Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Disember 2009

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat Serah Rakaman P. Bala ke SPRM




Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P. Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P. Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi,“Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatnagani pada 1julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”,katanya lagi. TVS

Update(Video):Aidiladha Bersama Warga Pas Beris Pak Abu








Solat Sunat Aidiladha warga Pas Beris Pak Abu yang di adakan di Madrasah Hj Husin.

Gambar Seterusnya KLIK DISINI

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI BUKIT

Anwar mula tugas penasihat ekonomi Selangor secara rasmi






SHAH ALAM, Dis 2 – Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini memulakan langkah awal untuk menarik sokongan kakitangan awam negeri sejurus selepas mengangkat sumpah secara rasmi sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.

Dalam ucapan sulungnya, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu menzahirkan bahawa kejayaannya semasa berada di kerajaan persekutuan adalah atas sokongan kakitangan Perbendaharaan.

Anwar dipecat dari kedua-dua jawatan itu pada September 1998.

Pelantikan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dilihat perlu untuk menangani ‘hubungan tegang’ yang masih wujud antara kerajaan negeri dan kakitangan awam Selangor.

Justeru Anwar berkata beliau optimistik bahawa beliau mampu untuk menangani masalah yang wujud.

Ketua Pembangkang itu dilantik ke jawatan tersebut pada 13 November lalu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menarik pelaburan dari rantau Timur Tengah dan menjadikan Selangor sebagai hab kewangan Selangor.

“Walaupun saya ketua Khalid dalam PKR tetapi di Selangor, dia adalah ketua saya. Jadi jangan risau,” kata Anwar yang juga Penasihat PKR sambil menambah beliau akan berada lingkungan sebagai anggota sepasukan untuk membantu Selangor.TMI

Pakatan mahu Kementerian Pertahanan beri taklimat dasar kementerian





KUALA LUMPUR, 2 Dis:
Jawatankuasa memantau hal ehwal Kementerian Pertahanan di bawah Pakatan Rakyat meminta kementerian berkenaan mengadakan satu taklimat mengenai dasar-dasar pertahanan kepada semua ahli parlimen khususnya jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Machang dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, taklimat itu penting kerana isu pertahanan merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia serta membuka ruang kerjasama yang sihat di antara Pakatan dan kementerian.

Sehubungan itu, jawatankuasa itu akan menghantar satu surat rasmi kepada Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin berhubung perkara itu.

"Sekembali Menteri Pertahanan dari Langkawi, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau dengan segera dan ini bukan permintaan baru. Sewaktu saya bertugas di Kementerian Pertahanan dahulu, kementerian ini pernah mengadakan taklimat kepada Pemuda Umno Malaysia," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurutnya juga, taklimat berkenaan tidak bermaksud kementerian berkenaan perlu mendedahkan semua rahsia sulit mengenai kementerian yang sangat penting kepada negara itu tetapi ada perkara yang wajar diketahui oleh rakyat.

"Kita tahu dasar pertahanan terbahagi kepada dua iaitu dasar pertahanan yang sulit untuk kementerian dan pegawai tentera dan dasar pertahanan terbuka yang boleh dikongsi bersama oleh rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Saifuddin membidas kenyataan Zahid dalam sebuah akhbar yang mendakwa isu-isu kementeriannya yang dibangkitkan wakil rakyat Pakatan semasa perbahasan di peringkat parlimen adalah bersumberkan maklumat yang separa benar yang diperoleh daripada internet.

"Saya akui internet menjadi senjata yang lumayan dengan maklumat.Contohnya mengenai ucapan menteri pada bulan sembilan lalu yang dimuatkan dalam laman portal rasmi Kementerian Pertahanan.

"Beliau (Zahid) menyebut sebanyak 16 unit pesawat MIG29 tersadai.Fungsi MIG29 untuk lakukan kerja pemintasan.Tapi kos untuk membiayai operasai MIG walaupun tiada musim perang sekarang ini ialah sebanyak 260 juta setahun.Tersadainya MIG29 akan menjimatkan 260 juta.

"Itu pengumuman rasmi menteri dalam laman portal kementerian pertahanan.Jadi untuk menjimatkan kos tidak perlu menjalankan operasi penerbangan.Bayangkan kalau peperangan berlaku MIG tidak berada dalam siap sedia,"

"Ini sumber sahih yang kami dapat.Adakah sumber dari laman portal itu juga separa benar?"soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga ahli jawatankuasa itu mahu nasib bekas perajurit negara dibela kementerian itu.

"Sepanjang sepuluh bulan setengah menjadi Menteri Besar saya didatangi bekas perajurit yang tiada tanah untuk membuat rumah, hanya dapat pencen 300 sebulan dan anak-anak masih bersekolah.

