berkata beliau difahamkan daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang menontonnya, video itu tidak memaparkan dengan jelas wajah lelaki dalam video yang dikatakan Anwar itu.

“Kenapa muka tak nampak jelas? Tidak ada fokus ke muka lelaki ini, ini kerja menipu dan Allah akan melaknat orang yang terlibat dalam penyebaran video itu,” katanya di Kota Baru semalam.

“Video itu sengaja nak dedah aurat orang lain ke seluruh dunia, langsung tidak bermoral,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Sinar Harian.

Nik Aziz berkata rakyat negara ini diminta mengelak daripada media yang menyiarkan atau menayangkan gambar atau video yang mendedahkan keaiban.

Menurutnya, Islam mengajar supaya mengelak daripada gangguan syaitan ketika memasuki tandas atau ketika bersetubuh suami isteri.

“Begitu sekali Islam menjaga kita dengan meminta kita sendiri memohon Allah melindungi kita dari syaitan termasuk ketika kita mendedahkan aurat,” katanya.

“Tiba-tiba video yang mendedahkan aurat ini disebarkan ke seluruh dunia,” katanya lagi. TMI

Video : Aksi Penyokong BN Persenda Wanita Tua Dihari Penamaan Calon PRN Sarawak




Saksikan bagaimana penyokong BN mempersenda dan mempermainkan wanita tua di hari penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini.Kelatahan wanita tua tersebut tidak harus diambil kesempatan dan dipermainkan umpama barang permainan.

Mungkin bagi mereka ini hanya gurauan tapi perbuatan tersebut dilihat keterlaluan apatah lagi dihadapan umum.Tidak ada dikalangan penyokong BN melarang aksi tersebut bahkan menggalakkan lagi.

Bagaimana jika wanita terbabit itu ibu atau keluarga kita.Apa perasaan kita.Fikir fikirkanlah...

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Panas !!! Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tengking Wartawan

BETONG 6 APRIL : Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu menengking wartawan yang mempersoalkan masalah pemberian dividen dan penata kewangan yang tidak diberikan kepada peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Felcra).Imbang Penuh

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N31 Layar buat penggal ke 8 berturut- turut tidak memperdulikan tuduhan bahawa pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) di bawah pimpinannya tidak telus.

"Kami bertanggungjawab kepada kerajaan. Kami tak bertanggungjawab kepada mereka yang menjerit di jalanan," kata Alfred selepas memfaikan borang pencalonan beliau di Pejabat Daerah Betong pagi ini, lapor Malaysiakini.

Dalam keadaan emosi itu Alfred mungkin lupa bahawa pemimpin sebenarnya bertanggungjawab kepada rakyat.

Alfred dilihat tertekan dengan laungan "Reformasi" oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat semasa proses penamaan calon.

Apabila terus ditekan untuk memberi komen tentang rungutan pemilik- pemilik tentang mereka tidak pernah diberi penyata dan bantuan kewangan, ahli politik veteran ini bertambah marah.

"Itu apa yang kamu mendakwa, Itu apa yang kamu cakap!," beliau menengking wartawan yang bertanya soalan itu.

Laman Sarawak Report sebelum ini mendedahkan prestasi Salcra di bawah kepimpinan Alfred sebagai gagal.

Menurut laporan itu, janji Alfred bahawa pembayaran rekod sebanyak RM74 juta dalam keuntungan kepada pemilik tanah hanyalah gimik pilihan raya bertujuan menyembunyikan kegagalan Salcra.

Menurut Sarawak Report lagi, untung RM 74 juta bagi 48 ribu hektar tanah kelapa sawit - bersamaan RM 1, 541 sehektar terlalu kecil jika dibandingkan dengan syarikat lain seperti IOI yang mendapat keuntungan sebanyak RM 13, 347 sehektar pada tahun yang sama.

Penyertaan Salcra kebanyakannya melibatkan rakyat pedalaman keturunan Iban yang menyerahkan tanah adat mereka kepada Salcra untuk dibangunkan.TVS

Tuntutan RM 400 Juta : Menantu Taib Mahmud Mohon Mahkamah Tahan Suaminya

Datin Sri Shahnaz Abd Majid dan Datuk Sri Mahmud Abu Bekir,menantu dan anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud

KUALA LUMPUR, 6 April — Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memohon di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini supaya mengeluarkan waran tangkap ke atas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir yang gagal hadirkan diri dalam kes tuntutan fasakh.
Peguam utamanya Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata, Mahmud Abu Bekir, 48, telah tidak hadir di mahkamah rendah sebanyak dua kali sebelum ini.
Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.
Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.
Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.
Dia turut mengemukakan tuntutan mutaah RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.
Bulan lalu, Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan 11 April ini untuk sebutan semula kes selepas peguam syarie Saadiah Din, yang mewakili Mahmud Abu Bekir, memaklumkan bahawa anak guamnya itu telah memfailkan permohonan penceraian pada 14 Februari lalu.
Beliau berkata kes itu telah disebut pada 3 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu dan akan disebut semula pada 11 April ini.
“Permohonan anak guam saya iaitu penceraian telah difailkan terlebih dahulu berbanding permohonan tuntutan fasakh oleh pihak plaintif,” katanya.

