Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 30 April 2013

Sketsa Ringkas Penyokong Tegar Umno Yang Ketinggalan Bas


SALURAN SATU:Sketsa PRU13 - Jenayah UMNO paling jahat adalah memperbodohkan pakcik ni !

Sketsa Pecah Perot ! - Pakcik nie penyokong tegar UMNO. Dia bagitahu kat bakal ADUN (N26 Bangi), bahawa Kelantan tak maju sampai sekarang. Bila ditanya bila kali terakhir dia(pakcik) ni pergi Kelantan, dijawabnya kali terakhir tahun 1980.

Bila bakal ADUN Pakatan Rakyat(PAS) jawab Kelantan diperintah oleh PAS sejak 1990, dengan muka kelat terus dia lari masuk ke dalam rumah..kah..kah..kah ! /sumber FB

Sabtu, 27 April 2013

PRU 13 : Berita Yang Disiar TV Thailand Tapi Tak Tersiar Di TV Malaysia


KUALA LUMPUR 27 APRIL: Berbeza dengan media perdana di Malaysia, laporan berita di Thailand lebih telus apabila menyiarkan hasil kajian berkaitan populariti antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Seperti yang dilapor Keadilan Daily sebelum ini, kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan 43 peratus memilih Anwar sebagai Perdana Menteri (PM) berbanding Najib yang hanya memperoleh 39 peratus.

Berdasarkan kajian tersebut, berita Thailand menyiarkannya dengan tujuan untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung termasuk Kedah, Kelantan dan Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.Di Malaysia, bagaimanapun kajian itu hanya dilapor media alternatif dan portal berita.

“Ironinya, di luar negara, hasil-hasil kajian seperti ini akan menjadi berita utama terutama menjelang pilihan raya,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengulas perkara itu.
Menurut calon Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu, di Malaysia, terdapat banyak pusat kaji selidik, tetapi apabila hasil kajian tidak menyebelahi Najib, media perdana turut dilarang menyiarkannya.

“Kita ada Merdeka Centre dan sebagainya, tetapi hanya apabila kajian menyebelahi Najib dan pimpinan BN, barulah media perdana laporkan. Jika berlaku sebaliknya, jangan haraplah liputan berpihak kepada kita, dan ini menjadi kebiasaan di Malaysia,” kata Nik Nazmi.

“Bagaimanapun, kita yakin kajian itu petanda kemenangan Pakatan Rakyat pada 5 Mei nanti.“Keyakinan ini bukan sahaja berdasarkan peratusan itu, tetapi melalui kempen dan respon yang kita terima semasa bertemu pengundi,” jelasnya.KD

Video : Perangai Hodoh Calon BN Terserlah Bila Bertembung Dengan Calon Pas




Respon Che Mat Jusoh(Calon BN Dun Batu Burok) kepada RAJA BAHRIN (Calon PAS/Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu) bilamana ditanya khabar di jawab :

CMJ: "Baru nak turun kapung, tok sey hok gitu"

RB: "Kita setahun doh (penglibatan RB sebagai Pengerusi NGO AMANAH Cawangan Terengganu) Tok"

CMJ: "..kenal lama doh, bukannya hari ni",

RB: "Apa masaalah Datuk??" (dengan ketawa - barangkali geli hati dengan gelagat CMJ)

"Selingan" dari Lawatan RAJA BAHRIN & SYED AZMAN ke Pasar Minggu Kuala Ibai.Undi Raja Bahrin untuk Parlimen Kuala Terengganu(P36).Pakatan Harapan Rakyat.Sumber

Khamis, 25 April 2013

Lagi Bekas Pegawai Tinggi Tentera Sertai Pas

 Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.

"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Foto Terbaik : DS Nizar Melawat Bilik Gerakan BN




Rabu, 24 April 2013

Panas !!! Debat Penyokong Pas VS Adun Umno Part II



Debat secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.

Empat orang ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru Nik Aziz berkaitan BR1M.Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini.

Video dirakam sebelum pembubaran Dun Terengganu.Pada PRU 13 ini Nawi sekali lagi dicalonkan Umno untuk bertanding di Dun Hulu Besut ~ Tinta Hijau DKB

Selasa, 23 April 2013

Selepas Zul Nordin dicium India,104 ahli MIC keluar parti

 Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC

KUALA LUMPUR: Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin,  Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu."Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi.