"Kami nak nyatakan bahawa hal ehwal bekas tentera merupakan tanggungjawab kepada kementerian itu sendiri," tegasnya.

Beliau juga berkata, kementerian berkenaan seolah-olah mengabaikan kebajikan bekas pejuang negara.

"Jika diambil perhatian pula, hanyalah kepada pegawai kanan sahaja.Mereka yang dapat manfaat daripada tabungan-tabungan,apa sahaja program yang diadakan. Kakitangan bawahan menanggung penderitaan yang amat dasyat," katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong.Hrkh

Isu Royalti:Selepas Di Doa Tok Guru,Najib Setuju Runding Dengan Kelantan






Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa menyambut baik kesediaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk berunding mencari penyelesaian berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Sehubungan itu, Husam berharap tidak ada mana-mana menyalah-tafsir doa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai taktik mencetuskan konflik.

Bagi Husam, doa adalah senjata orang-orang yang tertindas, khususnya rakyat Kelantan yang dinafikan royalti seperti yang dijanjikan.

Beliau melahirkan rasa kesal pihak tertentu sengaja memutar-belit isu sekitar doa tersebut, tanpa melaporkan penjelasan dan pendirian Nik Aziz.

“Semalam perdana menteri telah menyebut bahawa beliau sedia untuk berunding dan beliau minta supaya Tok Guru janganlah doakan dia”.

“Kita masih menuntut pembayaran itu dibuat kepada kerajaan negeri secara langsung. Bukan wang itu diuruskan oleh kerajaan pusat melalui peruntukan wang ehsan. Kalau kita lihat kehendak undang-undang ini ialah pembayaran tunai terus kepada kerajaan negeri," katanya.

Husam berkata kerajaan negeri Kelantan sukacita menyambut kesudian Najib untuk turun berunding.

Kerajaan negeri berpendapat pembayaran royalti minyak adalah lebih adil dan munasabah sekiranya ia disalur terus kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan, dan bukan kepada agensi lantikan Kerajaan Pusat atau koridor projek raya.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri, selaku pengerusi jawatankuasa petroleum negeri Kelantan yang dilantik oleh exco telah menulis surat kepada Perdana Menteri. Tadi saya telah berjumpa dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Maslan mohon jasa baik untuk dia mengatur perjumpaan di antara wakil kerajaan negeri dengan wakil dari Jabatan Perdana Mentei atau pun Perdana Menteri dalam isu tuntutan royalti," katanya. -TVS

Update(Video):Ibadat Korban Unit Usrah Pas Beris Pak Abu








Ibadat Korban Unit Usrah Pas Beris Pak Abu yang di adakan di perkarangan Madrasah Hj Husin pada hari pertama Aidiladha.
Lagi Gambar KLIK DISINI

Rombak BTN, Kabinet Akui Ada Yang Tidak 'Kena'



Keputusan Kabinet untuk merombak semula kursus Biro Tata Negara (BTN) jelas menunjukkan pimpinan Barisan Nasional mengakui adanya perkara yang tidak kena dalam kursus berkenaan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Halimah Ali berkata kerajaan Barisan nasional seharusnya berfikiran lebih ke hadapan dengan tidak hanya menafikan setiap fakta yang diutarakan pembangkang.

“Akhirnya kabinet mengakui bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada kurikulum yang selama ini mereka gunakan untuk kursus-kursus BTN dan Nazri Aziz sendiri mengatakan apabila melihat BTN dijalankan memang ada unsur-unsur perkauman dan merosakan.

“Walaupun menteri lain termasuk Timbalan Perdana Menteri menafikan bahkan menteri wanita dan menteri dalam negeri menafikan tetapi apabila malihat, tetliti dan mendengar maklum balas bekas peserta jelas lihat ada unsur perkauman dan menanamkan satu konsep doktrin ketuanan Melayu,”katanya.

Halimah berkata pimpinan Barisan Nasional tidak seharusnya cepat melatah berdepan dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menghentikan penghantaran penjawat awam dan penuntut isntitusinya dari menyertai BTN.

Beliau menyarakan pimpinan berkenaan menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.

Halimah berkata, walaupun kursus itu akan dirombak, kerajaan negeri tetap meneruskan pengharaman berkenaan bagi melihat rombakan dan kesannya.

“Walaupun mereka hendak nak rombak, kita masih teruskan pengharaman kerana kita tahu PPSMI pun diberhentikan tetapi berkuatkuasa 2012, lama lagi,”katanya.

Menurutnya kerajaan negeri sedang mengkaji modul BTN dan sekiranya didapati terdapat modul yang sesuai untuk digunapakai, ia akan diterapkan ke dalam program SPIES anjuran kerajaan negeri. -TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....