Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Februari 2011

Calon PRK Pas : Hasanuddin Di Kerdau,Yuhaizad Di Merlimau

Hasanuddin Salim

TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.
Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.Hrkh

Yuhaizad Abdullah

Mahkamah arah Adun BN Lenggeng Bayar Imam Masjid RM18,000

SEREMBAN, 24 Feb: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim (gambar kiri) membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim adalah Puan Rosnani.Hrkh

Speaker Selangor Fail Permohonan Ketepi Kemenangan Badrul Hisham

SHAH ALAM: Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim memfailkan saman dalam kamar untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mengisytiharkan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Permohonan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada Rabu, menerusi peguam Tommy Thomas dan pihak media dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada Khamis.

Kronologi kes tersebut bermula dengan pengumuman yang dibuat oleh Teng pada 19 Januari lalu yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N46 itu atas alasan Badrul Hosham telah gagal untuk menghadiri Sidang DUN selama enam bulan berturut-turut.

Ekoran pengumuman itu, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih seorang ADUN dan juga untuk memohon bahawa tindakan Teng itu adalah ultra vires (melampaui undang-undang).

Saman pemula itu didengar di hadapan Hakim Datuk Zaleha Yusof pada 18 Februari lalu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Teng yang kemudiannya memutuskan bahawa Badrul Hisham masih seorang ADUN kerana kerusi tersebut tidak pernah kosong.

Selain itu, Zaleha juga memerintahkan supaya Teng yang dinamakan sebagai defendan pertama oleh Badrul Hisham untuk membayar kos sebanyak RM40,000.

Justeru itu, dalam samannya, Teng memohon perintah supaya keputusan penghakiman ingkar terhadap beliau yang dibuat oleh Zaleha ditepikan dan kos permohonan ditanggung oleh Badrul Hisham, yang menjadi ADUN selepas memenangi kerusi N46 itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Badrul Hisham bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi seorang ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional pada Oktober 2010 sebelum mengisi borang keahlian UMNO pada Mei tahun lalu.

Berdasarkan afidavit yang diikrarkan Teng pada 23 Februari lalu bagi menyokong permohonan itu, beliau mendakwa telah dimaklumkan oleh rakan kongsi Tommy bahawa mahkamah telah menetapkan pendengaran saman pemula pada 18 Februari walaupun Tommy mepunyai kes di Johor Baru, Johor pada hari itu.

Teng juga mendakwa beliau telah memohon seorang peguam dari firma yang sama, Alan Adrian Gomez untuk menghantar wakil ke mahkamah bagi memohon penangguhan tetapi permohonan itu tidak diterima oleh mahkamah.

Oleh itu, Teng mendakwa berlaku ketidakadilan untuk dirinya dan cara pendengaran yang dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) adalah tidak adil.

Sementara itu, berdasarkan afidavit Tommy, beliau mendakwa berlaku pelanggaran undang-undang keadilan asasi kerana tiada penghujahan dibuat bagi pihak speaker dalam pendengaran tersebut.Mstar

Krisis Libya : Gaddafi Semakin Terdesak,Anggota Kerajaan Dan Tentera Mula Berpaling Tadah

TRIPOLI 23 Feb. - Pemimpin veteran Libya semakin terdesak apabila beliau mengerahkan pasukan tentera termasuk menggunakan senjata berat, kereta kebal dan jet pejuang selain askar upahan untuk mematahkan pemberontakan di negaranya.
Selain itu, beliau turut menerima tekanan di peringkat antarabangsa termasuk daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (UE) dan negara-negara lain yang mengecam tindakan kekerasan yang diambil rejimnya untuk mematahkan tunjuk perasaan rakyat Libya yang masuk seminggu hari ini.
Setakat ini, hampir 300 orang terkorban dalam tunjuk perasaan 'Revolusi 17 Februari' yang dilancarkan oleh penduduk Libya bagi mendesak Gaddafi meletakkan jawatan setelah 41 tahun memerintah negara ini.
Gaddafi turut menerima tekanan apabila Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel Fatah Yunes mengumumkan peletakan jawatan dan meminta angkatan bersenjata Libya menyokong pemberontakan serta Duta Libya ke Indonesia, Singapura dan Brunei, Salaheddin M. El Bishari turut mengambil tindakan serupa.
Timbalan Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ibrahim Dubbashi semalam berkata, beliau dimaklumkan bahawa penghapusan bangsa bermula di wilayah tersebut.
Saksi pula mendakwa rejim Gaddafi menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal dan jet pejuang bagi mematahkan tunjuk perasaan.
Di timur Libya, pasukan tentera yang berpangkalan di wilayah itu mengumumkan berpaling tadah daripada Gaddafi dan menyatakan sokongan kepada penunjuk perasaan.
Di Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, penunjuk perasaan menyatakan bahawa mereka sudah menguasai pangkalan tentera di bandar itu juga mendakwa mereka sudah menguasai hospital di bandar itu.
Penunjuk perasaan turut mendakwa mereka sudah menguasai beberapa bandar di negara ini dengan bandar Misrata di barat Libya menjadi bandar pertama jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan setelah berlaku pertempuran antara tentera dan penyokong Gaddafi dengan penunjuk perasaan antikerajaan sejak 18 Februari lalu.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Sertai Parti KITA

PETALING JAYA, 24 Feb — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng menyertai parti terbaru Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Tan, wakil rakyat penggal pertama, meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lalu untuk menjadi anggota Bebas.

Tan berkata beliau menyertai Kita kerana tertarik dengan falsafah perjuangannya.

“Saya menyertai Kita untuk menjadi sebahagian daripada sebuah parti yang berminat ke atas perubahan tulen, untuk mengatasi kebimbangan rakyat yang semakin meningkat, untuk menangani isu agar pembaharuan yang bermakna boleh dijalankan demi kebaikan negara,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tan (gambar) juga menafikan dakwaan bahawa beliau bukan merupakan seorang pemimpin yang efektif ekoran tindakannya sering keluar dan melompat parti.

Beliau merupakan ahli Gerakan sebelum menyertai PKR dan kemudian keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

“Pertama, biar saya kata, saya tidak melompat keluar. Saya dipecat pada 2 Januari 2000, bersama bapa saya yang juga seorang pengasas Gerakan,” kata beliau yang menyertai PKR pada 2007.

Kita mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada Kita mendampingi ahli-ahli Parlimen lain, Zaid berkata, pihaknya tidak percaya pada soal “jual beli.”

Katanya parti itu terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan falsafah dan manifestonya.

Kata Zaid, keanggotaan bukan automatik dan parti akan menolak mereka yang dilihat akan menjejaskan kepentingan parti.

“Kami tidak mahu mereka yang boleh menyebabkan masalah,” kata bekas menteri Kabinet persekutuan ini.TMI

Gambar : Rumah milik Taib Mahmud dan Kroninya








Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....