Isnin, 22 April 2013

Bukan 22 tetapi 61 ahli Umno bertanding bebas

KUALA LUMPUR: Bukan 22 tetapi 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas.

Kamilia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar manakala Shariff, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan Dun Senallang di Sabah.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang diberi laluan percuma untuk bertanding satu lawan satu dengan calon PAS, timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Mat, merayu agar Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa.

Che Johan sengaja tidak menyerahkan borang ketika hari penamaan calon di Pasir Mas kerana menganggap Ibrahim sebagai ‘ayah’nya.

Ahmad Rithaudeen berkata tiga anggota Umno akan dipanggil untuk menjawab kegagalan mereka menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.Hrkh

Pertindihan Kerusi : 3 Dun Terengganu Pada Pas,2 Dun 1 Parlimen Pada PKR


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM  di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.Hrkh

Terbaik !! Foto Pemimpin PR dan BN Ketika Muda


Foto pemimpin PR dan BN diusia muda.Atas dari kiri Tok Guru Nik Aziz,Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Bawah dari kiri Dr Mahathir,Najib Razak dan Chua Soi Lek ~ Tinta Hijau DKB

Ahad, 21 April 2013

Panas !! Senarai Penuh Ahli Umno/BN Yang Bertanding Bebas

Ramai juga ahli UMno menentang UMno dan BN untuk bertanding tiket bebas di kerusi Parlimen dan DUN. Bukti UMno BN lagi teruk daripada PR.

UMno hanya boleh berkata mereka akan dipecat. Menariknya ada yang memecat diri terlebih dahulu sebelum dipecat seperti Datuk Kamilia Ibrahim yang melepaskan semua jawatanya dalam UMno. Membujur lalu melintang patah dan mereka tak kisah.

Mereka ialah 22 ahli UMNO, dua daripada Gerakan dan seorang daripada MCA.
  • Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
  •  Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor, DUN Sungai Dua
  • Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
  • Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak
  • Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak
  • Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
  • Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
  • Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

Pas Terengganu Akan Selesaikan Pertindihan Kerusi Dengan PKR

KUALA TERENGGANU, 21 April — Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut berkata soal pertindihan calon PAS dan PKR di tiga DUN dalam pilihan raya kali ini di negeri ini akan dibincangkan dalam Pakatan Pembangkang.  

Kepada pertanyaan pemberita, Abdul Wahid berkata beliau yakin perkara itu akan dapat diselesaikan kerana PAS-PKR akan berkempen bersama.  

Menyentuh isu lain, beliau berkata PAS Terengganu berjanji tidak akan menyentuh soal peribadi lawan tetapi akan membahas dan memperjelas isu-isu tertentu dalam kempen pilihan raya kali ini.

Abdul Wahid berkata semua penceramah PAS telah diingat supaya mengelak daripada menyerang peribadi lawan.  “Kita bercakap soal dasar sambil memperjelaskan dasar parti,” katanya.  

Menyentuh isu lain, Wahid berkata setiap kali pilihan raya, kelebihan Barisan Nasional adalah menggunakan jentera kerajaan. – Bernama

Foto Foto Menarik Sekitar Penamaan Calon Di Parlimen P033 Besut

 Salsikan foto2 menarik disekitar hari penamaan calon di Parlimen P033 Besut yang tidak sempat di upload semalam :





Sabtu, 20 April 2013

Pertindihan calon PAS dan PKR,mesyuarat Isnin ini


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi  membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dalam satu kenyataan petang ini.

Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya.Hrkh

Foto Terbaik : Datuk Husam Musa Bersama Ibunya


Datuk Husam Musa mendapat restu ibunya,Hajah Salma sebelum beliau berlepas ke P-125 Putrajaya dan akan berkampung di P-125 Putrajaya.Ibu sudah tiga minggu di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan ~ Tinta Hijau DKB

Jumaat, 19 April 2013

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Berikutan Penggunaan Logo PAS Oleh DAP

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

(Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")
Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di BulanSaya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Kenyataan Paling Bangang Dari Cai Umno


Barangkali kalau UM NO xde aku dah lama mati...terima kasih UM NO sebab bagi aku makan sampai besar...tapi aku melihat itu rezeki dari Allah...Dan ahli UM NO sepatutnya kena menerima kenyataan bahawa duit kerajaan pusat merupakan hak rakyat malaysia, bukan hak ahli UM NO sahaja...so jangan nk tunjuk sangat kebodohan tu ~ FB

Khamis, 18 April 2013

PRU 13 : Senarai Penuh Calon Pas Kelantan

MACHANG: Sehari selepas Umno dan Barisan Nasional Kelantan mengumumkan calon, PAS pula mengisytiharkan calon di hadapan ribuan rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam ini.

Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan.

Dr Mohd Izani Hussin menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu.

Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor.

Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding.

Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok.

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-


Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Rabu, 17 April 2013

PRU 13 : Senarai Penuh Calon Pas Pahang

TEMERLOH - Pas meletakkan enam calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerusi Parlimen itu ialah Maran, Rompin, Kuala Krau, Lipis, Temerloh dan Jerantut.

Calon-calonnya terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (Temerloh), Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Dr Hamzah Jaafar (Jerantut), Ketua Pemuda Pas Pahang, Sharil Azman Abdul Halim (Kuala Krau), Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh (Rompin), Ahli Pas Maran, Mujibur Rahman Ishak (Maran) dan Ahli Pas Lipis, Muhyiddin Razali (Lipis).

Tuan Ibrahim berkata daripada 21 calon untuk Dun, 18 daripadanya adalah muka baharu.

Beliau akan bertanding di Dun Jengka dan bakal berdepan penyandang dari BN, Wan Salman Wan Ismail.

Calon bagi kerusi DUN lain ialah Raslan Zainal (Padang Tengku), Tengku Shah Amir Tengku Perang (Dong), Sulaiman Md Derus (Sungai Lembing), Yusoff Embong (Panching), Othman Bakar (Pulau Manis), Abu Kassim Manaf (Peramu Jaya).

Shahrulnizam Abdul Holiff (Luit), Hasenan Harun (Chenor), Kamal Ashari (Kerdau), Syed Hamid Syed Mohamed (Kuala Semantan), Abdul Hamid Bahatim (Pelangai), Musaniff Abdul Rahman (Guai), Syukri Ahmad (Bukit Ibam).

Mohd Fadzil Mohd Ramli (Tioman), Andansura Rabu (Beserah), Yohanis Ahmad (Pulau Tawar), Zakuan Ahmad Badaruddin (Tahan), Abdul Karim Nor (Jelai), Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur) dan Syed Mohamad Anis Syed Husin (Inderapura).  - Bernama

Mesti Lihat !! Foto Tersempoi Tok Guru Nik Aziz


Aku malas nak ulas panjang panjang.Biar foto yang berbicara.Cuma satu je aku nak tanya.Pernah ke korang lihat pemimpin pemimpin besar Umno beli air kat tepi jalan cam ni.Keseorangan tanpa diiringi anggota keselamatan dan pencacai pengampu mereka  ~ Tinta Hijau DKB

Selasa, 16 April 2013

PRU 13 : Senarai Penuh Calon BN Negeri Kedah,Perak,Terengganu Dan Kelantan


BERIKUT senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini : 

 PARLIMEN

1. Langkawi       : Datuk Nawawi Ahmad (Umno)
2. Jerlun         : Datuk Othman Aziz  (Umno)
3. Kubang Pasu    : Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)
 4. Padang Terap   : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)
5. Pokok Sena     : Datuk Shahlan Ismail Umno/Muka baru)
6. Alor Setar     : Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)
7. Kuala Kedah    : Dr Zaki Zamani Abdul RAshid (Umno/muka baru)
8. Pendang        : Datuk Othman Abdul (Umno)
9. Jerai          : Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baru)
10 Sik            : Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baru)
11. Merbok        : Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baru)
12. Sungai Petani : Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baru)
13. Baling        : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)
14. Padang Serai  : Datuk Heng Seai Ke (MCA/muka baru)
15. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)

Dewan Undangan Negeri

1. Ayer Hangat  : Mohd Rawi Abdul Hamid (Umno)
2. Kuah         : Nor Saidi Nayan (Umno/muka baharu)
3. Kota Siputeh :  Datuk Abu Hassan Sharif (Umno)
4. Ayer Hitam   : Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Umno)
5. Bukit Kayu Hitam : Datuk Ahmad Zaini Jaafar (Umno)
6. Jitra        : Aminuddin Omar (Umno/Muka baru)
7. Kuala Nerang : Badrol Hisham Hashim (Umno/muka baru)
8. Pedu         : Kama Noriah Ibrahim (Umno/muka baru)
9. Bukit Lada   : Datuk Ahmad Lebai Sudin (Umno)
10. Bukit Pinang : Mokhtar Mohd Nor (Umno/muka baru)
11. Derga       : Dr Cheah Soon Hai (Gerakan)
12. Bakar Bata  : Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Senarai Penuh Calon BN Kelantan,Ibrahim Ali Tidak Terpili

