Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 11 Ogos 2012

Biar Foto Berbicara : Beza Antara Pas Dan Umno



Pemberontakkan anti-BN dikalangan pengundi bukan Melayu di Sabah

Ahli parlimen Tuaran Wilfred Bumburing: Menyatakan tidak yakini terhadap Najib. — Foto-foto oleh Clara Chooi

KOTA KINABALU, 11 Ogos — Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah hari ini penting untuk survival Barisan Nasional (BN) di Malaysia Timur dikala cakap-cakap dikalangan masyarakat bukan Melayu negeri ini telah bertukar menyokong pembangkang.

Perdana Menteri (PM) dijangka mengumumkan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram Sabah pada petang ini.
Ini adalah isu kritikal yang boleh memutuskan keputusan pilihan raya akan datang bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.

Kerusi di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dianggap penting bagi BN untuk mengekalkan kuasa persekutuan oleh kerana tanpa memenangi 55 kerusi parlimen di kedua-dua negeri pada pilihan raya umum 2008, pemerintahan gabungan tersebut selama setangah abad di negara ini mungkin telah berakhir.

Penganalisis politik Dr Arnold Puyok( gambar kiri ), berasal dari negeri Sabah, memberitahu The Insider Malaysia dalam satu temu bual di sini bahawa walaupun BN tidak mungkin kehilangan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang, kebencian semakin meningkat terhadap gabungan itu di kalangan orang Cina, komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM) di negeri ini - majoritinya adalah beragama Kristian.

Beliau meramalkan bahawa BN akan bermasalah dalam sekurang-kurangnya 13 daripada kerusi 25 Parlimen di negeri ini, yang yang kini dipegang parti yang berasaskan KDM dalam BN seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko).Kerusi-kerusi marginal ini termasuk Kota Marudu, Tuaran, Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Penampang, Beaufort, Ranau, Keningau, Tenom, Beluran, Batu Sapi dan kerusi Tawau.

Disaman Kerana Tampal Sticker Ust Azhar Idrus


"Pelik tapi benar. Kini tiba permainan haram-mengharam terbaru. Terkini, pelekat kenderaan yang mempunyai wajah Ustaz Azhar Idrus dikategorikan sebagai salah satu saman kesalahan lalulintas.

Ia benar2 berlaku di malaysia bahkan telah ada individu yang disaman disebabkan menampal sticker ustaz azhar idrus. Ia berlaku di UiTM dan hanya di UiTM.Lihatlah sendiri penyata saman diatas...

Terbaik !!! Kenyataan Mufti Pahang Tamparan Hebat Buat Umno/BN


BACA laporan Utusan Malaysia diatas ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Sudah terang lagikan bersuluh, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud?

Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.

Tamrin Bakal Sertai Pas ???

KUALA LUMPUR: Sambil berseloroh, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata beliau akan menyertai PAS apabila telah mendapat ilham.

Beliau yang kini masih lagi ahli Umno berkata, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS.

"Tunggu la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam.

Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini."Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.

"Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.

Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Tun Ghafar kepada anak-anak.Beliau berkata, Tun banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali."Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....