[ Update Video ] Penjelasan SPRM Berhubung Kematian Pegawai Kastam



KUALA LUMPUR, 6 April: Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam pagi tadi.
Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.
Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.
SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah diantara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.
Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.
Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.
Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.
Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.
Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.
Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.
Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.
SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan.Hrkh

Artikel Berkaitan ' BACA DISINI '

[ Update Video ] Penamaan Calon Di DUN Muara Tuang Kecoh


KOTA SAMARAHAN 6 APRIL : Suasana tegang dilaporkan berlaku di pusat penamaan calon DUN Muara Tuang (N15) apabila Peguam PAS Faiz Irwan membuat bantahan terhadap calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ali Mahmud kerana gagal mengemukakan pernyataan berkaitan perbelanjaan pilihanraya lalu.

Ali, yang juga merupakan adik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, merupakan penyandang kerusi itu didakwa gagal berbuat demikian menyebabkan sehingga jam 1 petang, calon yang bertanding masih tidak diumumkan secara rasmi oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya di situ, Mohd Aini Mohamad

Mengikut twitter Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin, SPR sepatutnya mengumumkan kemenangan kepada calon PAS Noraini Hamzah kerana pencalonan Ali sepatutnya dibatalkan.

Sebelum itu, calon PAS Noraini diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahan jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.TVS

Bagaimanapun mengikut laporan Harakahdaily SPR telah menolak bantahan yang dikemukakan Pas :

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

Artikel Berkaitan Baca ' DISINI '

PRN Sarawak : Mungkinkah Pas Menang Tanpa Bertanding Di Dun Muara Tuang ???

Sudah melepasi jam 12 dan proses penamaan calon ditutup, namun sehingga jam 12.30 tadi, semua pihak yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan masih tertunggu-tunggu.

SPR masih belum menisytiharkan calon-calon yang bertanding di N15 DUN Muara Tuang.

Ia adalah kerana, pada ira-kira 3 minit terakhir, sebelum bantahan ditutup pada jam 11 pagi, PAS telah membuat bantahan yang mengejutkan pihak Barisan Nasional.

Kerana bantahan tersebut, Penasihat Kontingen PAS Terengganu, Haji Hanafiah memaklumkan kepada Buletinonline, para peguam dan petugas BN serta SPR sedang berpeluh-peluh mencari-cari dimanakah penyata kewangan calon BN bagi pilihanraya 2006 yang lalu.

Selain itu, PAS juga membuat bantahan keatas borang calon BN yang telah didapati mempunyai kesalahan ketika diisi.

Seorang peguam yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan, Fariz Irwan Mustafa memberitahu, pihaknya telah mengemukakan kedua-dua bantahan tersebut bagi pihak calon PAS.

Apakah SPR berani mengisytiharkan bahawa N15 DUN Muara Tuang milik PAS setelah calon BN yang juga adik Taib Mahmud sendiri melanggar peraturan SPR???

Sebelumnya, calon PAS Noraini Hamzah (Kak Ani) diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahn jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Dato’ Seri Mohammad Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.

Kedua-dua calon mengemukakan borang pencalonan kepada pegawai pilihanraya N15 MuaraImbang Penuh Tuang, Mohd Aini Wahab masing-masing jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi.BO

Lagi Bukti Video Seks DS Anwar Video Tipu !!!

Gambar 1 tiada janggut
Gambar 2 berjanggut

Sejak dari awal lagi, Datuk T (sebut Datuk Tipu) tidak berani menghebahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim bagi mengelakkan penipuannya dikesan oleh jutaan manusia di internet. Berbeza sekali dengan pendedahan cctv Chua Soi Lek, jika benar pelakon dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, sepatutnya Datuk T, tidak akan teragak-agak untuk menyebarkannya.
Baru lepas sehari pendedahan video tersebut, pelbagai penipuan telah terbongkar. Kali ini satu lagi penipuan berjaya dikesan berdasarkan video seks sepanjang 1.47 minit yang didedahkan oleh blog-blog pro gerombolan songkok tinggi sejak semalam. Sebelum ini blog MiLo SuaM juga telah mempersoalkan kewujudan 2 lelaki berbeza mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut, rujuk sini [Video Anwar]

Kalau dilihat, lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut pada sela masa 1:16, tidak memiliki janggut sebelum memeluk seorang perempuan yang didakwa pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu. Lihat gambar 1 diatas.

Sekiranya benar lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim ada menggunakan teknik ataupun ubat untuk melebatkan janggutnya. Ini kerana pada 22 Febuari 2011 Anwar muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat. Lihat gambar 2 di atas yang dipetik daripada video rakaman TV Selangor.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....