KOTA BHARU - Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali( gambar ) tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini : 
PARLIMEN

1. Tumpat: Mansor Salleh (Umno)
2. Pengkalan Chepa: Datuk Dali Husin (Umno)
3. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)
4. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ Muka Baharu)
5. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/Muka Baharu)
6. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno)
7. Bachok: Datuk Awang Adek Husin (Umno)
8. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno)
9. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)
10. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/Muka Baharu)
11. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)
12. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
13. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno).
14. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno).

PRU 13 : Zul Nordin Lawan Khalid Samad Di Shah Alam

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan menurunkan wakil rakyat Bebas, Datuk Zulkifli Nordin menentang Khalid Samad di kerusi Parlimen Shah Alam.

Manakala di kawasan Parlimen Pandan, Gary Lim dari MCA akan menentang Rafizi Ramli, calon PKR.

Kerusi Kota Raja akan menyaksikan Setiausaha Agung MIC, Datuk Murugessan menentang penyandang dari Pas, Dr Siti Mariah Mahmud.SH

Terbaik !! Replika Kapal Terbang Terbesar Dari Penyokong Pas

Gambar dirakam di Sik Kedah. Orang-orang kampung berkerjasama membina sebuah replika kapal terbang yang terbesar setakat ini dibina oleh para ahli dan penyokong PAS.

PAS adalah sebuah parti yang mempunyai ahli dan penyokong paling kreatif dan bersungguh-sungguh dalam mempromosi parti berkenaan menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung pada 05 Mei 2013.

Selepas pilihanraya kelak replika ini boleh dikekalkan sebagai mercu tanda kampung berkenaan. Kewujudan replika besar ini akan memudahkan kampung berkenaan dikenali dan diingati.

Mungkin juga akan mendapat jolokan nama baru sebagai kampung kapal terbang... wakaka

Isnin, 15 April 2013

Terbaik !! Dari Penyokong Pas Kaum India



Ustaz Mad China mewakili Lajnah Perpaduan Nasional PAS Gombak menyerahkan 2 bendera besar dan 100 bendera sederhana kepada ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas kaum india di Kg Fajar.Bendera PAS yg disampaikan cukup menggembirakan mereka.
 
Markaz gerakan mereka telah disabotaj, bendera PAS yg mengelilingi markaz telah dikoyakkan.Namun mereka masih bersemangat mahu menaikkan bendera PAS sekitar taman melawati.



Semasa rombongan Lajnah Perpaduan Nasional Pas Gombak berada di sana, banyak kereta membunyikan hon dan mengangkat tangan, gembira melihat masyarakat India menyokong PAS.

Mufti Perlis akan bertanding di Kangar atas tiket PKR

KUALA LUMPUR, 15 April — Mufti Besar Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR pada Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri Mohd Faisol Abdul Rahman mengatakan pencalonan Dr Juanda akan memberikan peluang cerah kepada PKR untuk merampas kerusi yang menjadi kuat Barisan Nasional (BN) secara turun temurun itu.

“Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang,” katanya dipetik dari The Star Online.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak dan rakannya bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dari Umno yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada Pilihan Raya 2008.

Sejumlah 13.3 juta pengundi, termasuk 5,200 dari luar negera dijangka akan mengundi untuk 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada pilihan raya umum 5 Mei. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.TMI

Alhamdulillah !! Foto Terkini Membuktikan Tok Guru Nik Aziz Sihat




Senarai penuh calon PKR bagi Parlimen dan Dun di Selangor

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .

Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.

Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).

Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) manakala bertanding semula, Khalid Jaafar (Hulu Selangor).

Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan Yahya Sahari (Permatang).

Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke DUN Bukit Malawati.

Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.KD

Ahad, 14 April 2013

Foto Terbaik : Bendera Bulan Purnama Kini Berkibar Di Putrajaya


 

Petugas Pakatan Rakyat Cedera Ditetak Penyokong Umno

Seorang petugas Pakatan Rakyat cedera selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.

Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.

“Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ia menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.

Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.

Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.

Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.

Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.

Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....